Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Monday, 2 May 2016
PESANAN UNTUK KITA BERSAMA
Dalam apa2 jua tindakan dan perkara yang kita lakukan,
jika tersasar dari niat yang sebenar maka kita akan rasa mudah futur.
Niat itu umpama surat.
Jika tersalah tulis alamat, maka akan tersalah sampai tempat tujuan.
Setiap perkara kita lakukan, jika ia dilandasi dengan perasaan ego, bangga, prasangka dan hasad, maka kita akan rasa penat untuk bekerja.
Jika akhirnya kita berasa hendak meninggalkan sesuatu kerana sudah tawar hati, ingatlah ketika kita menghendakinya dahulu. -SP-
Apa ertinya janji yang dilafazkan ketika hati bertekad untuk taat setia di jalan dakwah dan perjuangan?
Bukankah ia akan memakan diri sendiri jika hati mula berpaling tadah?
Mana mungkin juga ikatan ukhuwah akan kukuh bertaut jika ikatan aqidah dengan Ilahi masih rapuh.
Terima kasih atas ingatan supaya dilihat kembali apa erti penggabungan dan makna sebenar pengucapan syahadah.
Aku juga sayang kamu kerana Ilahi.
Friday, 30 October 2015
Fastaqim!
Setelah hidup bergelumang dengan dosa dan jahiliah, semua orang pasti mahu kembali kepada fitrah. Fitrah untuk kembali ke jalan Tuhan yang lurus, dan menjadi hambaNya yang taat. Hanya rahmatNya sahaja yang mampu menyelamatkan kita di akhirat.
Post ini khas untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan tarbiah dan baru hendak mendalami Islam dengan lebih dekat. Setelah hidayah mengetuk pintu hati anda, anda pasti merasakan satu ketenangan yang tak mampu anda miliki sebelum ini. Ketahuilah, Allah telah memilih anda untuk memiliki ketenangan itu, dan anda juga telah memilih untuk menerima ketenangan itu. Hal ini tidak mustahil berlaku kerana Tuhan bersifat Maha Penyayang. Moga Tuhan memberkati kita semua.
Untuk anda yang baru hendak berubah,
Pertama sekali, saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana telah memilih untuk membuka hati menerima kebaikan. Bukan calang-calang orang dipilih oleh Allah untuk masuk syurga. Panjatkan seribu kesyukuran kepada Tuhan kerana anda telah bebas dari belenggu jahiliah dan nafsu.
Sudah menjadi fitrah apabila kita (saya juga masih dalam mengislahkan diri) baru hendak berubah, pelbagai cacian yang kita akan terima.
"Perangai teruk macam apa, ada hati nak berubah"
"Halamak, ada ustaz baru la dalam rumah ni!!"
"Weh, ni tudung ka telekung? Hahaha!"
"Ni mesti terpengaruh dengan cerita2 Islamik mengarut tu. Tak payah nak jadi baik la weh. Mau ka orang alim terima hang?"
Jika anda berhadapan dengan orang macam ni, jangan biarkan mereka lunturkan semangat anda untuk berubah. Doakan saja supaya mereka juga menerima hidayah. Kerana syaitan tak pernah putus asa menghasut manusia. Biarlah anda pula menjadi sebab mereka untuk mendapat hidayah.
Yang penting, kita mampu menjaga tarbiah untuk diri kita sendiri.
Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips agar kita sentiasa istiqamah untuk berubah:
1. Sentiasa mentadabbur dan menghayati ayat-ayat Al-Quran.
Jika kita hendak merasakan Allah bercakap dengan kita, maka bacalah al-Quran. Mungkin, kita boleh refleks berapa kali sehari al-Quran dibuka. Hayatilah bait-bait kalam teragung di dalam al-Quran kerana memang fitrah, hati kita mudah tersentap dengan kata-kata. Jika sentapnya tu sampai ke lubuk hati, boleh gugur air mata di pipi :D
Jadikan al-Quran sebagai peneman hingga ke akhir hayat. Kerana hanya al-Quran sahaja panduan setiap zaman yang boleh menjadi rujukan untuk sentiasa berada di atas jalan yang lurus.
