Pages

Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts
Monday, 2 May 2016

PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT

Percayalah bahawa jika kita bertawakal selalu kepadaNya, Dia akan menganugerahkan apa yang kita pinta. Jika lambat dikabulkan bermakna Dia mahu menguji kesabaran. Jika cepat dikabulkan bermakna Dia mahu menguji kesyukuran.
Minggu ni hidup betul2 serabut dengan universiti pilihan, exam, mpsi dan sebagainya. Terfikir juga usrah yang dah lama tak buat, jadi saya decide untuk buat usrah minggu ini.

Dengan tak disangka-sangka, segalanya berlaku sangat smooth. Apabila saya membuat keputusan untuk membuat usrah di Masjid Negeri Shah Alam, benda pertama yang perlu difikirkan ialah, pengangkutan. Nak pergi dengan public transport memang susah. Saya sebenarnya terfikir untuk menguji ahli2 usrah, ada tak antara mereka yang sanggup bayar pengangkutan teksi untuk hadiri usrah di masjid.

Namun, tak disangka-sangka, kami dapat pengangkutan percuma iaitu bas uitm. Bas uitm yang dibawa oleh Pak Cik Sanusi membawa kami ke Masjid Negeri. Jimat duit kami.

Sampai saja di masjid negeri, terfikir pula lepas usrah nak makan kat mana. Perut kami masing2 kelaparan. Apabila kami lalu di salah satu anjung di masjid, ada petugas masjid memanggil kami dan menawarkan 12 bungkus nasi lemak. Jumlah kami adalah 9 orang. Alhamdulillah, jimat lagi duit untuk makanan.

Selesai usrah, kami makan tengah hari dan bersolat. Selesai bersolat, dapat lagi air percuma yang diberikan oleh petugas masjid kepada kami.

Kesimpulannya di sini adalah, apabila kita sudah bertekad untuk berkorban, jika Allah berkemahuan, Allah akan membalas terus kebaikan itu walaupun kita belum melaksanakannya. Percayalah bahawa jika kita bertawakal selalu kepadaNya, Dia akan menganugerahkan apa yang kita pinta. Jika lambat dikabulkan bermakna Dia mahu menguji kesabaran. Jika cepat dikabulkan bermakna Dia mahu menguji kesyukuran.

Penulis bersama sahabat seperjuangan, Engku Huda


‪#‎usrahwida‬'
‪#‎psc‬.intec
#‎masjidnegeri
‪#‎usrahgabungan‬

DUNIA YANG SEMENTARA


Iman itu seperti kapal terbang.

Semakin tinggi ia terbang, semakin kecil ia melihat dunia.

Hati itu ibarat kapal di lautan dan air di lautan umpama harta benda dan pangkat.

Seandainya kapal itu dipenuhi air, maka ia akan tenggelam ke dasar laut.

Dunia ini kecil, tapi ramai manusia yang masih mengejarnya.

Perumpamaan dunia di mata orang-orang yang beriman adalah laksana sampah yang dihurung lalat.

Moga kita tergolong dalam orang-orang yang meletakkan dunia di tangan, bukan di hati.

PESANAN UNTUK KITA BERSAMA


Dalam apa2 jua tindakan dan perkara yang kita lakukan,

jika tersasar dari niat yang sebenar maka kita akan rasa mudah futur.

Niat itu umpama surat.

Jika tersalah tulis alamat, maka akan tersalah sampai tempat tujuan.

Setiap perkara kita lakukan, jika ia dilandasi dengan perasaan ego, bangga, prasangka dan hasad, maka kita akan rasa penat untuk bekerja.

Jika akhirnya kita berasa hendak meninggalkan sesuatu kerana sudah tawar hati, ingatlah ketika kita menghendakinya dahulu. -SP-

Apa ertinya janji yang dilafazkan ketika hati bertekad untuk taat setia di jalan dakwah dan perjuangan?

Bukankah ia akan memakan diri sendiri jika hati mula berpaling tadah?

Mana mungkin juga ikatan ukhuwah akan kukuh bertaut jika ikatan aqidah dengan Ilahi masih rapuh.

Terima kasih atas ingatan supaya dilihat kembali apa erti penggabungan dan makna sebenar pengucapan syahadah.

Aku juga sayang kamu kerana Ilahi.
Sunday, 6 December 2015

Jadilah Seperti Katak Itu

Setelah penat menaip assignment di meja belajar, Dhiya merenggang-renggangkan jari-jarinya. Kaca matanya dibuka lalu dia bersandar pada kerusi setelah penat menaip semua tugasan.


Sambil merehatkan diri, dia terpandang pada gambar dia dan rakan-rakannya sewaktu di sekolah dahulu. Gambar itu dibingkaikan dan diletakkan di sudut mejanya.

Seketika, dia terimbas waktu-waktu dia bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya di sebuah sekolah agama yang terletak di ceruk Kampung Jawa, Klang. Antara saat-saat yang paling diingatinya adalah sewaktu guru-gurunya memberikan pesanan kepadanya dan rakan-rakan. Dia masih ingat sewaktu di sekolah dulu, cikgu menceritakan pada Dhiya perihal seekor katak dalam sebuah perlumbaan untuk memanjat bukit.

IMBAS KEMBALI

Sudah menjadi rutin setiap pagi, para pelajar diwajibkan untuk berkumpul di Dewan Terbuka yang digelar sebagai Centre of Excellence untuk membaca al-Ma'thurat secara berjemaah. Setelah itu, mereka akan mendengar sepatah dua kata daripada guru-guru atau wakil pelajar sebagai pembakar semangat pada waktu pagi.

Seorang guru memulakan ceritanya setelah dijemput oleh pelajar untuk memberikan ucapan.

"Pada suatu hari, ada sekumpulan katak yang ingin membuat perlumbaan untuk memanjat bukit. Beberapa ekor katak  telah menyertainya termasuklah seekor katak yang cacat sebelah kaki."

"Tak mungkin dia menang. Kakinya tu cacat"

"Bersedialah untuk kalah"

"Sebelum kau kalah, lebih baik kau tarik diri," kata sahabat katak yang cacat itu padanya.

"Katak yang cacat itu tidak mempedulikan kata-kata itu. Lalu perlumbaan pun bermula."

"Semasa katak itu melompat, ia masih menerima cercaan. Tiada seekor pun antara katak tersebut yang menyokongnya sama sekali."

"Walau bagaimanapun, katak yang cacat itu tidak terusik sama sekali dengan cercaan itu. Ia melompat dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, katak itu memenangi pertandingan tersebut."

