Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Monday, 2 May 2016
DUNIA YANG SEMENTARA
Iman itu seperti kapal terbang.
Semakin tinggi ia terbang, semakin kecil ia melihat dunia.
Hati itu ibarat kapal di lautan dan air di lautan umpama harta benda dan pangkat.
Seandainya kapal itu dipenuhi air, maka ia akan tenggelam ke dasar laut.
Dunia ini kecil, tapi ramai manusia yang masih mengejarnya.
Perumpamaan dunia di mata orang-orang yang beriman adalah laksana sampah yang dihurung lalat.
Moga kita tergolong dalam orang-orang yang meletakkan dunia di tangan, bukan di hati.
PESANAN UNTUK KITA BERSAMA
Dalam apa2 jua tindakan dan perkara yang kita lakukan,
jika tersasar dari niat yang sebenar maka kita akan rasa mudah futur.
Niat itu umpama surat.
Jika tersalah tulis alamat, maka akan tersalah sampai tempat tujuan.
Setiap perkara kita lakukan, jika ia dilandasi dengan perasaan ego, bangga, prasangka dan hasad, maka kita akan rasa penat untuk bekerja.
Jika akhirnya kita berasa hendak meninggalkan sesuatu kerana sudah tawar hati, ingatlah ketika kita menghendakinya dahulu. -SP-
Apa ertinya janji yang dilafazkan ketika hati bertekad untuk taat setia di jalan dakwah dan perjuangan?
Bukankah ia akan memakan diri sendiri jika hati mula berpaling tadah?
Mana mungkin juga ikatan ukhuwah akan kukuh bertaut jika ikatan aqidah dengan Ilahi masih rapuh.
Terima kasih atas ingatan supaya dilihat kembali apa erti penggabungan dan makna sebenar pengucapan syahadah.
Aku juga sayang kamu kerana Ilahi.
Sunday, 6 December 2015
Jadilah Seperti Katak Itu
Setelah penat menaip assignment di meja belajar, Dhiya merenggang-renggangkan jari-jarinya. Kaca matanya dibuka lalu dia bersandar pada kerusi setelah penat menaip semua tugasan.
Sambil merehatkan diri, dia terpandang pada gambar dia dan rakan-rakannya sewaktu di sekolah dahulu. Gambar itu dibingkaikan dan diletakkan di sudut mejanya.
Seketika, dia terimbas waktu-waktu dia bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya di sebuah sekolah agama yang terletak di ceruk Kampung Jawa, Klang. Antara saat-saat yang paling diingatinya adalah sewaktu guru-gurunya memberikan pesanan kepadanya dan rakan-rakan. Dia masih ingat sewaktu di sekolah dulu, cikgu menceritakan pada Dhiya perihal seekor katak dalam sebuah perlumbaan untuk memanjat bukit.
IMBAS KEMBALI
IMBAS KEMBALI
Sudah menjadi rutin setiap pagi, para pelajar diwajibkan untuk berkumpul di Dewan Terbuka yang digelar sebagai Centre of Excellence untuk membaca al-Ma'thurat secara berjemaah. Setelah itu, mereka akan mendengar sepatah dua kata daripada guru-guru atau wakil pelajar sebagai pembakar semangat pada waktu pagi.
Seorang guru memulakan ceritanya setelah dijemput oleh pelajar untuk memberikan ucapan.
"Pada suatu hari, ada sekumpulan katak yang ingin membuat perlumbaan untuk memanjat bukit. Beberapa ekor katak telah menyertainya termasuklah seekor katak yang cacat sebelah kaki."
"Tak mungkin dia menang. Kakinya tu cacat"
"Bersedialah untuk kalah"
"Sebelum kau kalah, lebih baik kau tarik diri," kata sahabat katak yang cacat itu padanya.
"Katak yang cacat itu tidak mempedulikan kata-kata itu. Lalu perlumbaan pun bermula."
"Semasa katak itu melompat, ia masih menerima cercaan. Tiada seekor pun antara katak tersebut yang menyokongnya sama sekali."
"Walau bagaimanapun, katak yang cacat itu tidak terusik sama sekali dengan cercaan itu. Ia melompat dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, katak itu memenangi pertandingan tersebut."
Cikgu tersebut melihat Dhiya dan kawan-kawan sambil tersenyum kerana riak muka mereka sangat penasaran.
"Cam mana katak tu boleh menang, cikgu?" tanya salah seorang dari rakan-rakan Dhiya/
"Sebenarnya, katak tu bukan saja cacat kakinya sebelah, tapi juga cacat pendengaran" terang gurunya
"Kufkufkuf!" mereka semua tertawa.
"Bunyi memang lawak. Tapi pengajarannya, kamu semua kena jadi seperti katak yang cacat itu. Apabila ada orang yang tidak percaya dengan kebolehan kamu, jangan percaya pada kata-kata mereka tapi percaya pada diri kamu sendiri. Jika tak berjaya dengan cara biasa, gunakan cara yang luar biasa.
"Seperti pesan Luqman al-Hakim kepada anaknya bahawa apa-apa yang kita lakukan sentiasa ada manusia yang tidak menyetujuinya. Jangan ambil cercaan orang sebagai turning point"
Dhiya dan sahabat-sahabatnya menghadam kata-kata itu. Sangat mendalam
Dhiya dan sahabat-sahabatnya menghadam kata-kata itu. Sangat mendalam
"Walau bagaimanapun, kamu semua jangan terlampau mengabaikan komen manusia, kerana penuhi komen itu kadang-kadang membina diri kita sendiri. Jadikan expectation manusia itu sebagai benchmark untuk diri sendiri. Mungkin cercaan orang itu adalah kerana kamu betul-betul salah!"
"Tapi cikgu, penuhi expectation manusia itu memenatkan. Lebih baik penuhi expectation Allah," balas Dhiya.