2. Sentiasa bersama-sama dengan orang-orang soleh
Hidup bersama-sama dengan orang yang soleh akan mendatangkan impak yang besar untuk diri sendiri kerana kita cenderung untuk mencontohi alim ulama. Cara yang paling mudah untuk mengikuti orang-orang yang soleh adalah dengan hidup berjemaah. Kerana dalam jemaah, orang-orang alim atau lebih dikenal sebagai naqib/naqibah akan sentiasa memantau peningkatan kita dari semasa ke semasa. Dengan berjemaah, kita akan sentiasa melibatkan diri dengan usrah, tamrin, rehlah, dan daurah untuk memantapkan diri dan fikrah.
3. Membaca kisah-kisah tokoh-tokoh Islam
Seperti yang dinyatakan di atas, kita cenderung untuk mengikuti jejak langkah orang yang kita kagum. Bilangan tokoh-tokoh Islam yang berjaya adalah tidak terkira jika hendak dihitung. Bacalah kisah-kisah para Rasul, para wali Allah, para ulama', para penguasa Islam, para pejuang, dan pemikir-pemikir Islam. Menghayati kisah hidup mereka akan membuka mata dan refleks pada diri bahawa kita belum menyumbangkan apa-apa untuk Islam dan ilmu kita hanyalah secebis dari lautan ilmu yang mereka ada.
4. Menjaga hati
Jika baik seketul daging (hati) itu, maka baiklah keseluruh badan. Ketahuilah bahawa ia adalah hati. Betapa pentingnya hati ini perlu dijaga kerana ia yang akan mengawal bagaimana akal berfikir. Berkuasanya hati adalah sepertimana berkuasanya seorang raja.
Justeru itu, pentingnya untuk memastikan hati dijaga dari perkara2 buruk kerana akhlak dan kata2 yang terzahir adalah manifestasi kepada apa yang ada di dalam hati dan apa yang difikirkan oleh akal.
"Kerana dari mata, turun ke hati"
"Jadi, nak jaga hati kenalah jaga mata"
Bukan mata saja. Banyak lagi perkara yang perlu dijaga.
Semoga kita semua mampu istiqamah di jalan tarbiah sehingga memperoleh kemenangan di hari akhirat kelak.

Saturday, 5 September 2015
Come and Go.
Dalam hidup ini,
akan ada insan yang hadir dan membawa erti kepada kehidupan kita.
Tapi akan ada suatu masa mereka akan pergi.
Kita mungkin tak dapat lepaskan mereka
kerana banyak kenangan yang telah dibina.
Yang paling penting,
kita telah lalui semuanya bersama mereka
kerana telah bersama-sama dalam perjuangan di jalan Allah.
Namun, takdir Allah itu sangat unik.
Mungkin lebih baik mereka pergi,
kerana pemergian mereka mungkin adalah untuk masa depan agama juga.
Seperti aku juga.
Bagiku, mereka sudah seperti keluargaku di sini.
Di saat aku berjauhan dengan keluargaku,
dan aku harus berkelana untuk menuntut ilmu.
Mereka sentiasa di sampingku,
sentiasa bersama suka dan duka.
Tetapi, aku sedar, bukan aku yang memegang takdir,
Jika mereka harus pergi, biarkan saja mereka.
Mereka juga tidak ada pilihan.
Jika pilihan mereka untuk pergi, adalah lebih baik untuk mereka
Yang penting, perjuangan aku di sini diteruskan,
Dan mereka juga akan berjuang di tempat mereka ditakdirkan.
Aku pohon pada Tuhan,
Supaya semangat kami dikembalikan.
Kerana kita makhluk, yang kekal hanyalah Dia.