Cikgu tersebut melihat Dhiya dan kawan-kawan sambil tersenyum kerana riak muka mereka sangat penasaran.

"Cam mana katak tu boleh menang, cikgu?" tanya salah seorang dari rakan-rakan Dhiya/

"Sebenarnya, katak tu bukan saja cacat kakinya sebelah, tapi juga cacat pendengaran" terang gurunya

"Kufkufkuf!" mereka semua tertawa.

"Bunyi memang lawak. Tapi pengajarannya, kamu semua kena jadi seperti katak yang cacat itu. Apabila ada orang yang tidak percaya dengan kebolehan kamu, jangan percaya pada kata-kata mereka tapi percaya pada diri kamu sendiri. Jika tak berjaya dengan cara biasa, gunakan cara yang luar biasa.

"Seperti pesan Luqman al-Hakim kepada anaknya bahawa apa-apa yang kita lakukan sentiasa ada manusia yang tidak menyetujuinya. Jangan ambil cercaan orang sebagai turning point"

Dhiya dan sahabat-sahabatnya menghadam kata-kata itu. Sangat mendalam

"Walau bagaimanapun, kamu semua jangan terlampau mengabaikan komen manusia, kerana penuhi komen itu kadang-kadang membina diri kita sendiri. Jadikan expectation manusia itu sebagai benchmark untuk diri sendiri. Mungkin cercaan orang itu adalah kerana kamu betul-betul salah!"

"Tapi cikgu, penuhi expectation manusia itu memenatkan. Lebih baik penuhi expectation Allah," balas Dhiya.

"Betul, kita tak boleh penuhi semua expectation manusia. Penuhi expectation Allah itu lebih penting. Tetapi tanpa tindakan memenuhi expectation manusia juga, tidak mungkin Sultan Muhammad al-Fateh mampu menakluk Konstatinopel"

"Gulp," Dhiya dan sahabat-sahabatnya terdiam dan tersentap.



Saturday, 5 September 2015

Come and Go.



Dalam hidup ini,

akan ada insan yang hadir dan membawa erti kepada kehidupan kita.

Tapi akan ada suatu masa mereka akan pergi.

Kita mungkin tak dapat lepaskan mereka

kerana banyak kenangan yang telah dibina.

Yang paling penting,

kita telah lalui semuanya bersama mereka

kerana telah bersama-sama dalam perjuangan di jalan Allah.

Namun, takdir Allah itu sangat unik.

Mungkin lebih baik mereka pergi,

kerana pemergian mereka mungkin adalah untuk masa depan agama juga.

Seperti aku juga.

Bagiku, mereka sudah seperti keluargaku di sini.

Di saat aku berjauhan dengan keluargaku,

dan aku harus berkelana untuk menuntut ilmu.

Mereka sentiasa di sampingku,

sentiasa bersama suka dan duka.

Tetapi, aku sedar, bukan aku yang memegang takdir,

Jika mereka harus pergi, biarkan saja mereka.

Mereka juga tidak ada pilihan.

Jika pilihan mereka untuk pergi, adalah lebih baik untuk mereka

Yang penting, perjuangan aku di sini diteruskan,

Dan mereka juga akan berjuang di tempat mereka ditakdirkan.

Aku pohon pada Tuhan,

Supaya semangat kami dikembalikan.


Kerana kita makhluk, yang kekal hanyalah Dia.

Doakan semua sahabat saya yang perlu meneruskan perjuangan ini sama ada yang masih bersama saya dan juga yang perlu berjuang di tempat lain.

Tuesday, 16 June 2015

Kahwin Awal, Fenomena yang Baik atau Tidak?

Apabila memasuk usia hampir dua dekad ni, dah ramai juga kawan-kawan saya yang mendirikan rumah tangga. Melihat gambar-gambar mereka di facebook, Instagram, Twitter dan social media yang lain. Dalam hati, hanya mampu menangis 'kegembiraan'. Sambil-sambil mendoakan agar mereka kekal bahagia :')

Saya pernah belajar di sekolah (menengah rendah) di mana semua pelajar adalah perempuan. Tipulah kalau tak bersembang dengan senah-senah dan mak jemah yang lain perihal kahwin ni. Walaupun kami sekolah agama, tak kurang juga dengan kawan-kawan saya yang couple. Berita kahwin awal yang saya dengar tentang kawan (batchmate) saya adalah ketika berumur 15 tahun.

Namun, tu hanya perbincangan tak matang. Semakin lama, saya sendiri semakin diberatkan dengan tanggungjawab belajar, sebab fikir masa depan. Menjadi 'senior' kepada adik-beradik, banyak kena fikir untuk masa depan keluarga. Walaupun ayah saya pensyarah, tapi kos sara hidup tak mampu juga ditampung oleh ayah sorang-sorang. Saya tak dapat lupakan jasa ibu saya apabila beliau ambil keputusan untuk bekerja dengan mengambil tender di sebuah kafe.

Di sekolah (menengah atas) pula, bab kahwin ni menjadi perbualan yang semakin hangat. Kalah goreng pisang. Para guru sering menceritakan alumni-alumni yang keluar dan berkahwin sesama alumni. Hehe.. Dan kadang-kadang menjadi bahan ejekan. Dan rupanya sudah beberapa orang batchmate dah pasang impian yang sama. Saya kagum dengan mereka. Membuat perancangan yang begitu awal ^^

Suatu hari, saya menghadiri walimah sepupu saya di Sungai Petani, Kedah. Ini walimah pertama yang saya hadiri di mana ia dimulakan dengan sedikit tazkirah. Tuan rumah tersebut memberi pesan kepada para hadirin bahawa, cabaran dunia perkahwinan sangat berat.

"Jika anak-anak tuan-puan belum bersedia, jangan benarkan mereka kahwin dahulu. Sebenarnya apabila masuk alam rumah tangga, tanggungjawabnya banyak sekali. Kami sudah hampir 30 tahun berkahwin. Sudah banyak asam garam perkahwinan yang kami dah makan. Pastikan mereka betul-betul bersedia dulu." antara kata-kata beliau yang saya mampu ingat. (Maksud yang lebih kurang begitu)

Saya bukan nak takutkan pada mereka-mereka yang sudah berumah tangga. Namun, saya berasa bertanggungjawab untuk memberi peringatan kepada kawan-kawan yang belum bersedia.

Saya sempat menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh LangitIlahi iaitu Seminar Sebelum Aku Bernikah di UIA, Gombak. Daripada seminar itu, saya mendapat pengajaran tentang perancangan kewangan, persediaan akhlak, ilmu dan sebagainya. Saya rasa beruntung bagi kaum wanita kerana tidak perlu mengeluarkan banyak duit, namun bagaimana pula dengan lelaki? Agak kasihan kepada mereka apabila harga mas kahwin juga meningkat mengikut tahap pendidikan yang dimiliki oleh calonnya.