"Betul, kita tak boleh penuhi semua expectation manusia. Penuhi expectation Allah itu lebih penting. Tetapi tanpa tindakan memenuhi expectation manusia juga, tidak mungkin Sultan Muhammad al-Fateh mampu menakluk Konstatinopel"
"Gulp," Dhiya dan sahabat-sahabatnya terdiam dan tersentap.
Saturday, 13 June 2015
Introspeksi Iman : Mahasiswa 3K
Amin baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah di surau kolej kediamannya. Setelah solat berjemaah, dia akan membaca al-Quran sebentar sebelum mendengar tazkirah setiap malam di surau.
Setelah berpenat-penat belajar pada siang hari, pada malam hari pula, Amin dan teman-teman seusrahnya akan menghabiskan waktu dengan bertazkirah dan bertadarus al-Quran. Dia berasa sangat tenang apabila dapat memberikan waktu untuk makanan rohani pula.
Pada malam itu, dia sangat terkesan dengan satu tazkirah yang disampaikan oleh naqibnya , Firdaus, namun lebih famous dikenali sebagai 'Abang Surau'.
"Sudah 19 ke 20 tahun kita hidup di dunia. Kita sangat bertuah kerana dilahirkan dalam ruang lingkup Islam. Alhamdulillah... Tapi apakah yang kita sudah lakukan untuk sebarkan Islam untuk orang lain?"
"Setiap hari, rutin harian kita adalah kelas, kafe dan katil. Pagi ke kelas, kemudian makan di kafe, dan berehat di katil. Jika kita berada di takuk lama sebegini, bila akan berlakunya gerak kerja Islam?"
Soalan Abang Surau membuatkan Amin dan semua yang mendengar berfikir sejenak.
"Elakkan daripada menjadikan diri kita mahasiswa 3K. Kita sekarang sudah memasuki ke fasa mahasiswa di mana kita sedang mempelajari tentang erti hidup yang sebenar. Kita akan menjadi pemimpin negara kelak. Justeru, kita perlu lakukan perubahan untuk melihat sebuah negara yang tertegaknya Islam"

**********
Persoalan Amin itu akhirnya terjawab apabila dia menyertai satu program yang dianjurkan oleh Centre of Islamic Thoughts and Understanding di kolejnya. Program itu berbentuk forum yang didiskusi oleh beberapa pensyarah yang digelar murabbi.
Salah seorang pensyarahnya, Ustazah Basyira menerima soalan yang berbunyi, "Apakah peranan mahasiswa yang sebenar?". Lalu beliau menjawab,
"Mahasiswa perlu melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti seperti membangunkan surau, namun sambil mentarbiah diri. Dalam melakukan aktiviti, mahasiswa perlu berdakwah dan menyeru kepada benda baik. Apabila digelar sebagai pelajar, peranan mahasiswa bukan hanya perlu belajar, tetapi memberi sumbangan kepada dakwah dan tarbiah. Mahasiswa bukan hanya duduk di bilik, namun perlu berjumpa mad'u. Mahasiswa mesti kembangkan dakwah dan beri latihan dan modul kepada mereka."
Forum itu disambung lagi oleh jawapan yang diberikan oleh Ustaz Mutawalli pula. Apabila ditanya, "Apakah bentuk cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa kini?", beliau menjawab,
"Antara cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa kini adalah, kematangan. Mahasiswa perlu ubah cara mereka berfikir malah perlu membentuk pemikiran baru. Minda perlu dicabar dalam mengemukakan idea-idea yang bernas untuk masa depan diri sendiri dan masyarakat. Selain itu, mahasiswa perlu berbakti dan menanamkan sifat bahawa sebagai mahasiswa, mereka mampu menjadi model kepada masyarakat sekeliling."
Amin cuba menghadamkan kata-kata ustaznya itu. Ustaznya menyambung lagi,
"Pandangan mahasiswa adalah intelektual dan mereka perlu bersedia untak melihat situasi yang lebih mencabar. Justeru itu, mereka perlu bersedia menjadi pemimpin masyarakat mereka berperanan besar untuk mengubah masyarakat. Bukan sahaja perlu bijak untuk berkata-kata, malah mempunyai pandangan yang berkarisma. Mereka perlu mempunyai keupayaan yang tinggi berteraskan jati diri, rohani, ilmu."
Amin merasakan bahawa kata-kata ustaznya itu membuahkan satu pemikiran yang mencabar buat dirinya.
"Pesanan terakhir dari ana, belajar bukan sekadar untuk menampung keluarga, tetapi untuk Allah. Jika antum belajar untuk Allah, in shaa Allah ilmu akan berkekalan, bukan sekadar melepaskan jawapan di atas kertas exam. Milikilah hujah untuk melawan ideologi serta carilah pandangan yang ilmiah."
Bagaikan gunung jatuh menimpa ke atas Amin apabila dia mengetahui tanggungjawabnya yang sebenar.
Kemudian, forum itu disambung untuk pusingan kedua oleh Ustazah Basyira untuk mejawab soalan moderator, "Bagaimanakah hendak menjadi mahasiswa yang hebat?".
Ustazah Basyira membacakan sebuah hadis, "Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpinkan".
"Hendak menjadi hebat, perlu menjadi orang yang boleh mengarah dan berada di atas, namun mahasiswa perlu sentiasa beringat bahawa semua itu tanggungjawab"
"Siapa diri kita sebenarnya? Sebagai insan kita ada dua objektif utama kita, iaitu sebagai hamba kepada Allah SWT dan khalifah di muka bumi ini. Ia adalah amanah yang perlu dipikul oleh setiap manusia. Niat yang utama apabila digelar sebagai manusia tak kiralah perdana menteri atau mahasiswa, adalah untuk mencapai keredhaan Allah. Oleh itu, niat ini perlu sentiasa diperbaharui atau tajdid."