Doakan semua sahabat saya yang perlu meneruskan perjuangan ini sama ada yang masih bersama saya dan juga yang perlu berjuang di tempat lain.
Saturday, 13 June 2015
Introspeksi Iman : Mahasiswa 3K
Amin baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah di surau kolej kediamannya. Setelah solat berjemaah, dia akan membaca al-Quran sebentar sebelum mendengar tazkirah setiap malam di surau.
Setelah berpenat-penat belajar pada siang hari, pada malam hari pula, Amin dan teman-teman seusrahnya akan menghabiskan waktu dengan bertazkirah dan bertadarus al-Quran. Dia berasa sangat tenang apabila dapat memberikan waktu untuk makanan rohani pula.
Pada malam itu, dia sangat terkesan dengan satu tazkirah yang disampaikan oleh naqibnya , Firdaus, namun lebih famous dikenali sebagai 'Abang Surau'.
"Sudah 19 ke 20 tahun kita hidup di dunia. Kita sangat bertuah kerana dilahirkan dalam ruang lingkup Islam. Alhamdulillah... Tapi apakah yang kita sudah lakukan untuk sebarkan Islam untuk orang lain?"
"Setiap hari, rutin harian kita adalah kelas, kafe dan katil. Pagi ke kelas, kemudian makan di kafe, dan berehat di katil. Jika kita berada di takuk lama sebegini, bila akan berlakunya gerak kerja Islam?"
Soalan Abang Surau membuatkan Amin dan semua yang mendengar berfikir sejenak.
"Elakkan daripada menjadikan diri kita mahasiswa 3K. Kita sekarang sudah memasuki ke fasa mahasiswa di mana kita sedang mempelajari tentang erti hidup yang sebenar. Kita akan menjadi pemimpin negara kelak. Justeru, kita perlu lakukan perubahan untuk melihat sebuah negara yang tertegaknya Islam"

**********
Persoalan Amin itu akhirnya terjawab apabila dia menyertai satu program yang dianjurkan oleh Centre of Islamic Thoughts and Understanding di kolejnya. Program itu berbentuk forum yang didiskusi oleh beberapa pensyarah yang digelar murabbi.
Salah seorang pensyarahnya, Ustazah Basyira menerima soalan yang berbunyi, "Apakah peranan mahasiswa yang sebenar?". Lalu beliau menjawab,
"Mahasiswa perlu melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti seperti membangunkan surau, namun sambil mentarbiah diri. Dalam melakukan aktiviti, mahasiswa perlu berdakwah dan menyeru kepada benda baik. Apabila digelar sebagai pelajar, peranan mahasiswa bukan hanya perlu belajar, tetapi memberi sumbangan kepada dakwah dan tarbiah. Mahasiswa bukan hanya duduk di bilik, namun perlu berjumpa mad'u. Mahasiswa mesti kembangkan dakwah dan beri latihan dan modul kepada mereka."
Forum itu disambung lagi oleh jawapan yang diberikan oleh Ustaz Mutawalli pula. Apabila ditanya, "Apakah bentuk cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa kini?", beliau menjawab,
"Antara cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa kini adalah, kematangan. Mahasiswa perlu ubah cara mereka berfikir malah perlu membentuk pemikiran baru. Minda perlu dicabar dalam mengemukakan idea-idea yang bernas untuk masa depan diri sendiri dan masyarakat. Selain itu, mahasiswa perlu berbakti dan menanamkan sifat bahawa sebagai mahasiswa, mereka mampu menjadi model kepada masyarakat sekeliling."
Amin cuba menghadamkan kata-kata ustaznya itu. Ustaznya menyambung lagi,
"Pandangan mahasiswa adalah intelektual dan mereka perlu bersedia untak melihat situasi yang lebih mencabar. Justeru itu, mereka perlu bersedia menjadi pemimpin masyarakat mereka berperanan besar untuk mengubah masyarakat. Bukan sahaja perlu bijak untuk berkata-kata, malah mempunyai pandangan yang berkarisma. Mereka perlu mempunyai keupayaan yang tinggi berteraskan jati diri, rohani, ilmu."