Persediaan ini perlu diambil kira untuk kepentingan ummah akan datang. Jika ilmu belum cukup, maka apa yang nak diajar pada anak-II nanti? Jika perangai belum cukup matang, maka bagaimana hendak hidup dalam persefahaman? Saya teringat satu pesanan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman semasa di seminar itu, "Perkahwinan adalah untuk membina ummah". Jadi ummah yang bersedia akan lahir dari orang-orang yang bersedia. Jika berkahwin awal dirasakan memberi kebaikan untuk membina ummah, maka dipersilakan. Namun, jika ia hanya mampu membawa kerosakan, maka tangguhkanlah dahulu. Jangan dilupa bahawa hidup berumah tangga bukan untuk berseronok-seronok, tapi untuk membetulkan akhlak dan berdakwah pada pasangan dan ia dilakukan antara satu sama lain.



Namun, saya akui, umur bukanlah pengukur kematangan. Seseorang itu matang adalah dari segi bagaimana dia berfikir untuk dirinya sendiri dan untuk orang lain. Romeo dan Juliet dilihat sebagai matang walaupun mereka baru sahaja belasan tahun semasa mereka bercinta. Sultan Muhammad Al-Fateh juga dilihat sebagai orang yang matang apabila mampu menawan Kota Konstatinopel semasa berumur 21 tahun.

Pada pendapat saya, jangan biarkan 'zaman' yang 'sepatutnya' hilang begitu saja. Zaman di mana sepatutnya belajar, belajar. Zaman sepatutnya untuk berkahwin, kahwin. Namun, semasa zaman belajar, adalah lebih bagus belajar juga tentang perkahwinan. Atau kahwin sambil belajar, itu juga tidak salah. Terpulang pada keperluan masing-masing :)
Saturday, 13 June 2015

Introspeksi Iman : Mahasiswa 3K

Amin baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah di surau kolej kediamannya. Setelah solat berjemaah, dia akan membaca al-Quran sebentar sebelum mendengar tazkirah setiap malam di surau.

Setelah berpenat-penat belajar pada siang hari, pada malam hari pula, Amin dan teman-teman seusrahnya akan menghabiskan waktu dengan bertazkirah dan bertadarus al-Quran. Dia berasa sangat tenang apabila dapat memberikan waktu untuk makanan rohani pula.

Pada malam itu, dia sangat terkesan dengan satu tazkirah yang disampaikan oleh naqibnya , Firdaus, namun lebih famous dikenali sebagai 'Abang Surau'.

"Sudah 19 ke 20 tahun kita hidup di dunia. Kita sangat bertuah kerana dilahirkan dalam ruang lingkup Islam. Alhamdulillah... Tapi apakah yang kita sudah lakukan untuk sebarkan Islam untuk orang lain?"

"Setiap hari, rutin harian kita adalah kelas, kafe dan katil. Pagi ke kelas, kemudian makan di kafe, dan berehat di katil. Jika kita berada di takuk lama sebegini, bila akan berlakunya gerak kerja Islam?"

Soalan Abang Surau membuatkan Amin dan semua yang mendengar berfikir sejenak.

"Elakkan daripada menjadikan diri kita mahasiswa 3K. Kita sekarang sudah memasuki ke fasa mahasiswa di mana kita sedang mempelajari tentang erti hidup yang sebenar. Kita akan menjadi pemimpin negara kelak. Justeru, kita perlu lakukan perubahan untuk melihat sebuah negara yang tertegaknya Islam"

**********

Persoalan Amin itu akhirnya terjawab apabila dia menyertai satu program yang dianjurkan oleh Centre of Islamic Thoughts and Understanding di kolejnya. Program itu berbentuk forum yang didiskusi oleh beberapa pensyarah yang digelar murabbi.

Salah seorang pensyarahnya, Ustazah Basyira menerima soalan yang berbunyi, "Apakah peranan mahasiswa yang sebenar?". Lalu beliau menjawab, 

"Mahasiswa perlu melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti seperti membangunkan surau, namun sambil mentarbiah diri. Dalam melakukan aktiviti, mahasiswa perlu berdakwah dan menyeru kepada benda baik. Apabila digelar sebagai pelajar, peranan mahasiswa bukan hanya perlu belajar, tetapi memberi sumbangan kepada dakwah dan tarbiah. Mahasiswa bukan hanya duduk di bilik, namun perlu berjumpa mad'u. Mahasiswa mesti kembangkan dakwah dan beri latihan dan modul kepada mereka."

Forum itu disambung lagi oleh jawapan yang diberikan oleh Ustaz Mutawalli pula. Apabila ditanya, "Apakah bentuk cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa kini?", beliau menjawab,

"Antara cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa kini adalah, kematangan. Mahasiswa perlu ubah cara mereka berfikir malah perlu membentuk pemikiran baru. Minda perlu dicabar dalam mengemukakan idea-idea yang bernas untuk masa depan diri sendiri dan masyarakat. Selain itu, mahasiswa perlu berbakti dan menanamkan sifat bahawa sebagai mahasiswa, mereka mampu menjadi model kepada masyarakat sekeliling."

Amin cuba menghadamkan kata-kata ustaznya itu. Ustaznya menyambung lagi,

"Pandangan mahasiswa adalah intelektual dan mereka perlu bersedia untak melihat situasi yang lebih mencabar. Justeru itu, mereka perlu bersedia menjadi pemimpin masyarakat mereka berperanan besar untuk mengubah masyarakat. Bukan sahaja perlu bijak untuk berkata-kata, malah mempunyai pandangan yang berkarisma. Mereka perlu mempunyai keupayaan yang tinggi berteraskan jati diri, rohani, ilmu."

Amin merasakan bahawa kata-kata ustaznya itu membuahkan satu pemikiran yang mencabar buat dirinya.

"Pesanan terakhir dari ana, belajar bukan sekadar untuk menampung keluarga, tetapi untuk Allah. Jika antum belajar untuk Allah, in shaa Allah ilmu akan berkekalan, bukan sekadar melepaskan jawapan di atas kertas exam. Milikilah hujah untuk melawan ideologi serta carilah pandangan yang ilmiah."

Bagaikan gunung jatuh menimpa ke atas Amin apabila dia mengetahui tanggungjawabnya yang sebenar.