"Yang dimaksudkan dengan mahasiswa hebat adalah mahasiswa luar biasa. Luar biasa di sini bermaksud membuat perkara yang orang lain tidak buat. Mahasiswa yang luar biasa, dia mampu untuk membuat banyak benda dalam sehari. 24 jam adalah cukup buatnya. Oleh itu, memanfaatkan setiap detik yang ada supaya menjadi luar biasa. Ada waktu, mahasiswa adalah sebagai pelajar dan ada waktu mahasiswa perlu aplikasikan pelajarannya dengan sekeliling. Mahasiswa perlu mendengar, kemudian fikir, kemudian lontarkan idea."
"Mahasiswa yang luar biasa, aktivitinya juga adalah luar biasa apabila aktiviti hariannya menjadi tarbiah untuk dirinya dan orang lain. Makan, minum, riadah, dan sebagainya menjadi sesuatu yang luar biasa iaitu bermanfaat untuk diri dan orang lain. Ingatlah akan janji Allah SWT bahawa jika kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita juga.
Semasa sesi penggulungan, Ustazah Basyira diminta untuk memberikan nasihat kepada para hadirin yang terdiri daripada mahasiswa.
"Nasihat ana untuk para mahasiswa, jangan abaikan ibu bapa yang telah banyak memberikan jasa kepada antum. Tanpa doa dan usaha mereka, antum tak akan dapat berada setinggi ini. Dan gunakanlah peluang di tempat belajar sebaik mungkin untuk menuntut ilmu."
"Pesan Imam Syafi'e, kamu tidak akan memperoleh ilmu melainkan dengan 6 perkara. Kecerdikan, disiplin, usaha bersungguh-sungguh, bekalan secukupnya, mendampingi guru dan sepanjang zaman."
"Untuk berjaya bukan sahaja perlu ada ilmu, malah perlu ada usaha, doa dan amal. Ana menutup forum ini dengan kata-kata oleh Imam Al-Ghazali,"
Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikan ilmu adalah ibadah, mengulang ilmu adalah zikir, mencari ilmu adalah jihad.
| [credit] |
| [credit] |
**********
...bersambung...
Labels:
cerpen,
ilmu,
introspeksi,
muhasabah,
mutiara,
my story,
pengajaran,
teladan
Tuesday, 9 June 2015
KISAS yang Dirindui.
Saya repost balik post yang pernah saya share suatu ketika dahulu ketika mendapat tawaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah. "Berdiri Atas Kaki Sendiri"
Post itu sangatlah keanak-anakan. At that time I was not mature enough. Bila dibaca kembali, ya, itulah perasaan saya bila pertama kali dapat belajar di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Excited yang teramat sangat. Semasa di SMKA (P) Alawiyah Kangar, saya sangat mengagumi KISAS. Semua cerita tentang KISAS baik-baik belaka. Dengan keputusan cemerlang dalam akademik dan dalam mentarbiyah pelajar-pelajarnya. Saya terbayang-bayang, bagaimanakah kehidupan yang ditarbiyah itu?
Apabila diberi peluang oleh Allah Taala, saya memilih untuk mengenali tarbiyah dengan lebih dekat, dan ternyata tarbiyah itu sangat indah. Namun, beberapa orang sahaja yang berjiwa besar untuk menerima tarbiyah. Jujur, pada waktu itu jiwa saya belum cukup besar untuk ditarbiyah. Di fikiran saya hanyalah, sekolah ini penjara buat saya. Apa yang terjadi adalah semua yang saya lihat di mata, adalah salah! Saya jadi memberontak secara senyap. Saya hanya memendam dalam hati. Sebenarnya, saya yang memenjara diri saya sendiri. Saya tahu ada yang tidak kena pada diri saya. Saya cuba membuka hati dengan tarbiyah. Lama-kelamaan, tarbiyah itu meresap ke dalam jiwa. Saya jadi jatuh cinta pada tarbiyah di KISAS.
Sebenarnya, tarbiyah itu sangat lah pahit. Namun ia pahit dalam kemanisan. Tak semua perkara yang kita suka itu baik untuk kita dan tak semua benda yang kita benci itu buruk untuk kita. Niatlah di hati untuk mendapat kebaikan, maka tarbiyah yang pahit itu menjadi manis. Kerana manis itulah, kini saya menjadi sangat rindu pada suasana tarbiyah itu, apabila membawa diri ke tempat yang sudah tiada biah solehah. Pada masa itulah, ujian buat para alkis-II (Alumni Kolej Islam). Apabila bertanya pada mereka, jawapan mereka juga sama. Tarbiyah dalam diri juga makin terhakis. Ia menjadi satu kepayahan untuk memelihara tarbiyah dalam diri sendiri.
Semasa di KISAS, saya dipesan oleh kakak-II untuk mencari mutiara-II. Mereka katakan, mutiara-II itu tidak tertanam di dalam tanah. Saya mentafsir apakah maksud mutiara. Pada fikiran saya, tarbiyah itu adalah mutiara. Ya, namun saya belum menjumpai mutiara yang lain.
Akhirnya saya keluar dari Bumi Waqafan tanpa berjumpa dengan mutiara yang selebihnya. Untuk pertama kali saya menuntut ilmu dalam suasan realiti masyarakat dan keluar dari suasana tarbiyah. Mujur, di tempat belajar saya masih ada bibit-II tarbiyah, iaitu INTEC. Saya merasakan bahawa mutiara tarbiyah dahulu belum cukup untuk diri saya. Lalu, saya cuba mencari lagi. Dan akhirnya, saya mendapat satu lagi mutiara, dan ianya lebih berharga. Mutiara tersebut ialah mutiara perjuangan.
Apabila menemui dengan mutiara yang kedua ini, ia memberi saya kesedaran bahawa saya perlu perkuatkan kembali mutiara yang pertama tadi. Ia perlukan istiqamah yang kuat.