Amin merasakan bahawa kata-kata ustaznya itu membuahkan satu pemikiran yang mencabar buat dirinya.
"Pesanan terakhir dari ana, belajar bukan sekadar untuk menampung keluarga, tetapi untuk Allah. Jika antum belajar untuk Allah, in shaa Allah ilmu akan berkekalan, bukan sekadar melepaskan jawapan di atas kertas exam. Milikilah hujah untuk melawan ideologi serta carilah pandangan yang ilmiah."
Bagaikan gunung jatuh menimpa ke atas Amin apabila dia mengetahui tanggungjawabnya yang sebenar.
Kemudian, forum itu disambung untuk pusingan kedua oleh Ustazah Basyira untuk mejawab soalan moderator, "Bagaimanakah hendak menjadi mahasiswa yang hebat?".
Ustazah Basyira membacakan sebuah hadis, "Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpinkan".
"Hendak menjadi hebat, perlu menjadi orang yang boleh mengarah dan berada di atas, namun mahasiswa perlu sentiasa beringat bahawa semua itu tanggungjawab"
"Siapa diri kita sebenarnya? Sebagai insan kita ada dua objektif utama kita, iaitu sebagai hamba kepada Allah SWT dan khalifah di muka bumi ini. Ia adalah amanah yang perlu dipikul oleh setiap manusia. Niat yang utama apabila digelar sebagai manusia tak kiralah perdana menteri atau mahasiswa, adalah untuk mencapai keredhaan Allah. Oleh itu, niat ini perlu sentiasa diperbaharui atau tajdid."
"Yang dimaksudkan dengan mahasiswa hebat adalah mahasiswa luar biasa. Luar biasa di sini bermaksud membuat perkara yang orang lain tidak buat. Mahasiswa yang luar biasa, dia mampu untuk membuat banyak benda dalam sehari. 24 jam adalah cukup buatnya. Oleh itu, memanfaatkan setiap detik yang ada supaya menjadi luar biasa. Ada waktu, mahasiswa adalah sebagai pelajar dan ada waktu mahasiswa perlu aplikasikan pelajarannya dengan sekeliling. Mahasiswa perlu mendengar, kemudian fikir, kemudian lontarkan idea."
"Mahasiswa yang luar biasa, aktivitinya juga adalah luar biasa apabila aktiviti hariannya menjadi tarbiah untuk dirinya dan orang lain. Makan, minum, riadah, dan sebagainya menjadi sesuatu yang luar biasa iaitu bermanfaat untuk diri dan orang lain. Ingatlah akan janji Allah SWT bahawa jika kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita juga.
Semasa sesi penggulungan, Ustazah Basyira diminta untuk memberikan nasihat kepada para hadirin yang terdiri daripada mahasiswa.
"Nasihat ana untuk para mahasiswa, jangan abaikan ibu bapa yang telah banyak memberikan jasa kepada antum. Tanpa doa dan usaha mereka, antum tak akan dapat berada setinggi ini. Dan gunakanlah peluang di tempat belajar sebaik mungkin untuk menuntut ilmu."
"Pesan Imam Syafi'e, kamu tidak akan memperoleh ilmu melainkan dengan 6 perkara. Kecerdikan, disiplin, usaha bersungguh-sungguh, bekalan secukupnya, mendampingi guru dan sepanjang zaman."
"Untuk berjaya bukan sahaja perlu ada ilmu, malah perlu ada usaha, doa dan amal. Ana menutup forum ini dengan kata-kata oleh Imam Al-Ghazali,"
Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikan ilmu adalah ibadah, mengulang ilmu adalah zikir, mencari ilmu adalah jihad.
| [credit] |
| [credit] |
**********
...bersambung...
Labels:
cerpen,
ilmu,
introspeksi,
muhasabah,
mutiara,
my story,
pengajaran,
teladan
Tuesday, 9 June 2015
KISAS yang Dirindui.