Kemudian, forum itu disambung untuk pusingan kedua oleh Ustazah Basyira untuk mejawab soalan moderator, "Bagaimanakah hendak menjadi mahasiswa yang hebat?".

Ustazah Basyira membacakan sebuah hadis, "Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpinkan".

"Hendak menjadi hebat, perlu menjadi orang yang boleh mengarah dan berada di atas, namun mahasiswa perlu sentiasa beringat bahawa semua itu tanggungjawab"

"Siapa diri kita sebenarnya? Sebagai insan kita ada dua objektif utama kita, iaitu sebagai hamba kepada Allah SWT dan khalifah di muka bumi ini. Ia adalah amanah yang perlu dipikul oleh setiap manusia. Niat yang utama apabila digelar sebagai manusia tak kiralah perdana menteri atau mahasiswa, adalah untuk mencapai keredhaan Allah. Oleh itu, niat ini perlu sentiasa diperbaharui atau tajdid."

"Yang dimaksudkan dengan mahasiswa hebat adalah mahasiswa luar biasa. Luar biasa di sini bermaksud membuat perkara yang orang lain tidak buat. Mahasiswa yang luar biasa, dia mampu untuk membuat banyak benda dalam sehari. 24 jam adalah cukup buatnya. Oleh itu, memanfaatkan setiap detik yang ada supaya menjadi luar biasa. Ada waktu, mahasiswa adalah sebagai pelajar dan ada waktu mahasiswa perlu aplikasikan pelajarannya dengan sekeliling. Mahasiswa perlu mendengar, kemudian fikir, kemudian lontarkan idea."

"Mahasiswa yang luar biasa, aktivitinya juga adalah luar biasa apabila aktiviti hariannya menjadi tarbiah untuk dirinya dan orang lain. Makan, minum, riadah, dan sebagainya menjadi sesuatu yang luar biasa iaitu bermanfaat untuk diri dan orang lain. Ingatlah akan janji Allah SWT bahawa jika kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita juga.

Semasa sesi penggulungan, Ustazah Basyira diminta untuk memberikan nasihat kepada para hadirin yang terdiri daripada mahasiswa.

"Nasihat ana untuk para mahasiswa, jangan abaikan ibu bapa yang telah banyak memberikan jasa kepada antum. Tanpa doa dan usaha mereka, antum tak akan dapat berada setinggi ini. Dan gunakanlah peluang di tempat belajar sebaik mungkin untuk menuntut ilmu."

"Pesan Imam Syafi'e, kamu tidak akan memperoleh ilmu melainkan dengan 6 perkara. Kecerdikan, disiplin, usaha bersungguh-sungguh, bekalan secukupnya, mendampingi guru dan sepanjang zaman."

"Untuk berjaya bukan sahaja perlu ada ilmu, malah perlu ada usaha, doa dan amal. Ana menutup forum ini dengan kata-kata oleh Imam Al-Ghazali,"

Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikan ilmu adalah ibadah, mengulang ilmu adalah zikir, mencari ilmu adalah jihad.
[credit]

[credit]

**********

...bersambung...
Tuesday, 9 June 2015

KISAS yang Dirindui.

Saya repost balik post yang pernah saya share suatu ketika dahulu ketika mendapat tawaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah. "Berdiri Atas Kaki Sendiri"

Post itu sangatlah keanak-anakan. At that time I was not mature enough. Bila dibaca kembali, ya, itulah perasaan saya bila pertama kali dapat belajar di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Excited yang teramat sangat. Semasa di SMKA (P) Alawiyah Kangar, saya sangat mengagumi KISAS. Semua cerita tentang KISAS baik-baik belaka. Dengan keputusan cemerlang dalam akademik dan dalam mentarbiyah pelajar-pelajarnya. Saya terbayang-bayang, bagaimanakah kehidupan yang ditarbiyah itu?

Apabila diberi peluang oleh Allah Taala, saya memilih untuk mengenali tarbiyah dengan lebih dekat, dan ternyata tarbiyah itu sangat indah. Namun, beberapa orang sahaja yang berjiwa besar untuk menerima tarbiyah. Jujur, pada waktu itu jiwa saya belum cukup besar untuk ditarbiyah. Di fikiran saya hanyalah, sekolah ini penjara buat saya. Apa yang terjadi adalah semua yang saya lihat di mata, adalah salah! Saya jadi memberontak secara senyap. Saya hanya memendam dalam hati. Sebenarnya, saya yang memenjara diri saya sendiri. Saya tahu ada yang tidak kena pada diri saya. Saya cuba membuka hati dengan tarbiyah. Lama-kelamaan, tarbiyah itu meresap ke dalam jiwa. Saya jadi jatuh cinta pada tarbiyah di KISAS.

Sebenarnya, tarbiyah itu sangat lah pahit. Namun ia pahit dalam kemanisan. Tak semua perkara yang kita suka itu baik untuk kita dan tak semua benda yang kita benci itu buruk untuk kita. Niatlah di hati untuk mendapat kebaikan, maka tarbiyah yang pahit itu menjadi manis. Kerana manis itulah, kini saya menjadi sangat rindu pada suasana tarbiyah itu, apabila membawa diri ke tempat yang sudah tiada biah solehah. Pada masa itulah, ujian buat para alkis-II (Alumni Kolej Islam). Apabila bertanya pada mereka, jawapan mereka juga sama. Tarbiyah dalam diri juga makin terhakis. Ia menjadi satu kepayahan untuk memelihara tarbiyah dalam diri sendiri.

Semasa di KISAS, saya dipesan oleh kakak-II untuk mencari mutiara-II. Mereka katakan, mutiara-II itu tidak tertanam di dalam tanah. Saya mentafsir apakah maksud mutiara. Pada fikiran saya, tarbiyah itu adalah mutiara. Ya, namun saya belum menjumpai mutiara yang lain. 

Akhirnya saya keluar dari Bumi Waqafan tanpa berjumpa dengan mutiara yang selebihnya. Untuk pertama kali saya menuntut ilmu dalam suasan realiti masyarakat dan keluar dari suasana tarbiyah. Mujur, di tempat belajar saya masih ada bibit-II tarbiyah, iaitu INTEC. Saya merasakan bahawa mutiara tarbiyah dahulu belum cukup untuk diri saya. Lalu, saya cuba mencari lagi. Dan akhirnya, saya mendapat satu lagi mutiara, dan ianya lebih berharga. Mutiara tersebut ialah mutiara perjuangan.

Apabila menemui dengan mutiara yang kedua ini, ia memberi saya kesedaran bahawa saya perlu perkuatkan kembali mutiara yang pertama tadi. Ia perlukan istiqamah yang kuat.