Apabila saya mengimbas kembali kehidupan saya di KISAS, sebenarnya saya hampir berjumpa dengan mutiara yang kedua itu. Ia begitu hampir, cuma waktu itu Allah SWT yang lebih mengetahui bahawa perjuangan saya masih belum diperlukan, dan mungkin tarbiyah dalam diri saya juga masih belum cukup kuat.
KISAS menjadi satu memori tarbiyah yang bakal saya ingat seumur hidup. Sungguh unik bumi waqafan itu. Banyak memberi erti buat penghuni yang ada di dalamnya mahupun yang keluar darinya. Semoga Allah memelihara tarbiyah Bumi Waqafan, KISAS.
![]() |
| Logo di belakang jaket saya ^^ |
Kini helang mendapat sayapnya, namun ia masih rindu pada zaman pipitnya.
Miss Slave,
090615
Thursday, 12 March 2015
Belajar Daripada Sebatang Pokok.
Assalamualaikum :)
APAKAH PENGAJARAN SEBALIK SEBATANG POKOK?
1) Akar Pokok
Infiru!
AL-MUSAFIRAH AL-FAQIRAH, MISS SLAVE.
13/3/2015
Apakah yang ada pada sebatang pokok sehingga manusia perlu belajar daripadanya? Adakah pokok itu boleh menjadi guru kepada manusia? Jawapannya ya! Tetapi belajar di sini bukanlah bermaksud pokok itu mempunyai ilmu. Tetapi kerana pokok itu adalah salah satu ayat atau tanda-tanda kebesaran Allah. Firman Allah SWT dalam Kalam Teragung
| Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; |
Jika kita mengaku sebagai orang yang beriman, maka kita perlu mengetahui bahawa kita juga adalah "Ulul Albab" atau orang-orang yang berfikir. Jom kita fikir, apakah pengajaran di sebalik salah satu tanda kebesaran Allah yang sangat hebat ini iaitu sebatang pokok.
APAKAH PENGAJARAN SEBALIK SEBATANG POKOK?
1) Akar Pokok
Pertama sekali, kita lihat dulu pada asas sebatang pokok, iaitu akar. Akar pokok adalah anggota pokok yang paling penting yang menjadi asas agar pokok tetap berdiri teguh. Melalui akar juga pokok itu mendapat nutrient untuk kekal subur dan sihat. Begitulah juga peranan aqidah kepada manusia. Aqidah manusia diumpamakan sebagai akar pokok yang menjadi asas sebagai seorang hamba di muka bumi ini. Aqidah yang dimaksudkan di sini adalah aqidah kepada Allah SWT kerana ini adalah aqidah yang benar. Aqidah kepada Allah SWT perlulah kuat supaya manusia tidak hanyut dan tersesat dalam perjalanan musafirnya. Ustaz Fathi Yakan menyatakan dalam bukunya, "Apa Ertinya Saya Menganut Islam",
2) Batang PokokBerpegang dengan akidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkandung di dalam Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ia mestilah beriman dengan apa yang telah diimani oleh orang-orang Islam terdahulu yang terdiri dari angkatan Salafus-Saleh serta para Imam penyampai agama ini yang telah diakui kebaikan, kebaktian serta ketakwaan mereka. Mereka ini mempunyai kefahaman yang mendalam lagi bersih dalam urusan agama.
Seterusnya, apabila akar sesuatu pokok itu menjadi subur, batang pokok juga akan menjadi sihat dan kuat. Sehinggakan ada pokok yang mampu mencapai ketinggian sehingga seratus meter. Sangat menakjubkan. Batang pokok yang teguh ini diumpamakan sebagai ibadah seorang hamba. Apabila seseorang hamba itu mempunyai aqidah yang mantap kepada Allah SWT, ibadahnya akan menjadi lebih sempurna. Kita perlu refleks kembali, apakah tujuan kita diciptakan? Firman Allah SWT,
| Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. |
Sebagai hamba yang sebenar inilah tanggungjawab kita iaitu mengabdikan diri kepada Allah SWT. Namun, seseorang hamba itu bukan sahaja perlu beribadah tetapi perlu istiqamah. Apalah ertinya ibadah tanpa istiqamah. Dan apalah erti istiqamah tanpa ilmu yang dapat menyempurnakan ibadah. Ustaz Fathi Yakan menyatakan lagi,
3) Buah dari Sebatang PokokIbadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah. Ia menjadi anak tangga pertatihan antara si hamba dengan Tuhannya. Ibadah ini juga memberi kesan yang mendalam di dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya.
Apabila sebatang pokok menjadi subur setelah dibajai, ia akan mengeluarkan buah yang mampu memberi manfaat untuk orang yang memakannya. Semakin baik pokok itu, maka semakin baiklah buahnya. Begitulah akhlak seorang hamba yang diumpamakan seperti buah daripada sebatang pokok yang subur. Buah yang baik menunjukkan bahawa ia tumbuh dari pokok yang sihat. Begitu jugalah jika akhlak yang baik, ia pasti lahir dari aqidah dah ibadah yang baik. Rasulullah SAW bersabda, bukti keimanan seorang hamba itu adalah melalui akhlaknya kepada manusia lain dan segala ciptaan di muka bumi ini. Rasulullah mempunyai keimanan yang paling mantap, maka bagindalah manusia yang mempunyai akhlak yang paling sempurna. Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana
yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda. Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak".Ustaz Fathi Yakan menyatakan lagi,
Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah hasil dari keimanannya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Berhubung dengan hal inilah Rasulullah s.a.w menyatakan: Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan. (Hadis riwayat Ad-Dailami).JADI, APAKAH KESIMPULANNYA?