Apabila saya mengimbas kembali kehidupan saya di KISAS, sebenarnya saya hampir berjumpa dengan mutiara yang kedua itu. Ia begitu hampir, cuma waktu itu Allah SWT yang lebih mengetahui bahawa perjuangan saya masih belum diperlukan, dan mungkin tarbiyah dalam diri saya juga masih belum cukup kuat.

KISAS menjadi satu memori tarbiyah yang bakal saya ingat seumur hidup. Sungguh unik bumi waqafan itu. Banyak memberi erti buat penghuni yang ada di dalamnya mahupun yang keluar darinya. Semoga Allah memelihara tarbiyah Bumi Waqafan, KISAS.

Logo di belakang jaket saya ^^

Kini helang mendapat sayapnya, namun ia masih rindu pada zaman pipitnya.

Miss Slave,
090615
Friday, 16 March 2012

Berdiri Atas Kaki Sendiri

Assalamualaikum :)

Huh, betapa rindunyer kat blog ni! Dah bersawang tak tersapu. Nak buat macam mana. Sekali sebulan ja boleh menghadap laptop. Mesti boring kan bila bukak blog ni. Asyik post yang sama jer. Terima kasih la kepada anda-anda semua yang sudi datang blog ni. Alang-alang dah update ni, Ajmal nak kongsi sikit tentang Kolej Islam Sultan Alam Shah, Sekolah Berprestasi Tinggi (KISAS SBT) a.k.a Bumi Waqafan.

Sebenarnya, tak sangka kot dapat masuk KISAS. Dah la Ajmal tak pernah duk asrama. Tiba-tiba dapat SBP. KISAS pulak tu. Bukan calang-calang sekolah. Bak kata Ustaz Mus (PK HEM KISAS), "KISAS ini ialah bapa kepada segala SMKA". [lebih kurang macam tu laa]

Mula-mula pergi sana pun dah rasa kelainan dengan SMKA (P). Dari pintu pagar hingga hujung padang. 75% tak sama ngan SMKA (P). Setiap apa yang Ajmal lalui kat sana, Ajmal akan bandingkan dengan SMKA (P).  Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.

Kat KISAS ni ada satu benda yang popular, yang perlu dijaga, yang sangat penting, yang tak ada kat SBP lai dan yang perlu pelajarnya hafal iaitu 5 UNIQUE IN KISAS. Dengan hayati dan amalkan 5UIK, barulah boleh jadi pelajar KISAS yang sebenar.


Semua benda ni sebenarnya dah ada kat SMKA (P), cuma tak sekuat KISAS. Bila keluar dari SMKA (P), sebenarnya Ajmal rindukan benda ni. Tapi, sebenarnya benda ni hilang tapi makin kuat. Dan benda ni best sebenarnya. Rugi kalau tak rasa benda ni. Dan perlu juga istiqamah.

Bila datang ke Bumi Waqafan ni, sebenarnya Ajmal rasa macam keseorangan even ada schoolmate from SMKA (P). Sebenarnya kita kena cari sendiri kawan sebab persahabatan tak datang bergolek. Dan sebenarnya orang lain pun rasa benda yang sama. Tapi, alhamdulillah. Dengan jasa kakak-kakak senior yang baik, Ajmal tak rasa terasing sangat. Sebab semua pelajar form 4 dapat Adopted Sister atau lebih dikenali sebagai AS. Ajmal pun dapat seorang AS yang comel lagi baik. Ajmal panggil dia Kak Zir atau Kak Zirwah. Simple je kan. Sebab nama dia panjang.

Kepada sahabat-sahabatku di SMKA (P), I'm just fine here. Setiap hari kami tengok gambar ampa semua (gambar yang Raja bagi) sebab kami lekat kat cermin. Kami nak ampa tau yang kami sentiasa sayang dan rindukan ampa semua! Kawan-kawan kami kat sini semuanya baik-baik. Kalau nak berkenalan ngan depa, just bukak ni ------> ~E35 Members 2012 ( KISAS ) ~ <3 Ni group dorm kami tau. Dorm kami semuanya form 4 kecuali KP Dorm (form 5). Group kelas masih belum ditubuhkan.


Monday, 23 January 2012

Kehidupan Satu Perjuangan

Assalamualaikum :)


Post hari ini berbaur kesedihan sikit. Hmm... Kehidupan dan perjuangan. Memang tak boleh dinafikan semua orang kena berjuang dalam hidup. Sedikit demi sedikit, seseorang itu perlu berubah dari jahat kepada baik dan dari baik kepada yang lebih baik. Untuk menjadi insan yang berjaya dalam perjuangannya, pengorbanan yang ikhlas sangat perlu.

Haha, macam dah melalut la pulak. Huhu, sejak dari Jumaat yang lalu, fikiran ni serabut sangat. Serabut! Serabut! Semuanya sebab gambar nii...

Tawaran ini telah menyedihkan dan menggembirakan banyak pihak. Cewah, sebenarnya Ajmal sendiri sedih nak tinggalkan bumi SMK Agama (P) yang satu dalam sejuta. Tak ada sekolah yang menyenagkan selain SMK Agama (P).

Sebenarnya Ajmal sayang nak lepaskan jawatan yang Ajmal ada sekarang. Tapi, Ajmal perlu turuti kata ibu bapa dulu, sebab dalam hidup ini tak ada benda lain yang perlu kita capai selain keredhaan Allah. Keredhaan Allah, keredhaan ibu bapa juga kan...

Ajmal rasa bersalah sangat nak tinggalkan guru-guru yang meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Ajmal untuk masuk ihtifal sekali lagi tahun nih... Haish, rasa meyesal pulak mintak SBP nih.

Tapi, mak Ajmal cakap, ni bukan masa untuk main-main macam dulu. Fikirkan masa depan juga. Pelajaran tu lagi penting. Tak best kan bila ada perasaan berbelah bagi macam ni.

Kepada sahabat seperjuangan Ajmal, Ajmal takkan lupakan kenangan yang kita bina selama tiga tahun, susah senang kita lalui. Semuanya sangat bermakna.


Friday, 30 December 2011

I'm On The Top of The World!

Assalamualaikum :D

Alhamdulillah, hari ni berjaya menconteng blog. Dah seminggu lebih dah nampaknya tak berupdate. Haha, sorry yer... Bukan apa... Ajmal cuma nak menghabiskan baki masa cuti yang tinggal. Sebelum ni Ajmal sibuk memikirkan result... So dah dapat result ni, dah tak sibuk sangat.

Sepanjang seminggu ni Ajmal duk kat Penang dan KL. Oh ya ! Korang nak tahu Ajmal dapat berapa dalam PMR? Kalau nak tahu, add me on fb. Hwahwahwa...

Banyak sangat benda yang Ajmal nak cerita. Sampai tak tahu nak habaq yang mana satu. Ok, Ajmal cerita yang special je starting from Penang.... Habis je ambil result pagi Khamis tu, petang dah bertolak. Ajmal pergi Penang sebab ayah Ajmal ada kerja. Ajmal cuma ikut. Duk kat hotel tingkat 24! Tinggi woo! Jumaat pulak Ajmal pergi Bukit Bendera. Best sangat, naik train dia. Kat atas sana, dapat tengok bandar Pulau Pinang. Yang best ialah Ajmal main snapping-snapping dengan DSLR sepupu Ajmal. Ajmal tak ada DSLR :'(

Seterusnya, kat Kuala Lumpur la. Hari Rabu... Dari pagi sampai malam tak henti-henti berjalan. Sampai sekarang masih terasa sakit. Hari tu, Ajmal dapat jalan-jalan sekitar bandar raya Kuala Lumpur dengan kakak, mak saudara dan sepupu Ajmal. Mula daripada Salak Tinggi ke Putrajaya. Semua Ajmal berjaya naik. ERL, Komuter, LRT semua Ajmal sapu. Bertemankan kakanda tercinta.

Sampai di Putrajaya, naik kereta kejap. Pastu kami naik LRT. Sampai mana Ajmal tak ingat dah. Turun tu, kena jalan dah la. Tu yang sakit kaki tuh. Pastu, kami pi Plaza Low Yat dan Berjaya Times Square. Sampai je kat sana baru Ajmal rasa macam budak kampung. Hehe, korang semua mungkin dah pernah sampai kat sana kann. Ajmal ni separuh kampung separuh bandar. Masuk bandar macam orang kampung, masuk kampung macam orang bandar.

Oh ya! Kat Plaza Low Yat tu Ajmal ada tertinggalkan benda yang Ajmal sayang. Dengan tak sengaja, pendrive Ajmal tercicir. Uwaa! Then, mak su Ajmal beli baru. Hwahwahwa. 8GB, RM24. Tu tinggalan Ajmal di Plaza Low Yat. Semoga dia mengingati tuannya di Perlis. Best sangat kalau spending time dengan mak su Ajmal sebab dia sangat sporty.

Lastly, Ajmal dan kakak Ajmal naik komuter ke Shah Alam. Kat situ, mak dan ayah Ajmal ambil. Memang penat giller sebab duk teringat kat blog. Hehe...

Then, malamnya pulak, Ajmal pergi jalan-jalan kat i-City. Walaupun dah penat, gagah pi sana jugak. Sampai kat sana, sepupu Ajmal kata kat situ tengah ada Karnival Sayangi Selangor. Ok lagi. Last-last, rupanya daddy Ajmal ada jugak kat sana. Daddy?? Sapa daddy tuh?? Ala, Datuk Seri Najib laa... Bukan main meriah nak sambut dia. Meluat gila...

Akhir sekali, Ajmal masuk Snowalk. Huhu, sejuk kemain lagi... Ajmal tak pakai kasut... Masa kat dalam tu rasa macam tak ada jari kaki. Sejuk gila kot. Ayah Ajmal lagi la. Ajmal pakai stoking dia, so dia tak pakai stoking la. Tapi dia tetap tahan sejuk. Tapi Ajmal orang pertama yang keluar sebab tak tahan sejuk... Hwahwahwa...

The ending of the story, this is the best vacation for this year! Ajmal anggap ini sebagai habuan sebab tahun ni Ajmal tension study untuk PMR. Study ker?? Rasanya online lagi banyak.

P/S :
Akhirnya aku dah bercerai dgn Putra Muhammad Rizal (PMR), dan aku dah bersedia utk mengenali dan menikahi Syed Putra Muhammad (SPM) .
Apa azam tahun baru korang?
Dah sedia barang-barang sekolah??

Masa nak masuk Snowalk kat i-City
Pemandangan dari tingkat 24 di Hotel Berjaya, Pulau Pinang [yang tepi tu menyibokk jer]
Sunday, 18 December 2011

Facebook Fan Page

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, ada juga fan page. Untuk pengetahuan korang, nak buat fan page ni pun beratus kali fikir nak buat ke tak. Nasib baik tak buat solat sunat istikharah. Hehe, sebab tak ramai pun yang datang ke blog Ajmal yang hitam nih...

Ye lah. Blog Ajmal dah berubah hitam. Haha, nak tahu sebab apa? Sebelum ni blog ni berwarna pink. Sebenarnya, Ajmal tak suka warna pink pun. Warna apa-apa pun tak pa. Tapi, guna warna hitam nampak mature. Sedar-sedarlah, tahun depan dah masuk form 4. Udah-udah la dengar dunia kanak-kanak tu.

InsyaAllah Ajmal akan ping semua update blog Ajmal kat situ. Sebenarnya, Ajmal dah guna BlogLovin. Guna yang BlogLovin dia dah automatik post kat wall Ajmal. Tapi, biarlah... Ajmal pun nak ada page sendiri macam blogger yang lain. Tapi, siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan mereka... :'(

Okay, bebelan dah habis. Jom visit fanpage Ajmal. Haha, jangan gelak bila tengok sebab wallnya masih kosong. Like la sikit kalau anda adalah handsome atau cantik.

Tekan gambar untuk ke fan page Ajmal

Saturday, 3 December 2011

Tahniah!

Assalamualaikum :)

Ajmal nak ucapkan sekalung tahniah kepada sahabat-sahabat Ajmal yang makin bertambah buat blog. Hehe, ucapan tahniah ini ditujukan kepada Nurul Syazwin, Aina Zafirah, Nur Athirah, Nurul Fitriyah dan Nor Faizah. Akhirnya, korang ada blog jugak.

Ajmal mula buat blog tahun lepas (2010) bulan November. Memandangkan waktu tu hanya sikit ja kawan-kawan Ajmal yang ada blog, jadi, tak dak siapa nak baca blog Ajmal kecuali Alia, Tasya and Insyirah. Jadi, memandangkan korang dah buat blog ni, rajin-rajin la datang ke blog Ajmal. Ajmal dah puas blogwalking kat blog korang. Hehe...