Ringkasannya,Akar = aqidahBatang pokok = ibadahBuah = akhlak
Jelaslah kita lihat bahawa tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Setiap ciptaanNya adalah tanda-tanda kekuasaanNya yang amat hebat. Sebagai manusia yang mengaku beriman, kita perlu mengenali Allah dan salah satu cara untuk mengenal Dia adalah melalui ciptaan-ciptaanNya. Bukan pokok sahaja yang kita boleh ambil pengajaran, malah banyak lagi ciptaan yang mempunyai tanda kebesaran Allah yang tersirat.
Infiru!
AL-MUSAFIRAH AL-FAQIRAH, MISS SLAVE.
13/3/2015
Wednesday, 6 June 2012
Jagalah, wahai Kaum Hawa
Assalamualaikum !
Nice Thursday, right! Tidak... Hatiku masih belum bersedia nak tinggalkan Perlis ! Huhu, redha je laahh...
Back to our topics, hmm... Wanita, tahukah kamu bahawa kamu umpama lollipop. Kamu sangat manis... Jika kamu tidak bertutup, maka ramai yang ingin merasa kemanisanmu... Sanggupkah kamu menggadai kemanisanmu hanya kerana nafsumu?
Wahai kaum seangkatanku, sayang tak pada Rasulullah? Kalau sayang, hargailah apa yang baginda telah perjuangkan untuk kita. Hadirnya baginda, martabat kita diangkat tinggi tau! Ingat tu... Tanpa baginda, mungkin sekarang kita telah dijual, diperkotak-katikkan, dihina, dijadikan bahan mainan, malah dibunuh. Padahal kita begitu berharga? Kan? Nak tahu apa kelebihan wanita... Tekan sini ---> ✿
Rasulullah ada bersabda, pada wanita ada fitnah. Fitnah wanita memang banyak. Semuanya ada pada badan wanita. Dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sama ada dalaman mahupun luaran Sebab fitnah yang banyak tu lah wanita yang masuk neraka. Maka dan oleh itu, marilah kita jaga fitnah itu sebaik-baiknya (pesanan utk diri sendiri yg masih lemah iman juga). Marilah kita rujuk balik 'buku manual kehidupan kita yang bermukjizat' dalam surah An-Nur yang diturunkan khas untuk wanita. Kaum wanita akan rosak jika tidak menghayati dan mengamalkan surah An-Nur.
Dulu-dulu, wanita yang solehah ada tiga je istilah keluar rumah. Pertama, keluar dari perut ibunya dan lahir ke dunia. Kedua, keluar dari rumah ibu bapanya ke rumah suami. Ketiga, keluar dari rumah menuju ke kuburnya. Tapi, kalau wanita solehah zaman sekarang, ada empat. Iaitu, keluar dari rumah untuk menuntut ilmu. Tu wanita solehah... Yang tak solehah, keluar jumpa boyfriend, keluar lepak, keluar dating dan sebagainya.
Tuntasnya, wanita perlu kuatkan jati diri supaya tidak tertipu dengan nafsu. Semuanya datang dari hati. Oleh itu, jagalah hati kita. Nafsu wanita banyak tau... Akal wanita hanya satu nak kena kawal sembilan nafsu. Alaa, macam jaga anak juga. Seorang ibu boleh menjaga 10 anak, tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. Hebatkan wanita!

| sumber gambar : Rusydee Artz | Lukisan Dakwah |
| Kuatkan jati dirimu! Perangi nafsu! |
~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~
P/S : Maybe ni post terakhir sebelum pulang ke KISAS tercinta ❤ !
Tuesday, 20 December 2011
Sembahyang dan Jenis Manusia
Assalamualaikum :)
Wahaha, pagi hari lagi dah update blog. Apa salahnya kita muhasabah pagi-pagi ni. Jom kita muhasabah level mana solat kita.
Sudah lama kita bersolat, tapi hati kita tetap tidak terlepas daripada melakukan kemungkaran tak kira kecil atau besar. Orang yang bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran seperti tidak menutup aurat dan mengumpat sebenarnya solatnya tidak berkesan. Kerana fungsi solat ialah untuk mencegah seseorang hamba daripada melakukan kemungkaran jika dihayati dengan betul. InsyaAllah...
Jenis Pertama
Jenis solat yang pertama ialah solat yang langsung tidak ditunaikan, tidak tahu menunaikan solat malah menafikan solat walaupun mengaku Islam. Golongan seperti ini jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.
Jenis Kedua
Solat jenis kedua ialah solat yang dilakukan secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.
Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.
Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.
Jenis Ketiga
Solat jenis ini ialah solat yang dilakukan cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat.
Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.
Jenis Keempat
Solat jenis ini baik sedikit daripada jenis solat sebelumnya, tetapi solat yang masih dimain tarik tali. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.
Golongan ini akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.
Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.
Firman Allah S.W.T.,
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengubah cara kita bersolat ke arah yang lebih baik supaya kita akan tergolong dalam golongan yang berjaya. Golongan yang berjaya di sini bukanlah bermakna berjaya dalam hidupnya tetapi berjaya mendapat keredhaan Allah S.W.T. seterusnya memasuki syurgaNya.
[sumber]
Wahaha, pagi hari lagi dah update blog. Apa salahnya kita muhasabah pagi-pagi ni. Jom kita muhasabah level mana solat kita.
Sudah lama kita bersolat, tapi hati kita tetap tidak terlepas daripada melakukan kemungkaran tak kira kecil atau besar. Orang yang bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran seperti tidak menutup aurat dan mengumpat sebenarnya solatnya tidak berkesan. Kerana fungsi solat ialah untuk mencegah seseorang hamba daripada melakukan kemungkaran jika dihayati dengan betul. InsyaAllah...
Jenis solat yang pertama ialah solat yang langsung tidak ditunaikan, tidak tahu menunaikan solat malah menafikan solat walaupun mengaku Islam. Golongan seperti ini jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.
Jenis Kedua
Solat jenis kedua ialah solat yang dilakukan secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.
Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.
Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.
Jenis Ketiga
Solat jenis ini ialah solat yang dilakukan cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat.
Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.
Jenis Keempat
Solat jenis ini baik sedikit daripada jenis solat sebelumnya, tetapi solat yang masih dimain tarik tali. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.
Golongan ini akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.
Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.
**********
| Maka berjayalah orang-orang yang beriman [Al-Mu'minun, 23:1] |
| Iaitu orang-orang yang solatnya khusyu' [ [Al-Mu'minun, 23:2] |
[sumber]
Monday, 19 December 2011
Tips untuk Sentiasa Bersangka Baik
Assalamualaikum :)
Tips dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan
•❤• Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu,
credits : Facebook
✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿• ¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸. •´¯✿
•❤• Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu,
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."•❤• Jika bertemu ANAK KECIL, maka ucapkanlah dalam hatimu,
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."•❤• Jika bertemu ORANG TUA, maka ucapkanlah dalam hatimu,
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."•❤• Jika bertemu dengan ORANG YANG BERILMU, maka ucapkanlah dalam hatimu,
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."•❤• Jika bertemu dengan ORANG YANG BODOH, maka katakanlah dalam hatimu,
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."•❤• Jika bertemu dengan ORANG KAFIR, maka katakanlah dalam hatimu,
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿• ¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸. •´¯✿
Sunday, 6 November 2011
Kesilapan Lirik Lagu Zaman Sekarang
Assalamualaikum :)
Remaja sekarang suka sangat dengar lagu. Termasuklah juga Ajmal. Secara jujurnya, Ajmal pun layan lagu-lagu Korea. Hehe. Dulu, Ajmal pun peminat K-Pop. Dulu juga Ajmal minat banyak kumpulan. Tapi Ajmal dah sedar yang cinta kita ni kita tak boleh serahkan kepada artis Korea tapi kita mesti serahkan kepada Allah, Rasul dan mak ayah kita.
Memang Ajmal masih layan lagu Korea. Kumpulan-kumpulan Korea pun just ambil tahu je la. Tak perlu minat. Disebabkan remaja sekarang ni dah kena virus K-Pop, artis Melayu pun mula nak tunjuk bakat juga. Tapi, entah kenapa Ajmal rasa macam tak sesuai bagi orang Melayu untuk menyanyi macam artis-artis Korea. Jadi Ajmal tak berapa minat nak dengar lagu-lagu mereka.
Satu demi satu kumpulan ditubuhkan di Malaysia. Memang ramai yang tak setuju. Tapi ada juga sesetengah yang popular dan lagu-lagu mereka diterima oleh masyarakat. Tapi, masyarakat kita lupa pula tengok maksud lagu-lagu tersebut. Tadi Ajmal cuba dengar lagu Berdua Bersatu daripada kumpulan Forteen yang dikatakan '2AM Wannabe'. Ajmal nak tunjukkan kesilapan-kesilapan lirik dalam lagu tersebut.
Kesimpulannya, itulah hakikat remaja zaman sekarang. Terlalu leka dengan hiburan.Perhatikan dulu liriknya baru dengar. Kalau nak layan lagu jugak, layan nasyid sudah laa. Dengar laa lagu2 Maher Zain, UNIC, Devotees, In-Team, Hijjaz, Hafiz Hamidun dan lain-lain. *promoting*

Seringkali kumendengar patah tumbuh hilang bergantiBuat apa nak cari cinta wanita itu? Tak mahu kah cari cinta dan keredhaan Allah? Yakin sangat ka dah dapat cinta Allah?
Tetapi kutidak mahu cinta selain darimu
Jika denganmu salah ku tak mahu yang benarAdakah jika wanita itu kafir, dan kamu mahu juga ikut jalannya? Biarlah tercalar kerana berperang memperjuangkan agama Allah daripada memperjuangkan percintaan dengan wanita itu.
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai kusanggup kerna kumahu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur, kutak mahu yang jelasJika wanita itu mengajak ke arah kekufuran, adakah perlu ditinggalkan kebenaran yang sudah jelas terpampang?
Jika denganmu hanyut, biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut kusanggup kerna kumahu
Kita berdua bersatu
Kesimpulannya, itulah hakikat remaja zaman sekarang. Terlalu leka dengan hiburan.Perhatikan dulu liriknya baru dengar. Kalau nak layan lagu jugak, layan nasyid sudah laa. Dengar laa lagu2 Maher Zain, UNIC, Devotees, In-Team, Hijjaz, Hafiz Hamidun dan lain-lain. *promoting*
Thursday, 27 October 2011
Ciri-ciri Orang Munafik
NIFAQ AKBAR (MUNAFIK BESAR)
- Menolak hadis, dan hanya mengambil AL-QURAN sahaja.
- Mempermainkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
- Membenci perbuatan Nabi Muhammad S.A.W.
- Membantu penindas Islam.
- Menyuruh orang melakukan kebaikan, tetapi dia sebaliknya atau dia juga melakukan apa yang dilarangnya kepada org lain.
- Suka berbohong.
- Suka khianat.
- Suka berlebih-lebih dalam berkelahi.
- Suka mengingkari janji.
- Berat untuk menunaikan solat Subuh dan 'Isyak.
- Kurang berzikir (ingat Allah).
- Solat terlalu cepat (tiada thoma’ninah, solat macam ayam patuk padi)
- Malas untuk menunaikan solat.
- Suka mengutuk atau mencerca orang yang baik (suka pada orang yang tidak baik).
- Memperlekeh sunnah Nabi Muhammad S.A.W. (sekadar mengejek)
- Suka bersumpah ketika berbicara (contoh : “Sumpah! Aku tak tipu!”)
- Berat untuk bersedekah.
- Tidak peduli dengan masalah orang Islam yg lain. (contoh : umat Islam di Palestin, Iraq dan lain-lain)
- Suka menyebarkan cerita dusta (khabar angin), tanpa myiasat terlebih dahulu.