Sebenarnya dia orang ni terkena pengaruh Alia dan Izzati kecuali Faizah (pengaruh Lina) dan Fitriyah (pengaruh Amirah aka Me'a). *I'm not include* Blog dia orang memang hebat. Banyak tutorial dan freebies berbanding. Ajmal pun teringin juga buat blogskins. Tapi, bagi Ajmal, kalau sesuatu yang Ajmal buat tu Ajmal rasa elok, Ajmal tak nak bagi kat orang. *Kedekut punya orang* Tapi, Alia kata kalau nak ramai follower buat la banyak tutorial. Lagipun, kalau nak buat satu blogskin tu bukannya sekejap.

Semalam, Ajmal dah siap edit blog Nor Faizah. Kalau korang tengok blog dia, memang rasa macam familiar. Sebab... Ajmal bagi kod-kod Ajmal yang lama waktu guna template designer dulu. Sebenarnya Ajmal malas nak edit banyak-banyak sebab memerlukan masa yang lama. Sorry yer Faizah. Tapi, header tu memang aku reka khas untuk hang.


Friday, 2 December 2011

Kurang dari Sebulan Lagi

Assalamualaikum :)

Oleh sebab member-member Ajmal pakat post tentang result PMR, jadi Ajmal pun nak buat entry jugak lah. Hehe, sorry guys, I have no idea to say about.

Hari tu mak saudara Ajmal ada datang kat rumah. Dia bawa anak dia yang comel gila. Ajmal bukan nak cakap pasal budak tu ok. Ibu kepada mak saudara Ajmal tu ialah pengetua kat sekolah menengah kat Jitra. Dia cakap mungkin result keluar pada 23/12/2012. Kalau bukan 23 pun antara 22-27 hari bulan laa.

Hehe, apa pun, ni anggaran ja. Tapi of course la kurang dari sebulan je kan. But, kalau dapat 8A atau 7A pun, tak perlu la menangis air mata darah. Sebab result ni hanya nak menentukan kita masuk sekolah mana tahun depan.

Kat sekolah Ajmal ada dua aliran sahaja. Ajmal teringin sangat nak ambil Sains Tulen. Only 11 subject. Kalau nak tambah 12 subjek pun boleh. Tapi kena study sendiri. Sapa rajin dipersilakan. Untuk aliran ni, hanya 8A dan 9A yang diterima. That's why I really need to get 9A's. Insya Allah...

Hmm... Selalunya orang tunggu result ni cari kerja part time kan. Ajmal pun buat kerja part time jugak dalam cuti ni. Sehari RM20. Sekarang ni dah lapan hari dah masuk kerja. Eceycey, kira la Ajmal dah dapat berapa. Kerja ni simple je.

Asalnya Ajmal cuma tolong jiran Ajmal. Dia perlukan fasilitator untuk kelas mengaji. Ajmal cuma perlu tengok bacaan al-Quran pelajar-pelajar, ajar tajwid, ajar Bahasa Arab dan jawi. Lagipun, pelajar-pelajarnya dari umur 5-12 tahun je. Jadi, inilah masanya untuk keluarkan segala ilmu yang telah Ajmal pelajari. Tapi, memanglah... Memerlukan kesabaran yang tinggi!

Hmm... Ada dua minggu lagi kelas tu. Ajmal rasa puas hati sebab Ajmal dah boleh belajar cari duit sendiri pada umur 15 tahun. Mak Ajmal pun bagi sokongan. Beliau pesan pergilah untuk 10 hari lagi tu (Sabtu & Ahad cuti). Dapat lagi RM200. Hehe, beres mama! Love you muchie !




Sunday, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Assalamualaikum :) *wink*

Hehe, gediknyer tiba-tiba winking hari ni. Huhu, biarlah. Baru berjaya nak update blog ni. Hurm, sebenarnya Ajmal tak berkesempatan nak update seeeebab... Hehe, rahsia~

Alhamdulillah, akhirnya berlalu sudah tahun 1432H. Tak terasa kan?? Mungkin tahun 1432H kita banyak isi dengan dosa dan titik hitam. Yang minat K-pop or Hollywood perlu kurangkan sikit minat tu. Yang suka bergaduh, perlu berbaik-baik sesama insan. Yang suka buka aurat, perlu tutup aurat. Yang suka mencarut, perlu sentiasa berzikir. Yang suka buang masa kat internet, ... err, perlu limit masa yer.*Peringatan untuk diri sendiri juga*

Sebagaimana Rasulullah S.A.W. berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah Al-Munawwarah, kita juga perlu melakukan penghijrahan. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mizan Zainal Abidin juga telah memesan supaya rakyat Malaysia menghayati maal hijrah. Jom tengok post Konsep Maal Hijrah.



Hurm, gambar ni tak daa kaitan puun.
Monday, 14 November 2011

Late Post

Assalamualaikum :)

Jom baca sambil layan lagu Kau Sahabat Kau Teman.



Nampaknya blog Ajmal dah bersawang. Hehe. Tak penuh lagi pun sawang tu. Baru je beberapa hari tak update. Sorry yer. Bukannya tak nak update,ada la beberapa sebab yang tak berapa munasabah.

1) Kesibukan yang melanda
Apa laa. Orang dah nak habis sekolah. Ajmal sibuk kat sekolah buat apa. Entahlah. Tiga hari yang lepas, Ajmal pergi KEM 1 MURID 1 SUKAN. Agak penat jugak laa. Nama lagi sukan. Yang bestnya, Ajmal dapat kumpulan bola sepak. So, Ajmal kena main laa bola sepak tu. Cer bayang cam mana perempuan main bola sepak. Dah la Ajmal kena jadi ketua kumpulan. Hahaha. Yang tak boleh lupa ialah masa main bola jaring ngan budak2 sekolah rendah. Hehe. Tak mungkin dapat dilupakan tengok gelagat budak sekolah rendah ni.

2) Kesibukan yang melanda lagi!
Tak dak benda lain ka nak tulis! Haih.. Balik dari kem terus kena lawan rubik cube. Dalam masa yang sama, kena jadik bidan terjun main bola jaring. Adoyai. Penat eden. Ajmal cuma dapat masuk semi-final dalam rubik cube. Tahniah lah kepada Amira, Liyana, Alia and Anis.

3) Komputer rosak
My lovely PC dah rosak. Memang hari tu lagi dah nazak. Dah diambang maut pun. Akhirnya, dah diseru.

4) Calon SPM
Yea. Kat rumah ada dua orang calon SPM. Salah sorang daripadanya tak dibenarkan online. So, memang patut la komputer tu diseru. Ada sorang lagi yang nak ambil SPM. Namanya Ajmal Tahani la. Dia tengah bersedia nak ambil Sijil Padang Mahsyar :D

So, dalam masa terdekat ni Ajmal mungkin tak update banyak. Kepada para blogwalker, teruskan blogwalking di blog Ajmal dan jangan pula tinggalkan link anda di shoutbox yang tak berapa nak comel kat sidebar. Okey!

Jom tengok ceramah Ust. Azhar Idrus pulak.

Sunday, 30 October 2011

New Blog, Old Template

Assalamualaikum :)

Ajmal dah buat blog baru.Entah kenapa Ajmal nak try guna old template. Lagipun, hari tu ada orang tegur yang blog Ajmal ni berat and lambat. So, tadi Ajmal cuba tukar blog ni kepada old template. Members Ajmal kata lagi cantik. Tapi, Ajmal rasa baik Ajmal buat old template kat blog baru.

Sesetengah orang kata guna old template lagi payah. Sebenarnya memang payah pun. Nak cari kod tu la, kod ni lah. Haish, pening jugak. Hari ni sehari suntuk Ajmal dah naikkan traffic Cik Alia. Sukalah dia tu. Alia, sorry yer. Sapa suruh ampa ajar kami inspect element. Kan ampa dah kena. Hehe :D

Hehe, nak tengok blog baru Ajmal, tekan sini yah !


Saturday, 15 October 2011

Sorry, Saya Nak Cakap Jugak

Assalamualaikum :)
Ish, sakit mata laa bila tengok kt facebook sekarang. *Peringatan: Ini bukan post mengutuk Tapi sedar atau tidak sedar, kita sebenarnya banyak membuat dosa daripada pahala kat internet. Ada yang sedar tentang kepentingan jaringan internet sebagai jaringan dakwah. Tapi hanya segelintir yang menjalankan tanggungjawab tersebut.

Hari ni Ajmal sign in ja facebook, kat top stories tu keluarlah gambar seorang junior (perempuan) Ajmal yang baru update. Lama Ajmal perhati album gambar tu. Gambar tu adalah selcas. Dan telah diedit. Pastu, baru Ajmal perasan yang kebanyakan gambar yang junior Ajmal ambil tu ada ala2 album cover.

Ajmal pun terfikir, sebenarnya apa motif golongan tersebut berbuat macam tu? Kadang2 nak tergelak jugak. Rasanya dia orang pun nak senang popular. Ye lah, zaman sekarang kalau tunjuk bakat kt internet, senang je nak popular. Kita pernah dengar kat Youtube ada artis, kat Blogger pun ada artis, kat Facebook pernah?

Kesimpulannya, sebagai ingatan untuk diri Ajmal juga, marilah kita sama menjaga tatatertib kita sebagai wanita yang membawa imej Islam. Kita tak perlu ikut cara wanita2 Barat. Gunalah ilmu yang kita ada sebaik-baiknya.
Tuesday, 11 October 2011

Alhamdulillah (",)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah! Paper Bahasa Arab berlalu dengan sepoi-sepoi bahasa. Setelah menuntut ilmu selama tiga tahun, PMR telah menentukan segala ilmu yang dituntut. Dalam sekelip mata masa berlalu begitu sahaja tanpa disedari. Haha. Tak boleh blah punya ayat. Huhu. Erm, jom study Add Math pulak.?

Ok, fine. Memang Ajmal ketinggalan. Ajmal baru nak "beraya". Sekolah lain (bagi yang tak ambil BA) kelmarin dah "beraya". Tapi untuk pengetahuan kawan2, menuntut BA itu suatu fardhu kifayah. Jadi tak salah kalau kita luangkan satu hari untuk menjawab bahasa yang sangat tinggi darjatnya di sisi Allah. Bukankah BA tu bahasa al-Quran dan hadis, bahasa ahli-ahi syurga dan juga bahasa Rasulullah S.A.W.?(sedang mempromosikan BA nih!)

Tapi PMR ni bukanlah suatu perkara yang perlu kita takutkan. Kita semua ada satu matlamat yang sama yang kita perlu berlumba-lumba untuk capai iaitu keredhaan Allah. Kita tak perlu bergembira apabila exam tamat sebab ada lagi malaikat yang sedang merekod amalan kita.

Selagi hayat dikandung badan, perjalanan masih perlu diteruskan hingga bertemu penghujungnya sama  syurga atau  neraka.
Boleh lah jugak nak rehat minda bila dah habis exam nih. Tapi Ajmal dah terbayang macam mana nak dapat result nanti. Mesti jantung rasa nak tercabut bagai nak rak!
Saturday, 17 September 2011

Beliau Memang Hebat

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah kerana hari ini kita masih diberi peluang untuk bernafas. Salah satu faktor kita masih diberi peluang untuk bernafas ialah kita masih banyak dosa yang perlu dibuang.*motivasi utk diri sendiri*


Hari ini tak nak share apa-apa yang best pun. Ajmal cuma nak cerita pengalaman semalam pergi kuliah perdana oleh Ustaz Azhar Idrus di Ma'had Tahfiz An-Nawawi (Matin) kat Abi. Best tak sangka! Kuliah beliau ada dua sesi. Sesi satu pukul lima untuk muslimah sahaja. Ajmal pergi yang pukul sembilan malam. Ajmal juga sempat sembahyang Isya' berjemaah.

Ajmal bersyukur sangat sebab Allah takdirkan Ajmal untuk bersama-sama jemaah yang lain mendengar kuliah beliau. Dan, waktu tengah dengar, Ajmal tak mengantuk langsung. Dan tak kena gigit nyamuk pun (Ajmal duduk kat luar atas tar berlapikkan plastik<dha'if>). Ustaz tu memang best. Dan salah satu sebab kuliah beliau best ialah beliau merendahkan martabat UMNO. Dia dengan tanpa segan silu menentang pihak kerajaan. Sebab banner yang dibuat oleh masyarakat tentang kuliah beliau telah dicarik dan dibakar. Keberanian sangat terserlah.

Dalam kuliah beliau pun banyak sangat cerita-cerita lawak. Ceramah beliau banyak membuka mata para hadirin. Tapi Ajmal duk kat luar je. Nampak beliau kat screen je. Tak nampak langsung muka beliau. Tapi duk kat luar tu yang sakit telinga sebab Ajmal duk betul-betul sebelah speaker. Haha, mana tak sakit.

Beliau juga banyak membuka mata para hadirin. Dan banyak juga pesanan-pesanan beliau yang berguna. Slang yang beliau guna ialah loghat Terengganu. Dan Ajmal pasti kebanyakan yang hadir tak faham sangat. Tapi Ajmal faham sebab Ajmal orang Kelantan. Tu yang beruntung kalau jadi orang Kelantan yang duduk kat Perlis. Bahasa utara faham, bahasa pantai timur pun faham.