- Tidak berapa suka dengan takdir (menyalahkan takdir, ingkar dengan takdir)
- Suka mencaci kehormatan orang-orang soleh (para ulamak).
- Gagal / Tidak mampu menjaga solat berjemaah (paling kurang 2 orang)
- Membuat kerosakan, tetapi mengakui, dia melakukan kebaikan.
- Zahir tidak sebati dengan batinnya (tidak suka, tetapi buat macam suka)
- Hidupnya sentiasa takut (bergantung 100% pada Allah)
- Sering menguzurkan dri.
- Suka dengan benda mungkar
- Bakhil (tangkai jering)
- Lupa pada Allah.
- Tidak percaya pada janji Allah.
- Suka menghukum orang/menilai orang.
- Sangat sombong bila berbicara (tinggi dri).
- Tidak berapa faham kehidupan beragama.
- Pura-pura taat pada Allah, padahal dia suka melakukan maksiat.
- Suka tengok orang yang susah, tidak suka melihat orang senang.
Saturday, 22 October 2011
11 Jenis Manusia Didoa Malaikat
Assalamualaikum :)
Malaikat ialah makhluk Allah S.W.T. yang dicipta daripada cahaya (nur), tidak berjantina, tidak mempunyai nafsu, tidak makan mahupun minum serta sentiasa taat kepada Allah S.W.T. Ketika menghadapi masalah atau musibah, kita sangat memerlukan sokongan daripada malaikat. Antara orang yang didoa oleh malaikat ialah:
1) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa, “Ya Allah, ampunilah hambaMu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci".
2) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya, “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya, ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia".

3) Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya, “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan".
4) Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah.
4) Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya, “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf".
5) Orang yang mengucapkan 'amin' setelah imam membaca al-Fatihah.
5) Orang yang mengucapkan 'amin' setelah imam membaca al-Fatihah.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya, “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu".
6) Orang yang duduk di tempatnya selepas melakukan solat.
6) Orang yang duduk di tempatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya, “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat".
7) Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
7) Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya, “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat".
8) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
8) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya, “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin' dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan”.
9) Orang yang membelanjakan harta infaq.
9) Orang yang membelanjakan harta infaq.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya, “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq".
10) Orang yang sedang makan sahur.
10) Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya, “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur".
11) Orang yang sedang melawat orang sakit.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh".
sumber:
Aku ISLAM : 11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

Friday, 14 October 2011
Tanda-tanda Kematian
100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di 'Arasy akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
******Saat Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:
- Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
- Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
- Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
- Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
- Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
- Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
- Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-"
- Orang-orang yang mati syahid.
- Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
- Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."
Thursday, 13 October 2011
Rimasnya Tengok!
Assalamualaikum :)
Entah kenapa zaman sekarang para muslimah dah tak paham konsep sebenar tutup aurat. Sesetengah wanita sampai tak mahu tutup aurat. Mereka itulah musuh Allah kerana melanggar hukum Allah. Sebenarnya setiap perintah Allah itu ada hikmah sebaliknya.
Contohnya solat. Allah perintahkan hambanya untuk mendirikan solat. Di samping kita beribadah, sebenarnya badan kita semakin sihat. Sebab pergerakan solat itu seperti bersenam. Semasa bersujud, oksigen dalam darah boleh turun ke kepala dengan cepat.
Oleh itu, tutup aurat pun ada kebaikannya. Sebenarnya Ajmal nak menekan tentang penggunaan shawl dan pashmina yang makin popular dlm kalangan remaja. Apabila Allah perintahkan tutup aurat, ramai yang ingat kena pakai tudung. Bila difahmakan, rupanya pakailah apa-apa saja asalkan tutup aurat. Tapi tu pun masih ada yang salah faham.
Memang lah pakai benda tu tak haram, tapi kalau tak ikut syari'at jadi haram. Syarat nak pakai yang first, mesti tak nampak bentuk warna kulit. Second, mesti tutup hingga menutupi dada. Third, tak boleh nipis dan sebagainya.
Tambah lagi, ramai artis-artis internet kat Malaysia ajar tutorial hijab etc. Yes, dia orang ajar tutup aurat, tapi masih tak betul. Kebanyakan video-video tutorial, masa nak pakai tu macam wajib ada bonggol kat belakang. Lilit keliling tengkuk tuh. Jelas kelihatan bentuk kepala. Aduih, sakit mata tengok. Kalau la Ajmal pakai, lama dah rasa nak cabut. Tak rasa panas kah?
Itulah rakyat Malaysia zaman sekarang. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal (itulah jejak syaitan). Hmm... Ajmal bukan ada banyak sangat ilmu. Tapi untuk hidup dalam keredhaan Allah, kita harus mematuhi hukumnya...

| Pernah baca cerita tentang wanita solehah ini? Bacalah. Itulah kelebihan menutup aurat. |
P/S:
Jadilah wanita yang solehah kerana seorang wanita solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh. Tapi wanita yang suka membuat dosa lebih buruk daripada 1000 lelaki yang membuat dosa. :)Saturday, 10 September 2011
10 Tanda Hati Kita Mati
Terdapat 10 tanda yang menunjukkan bahawa hati kita telah mati:
- Kita mengaku kita kenal Allah dan cintakanNya tapi kita tidak amalkan suruhanNya.
- Kita mengaku cinta Rasulullah tetapi mengabaikan sunnahnya.
- Kita membaca Al Qur’an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
- Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya.
- Kita mengaku musuh syaitan, tetapi mengikutinya.
- Kita mengakui nikmat Syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
- Kita mengaku adanya siksa Neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya.
- Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan bekalnya.
- Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri.
- Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah darinya.
Sumber:
Thursday, 11 August 2011
Pemuda Islam
Pemuda Islam zaman dulu mati syahid dalam peperangan menegakkan Islam.
Pemuda Islam zaman sekarang mati katak dalam perlumbaan haram.
Pemuda Islam zaman dulu hafal Al-Quran.
Pemuda Islam zaman sekarang hafal not muzik.
Pemuda Islam zaman dulu bunuh ramai orang kafir dalam peperangan
Pemuda Islam zaman sekarang bunuh ramai anak haram
Pemuda Islam zaman dulu berjalan beribu batu mencari ilmu agama
Pemuda Islam zaman sekarang merantau ke ibu kota mencari glamour
Pemuda Islam zaman dulu habis duit berinfak kerana Allah
Pemuda Islam zaman sekarang habis duit berhibur kerana Syaitan
Pemuda Islam zaman dulu kuat tauhidnya
Pemuda Islam zaman sekarang kuat belitnya
Pemuda Islam zaman dulu kuat imannya
Pemuda Islam zaman sekarang kuat mainnya
Pemuda Islam zaman dulu bangun malam bertahajjud
Pemuda Islam zaman sekarang bangun malam berhibur
Pemuda Islam zaman dulu berlumba-lumba cari cinta Allah
Pemuda Islam zaman sekarang berlumba-lumba cari cinta dunia
Tapi apa persamaan mereka yang ketara ialah
Mereka pemuda Islam

Saturday, 6 August 2011
Kenapa Enggan Tutup Aurat
Assalamualaikum :)
Kenapa wanita zaman sekarang susah sangat nak tutup aurat. Aurat itu sebenarnya suatu keaiban. Hmm.. Payah sangat nak cari wanita yang betul-betul ikhlas nak tutup aurat. Ajmal pun kadang-kadang tak sempurna sangat tutup aurat. Ajmal tak sampai tahap pakai purdah. Tapi Ajmal suka sangat bila dapat tengok perempuan pakai purdah. Apa yang bestnya kalau tak tutup aurat? Sukakah kalau tunjuk aurat kepada lelaki ajnabi untuk menarik perhatian mereka? Bukankah itu menyusahkan kita jugak? Hrm,, jom baca kisah perbualan di bawah. Semoga orang yang masih belum mahu menutup aurat mendapat pengajaran.
| Seindah perhiasan ialah wanita solehah :) |
KISAH 1 - Dipetik daripada Kaki Facebook
KISAH 2
Din : Siti, kau ni puasa ke tak?
Siti : Mestilah aku puasa.
Din : Kenapa kau puasa?
Siti : Kan Allah suruh. Kalau tak puasa kan berdosa.
Din : Tapi Allah pun suruh tutup aurat. Allah tak suruh pun pakai tudung, tapi Allah suruh tutup aurat.
Friday, 29 July 2011
Kisah Hamba Allah yang Pertama
Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS
Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS
Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS
Orang yang pertama diberikan pakaian pada Hari Qiamat :
Nabi Ibrahim AS
Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada Hari Qiamat :
Nabi Adam AS
Orang yang pertama mengerjakan sa'ie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
Orang yang pertama dibangkitkan pada Hari Qiamat :
Nabi Muhammad SAW
Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA
Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA
Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA
Orang yang pertama menyusukan Nabi S.A.W:
Thuwaibah RA
Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah R.A.
Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat R.A.
Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash R.A.
Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas R.A.
Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah R.A.
Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah S.A.W. :
Ali bin Abi Thalib R.A.
Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi S.A.W.:
Tamim Ad-dary R.A.
Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :
Az-Zubair bin Al-Awwam R.A.
Orang yang pertama menulis sirah Nabi S.A.W.:
Ibban bin Othman bin Affan R.A.
Orang yang pertama beriman dengan Nabi S.A.W. :
Khadijah binti Khuwailid R.A.
Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syaf'ei R.H.
Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Thalib R.A.
Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan R.A.
Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid R.H.
Orang yang pertama mengadakan Baitul Mal :
Umar Al-Khattab R.A.
Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah S.A.W.:
Ali bin Abi Thalib R.A.
Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur R.H.
Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair R.A.
Orang yang pertama masuk Syurga :
Monday, 25 July 2011
Temuduga Jenazah
Pengumuman penting!
TEMUDUGA SUDAH DITUTUP! SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!
Temuduga Sebagai : Calon Jenazah
KEKOSONGAN JAWATAN:
TARAF JAWATAN (Untuk Semua Jawatan A, B dan C) TETAP
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (Khas Untuk Jawatan A Sahaja):
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara ADHOC bermula dari saat membaca IKLAN ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuklah sijil-sijil saham di Bursa Saham dan saham internet. Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes Bongkok atau Kad Kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal sahaja iaitu Iman dan Amal serta Sedekah Jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Namanya Izrail.
Sumber Iklan: Ehsan dari
Keghabat SKK
TEMUDUGA SUDAH DITUTUP! SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!
Temuduga Sebagai : Calon Jenazah
KEKOSONGAN JAWATAN:
- Ahli Syurga Dari Awal.
- Ahli Neraka Dari Awal.
- Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
TARAF JAWATAN (Untuk Semua Jawatan A, B dan C) TETAP
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (Khas Untuk Jawatan A Sahaja):
- Nikmat Kubur.
- Perlindungan Di Padang Mahsyar.
- Keselamatan Meniti Titian Sirat.
- Syurga Yang Kekal Abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara ADHOC bermula dari saat membaca IKLAN ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuklah sijil-sijil saham di Bursa Saham dan saham internet. Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes Bongkok atau Kad Kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal sahaja iaitu Iman dan Amal serta Sedekah Jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Namanya Izrail.
Sumber Iklan: Ehsan dari
Keghabat SKK
Saturday, 16 July 2011
Malam Nisfu Sya'ban
Dari Aisyah R.A katanya,"Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."
Sya'ban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Dari pelbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
1) Memperbanyak puasa sunat.
1) Memperbanyak puasa sunat.
Dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
2) Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
3) Bertaubat
Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Subscribe to:
Posts (Atom)