Saya repost balik post yang pernah saya share suatu ketika dahulu ketika mendapat tawaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah. "Berdiri Atas Kaki Sendiri"
Post itu sangatlah keanak-anakan. At that time I was not mature enough. Bila dibaca kembali, ya, itulah perasaan saya bila pertama kali dapat belajar di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Excited yang teramat sangat. Semasa di SMKA (P) Alawiyah Kangar, saya sangat mengagumi KISAS. Semua cerita tentang KISAS baik-baik belaka. Dengan keputusan cemerlang dalam akademik dan dalam mentarbiyah pelajar-pelajarnya. Saya terbayang-bayang, bagaimanakah kehidupan yang ditarbiyah itu?
Apabila diberi peluang oleh Allah Taala, saya memilih untuk mengenali tarbiyah dengan lebih dekat, dan ternyata tarbiyah itu sangat indah. Namun, beberapa orang sahaja yang berjiwa besar untuk menerima tarbiyah. Jujur, pada waktu itu jiwa saya belum cukup besar untuk ditarbiyah. Di fikiran saya hanyalah, sekolah ini penjara buat saya. Apa yang terjadi adalah semua yang saya lihat di mata, adalah salah! Saya jadi memberontak secara senyap. Saya hanya memendam dalam hati. Sebenarnya, saya yang memenjara diri saya sendiri. Saya tahu ada yang tidak kena pada diri saya. Saya cuba membuka hati dengan tarbiyah. Lama-kelamaan, tarbiyah itu meresap ke dalam jiwa. Saya jadi jatuh cinta pada tarbiyah di KISAS.
Sebenarnya, tarbiyah itu sangat lah pahit. Namun ia pahit dalam kemanisan. Tak semua perkara yang kita suka itu baik untuk kita dan tak semua benda yang kita benci itu buruk untuk kita. Niatlah di hati untuk mendapat kebaikan, maka tarbiyah yang pahit itu menjadi manis. Kerana manis itulah, kini saya menjadi sangat rindu pada suasana tarbiyah itu, apabila membawa diri ke tempat yang sudah tiada biah solehah. Pada masa itulah, ujian buat para alkis-II (Alumni Kolej Islam). Apabila bertanya pada mereka, jawapan mereka juga sama. Tarbiyah dalam diri juga makin terhakis. Ia menjadi satu kepayahan untuk memelihara tarbiyah dalam diri sendiri.
Semasa di KISAS, saya dipesan oleh kakak-II untuk mencari mutiara-II. Mereka katakan, mutiara-II itu tidak tertanam di dalam tanah. Saya mentafsir apakah maksud mutiara. Pada fikiran saya, tarbiyah itu adalah mutiara. Ya, namun saya belum menjumpai mutiara yang lain.
Akhirnya saya keluar dari Bumi Waqafan tanpa berjumpa dengan mutiara yang selebihnya. Untuk pertama kali saya menuntut ilmu dalam suasan realiti masyarakat dan keluar dari suasana tarbiyah. Mujur, di tempat belajar saya masih ada bibit-II tarbiyah, iaitu INTEC. Saya merasakan bahawa mutiara tarbiyah dahulu belum cukup untuk diri saya. Lalu, saya cuba mencari lagi. Dan akhirnya, saya mendapat satu lagi mutiara, dan ianya lebih berharga. Mutiara tersebut ialah mutiara perjuangan.
Apabila menemui dengan mutiara yang kedua ini, ia memberi saya kesedaran bahawa saya perlu perkuatkan kembali mutiara yang pertama tadi. Ia perlukan istiqamah yang kuat.
Apabila saya mengimbas kembali kehidupan saya di KISAS, sebenarnya saya hampir berjumpa dengan mutiara yang kedua itu. Ia begitu hampir, cuma waktu itu Allah SWT yang lebih mengetahui bahawa perjuangan saya masih belum diperlukan, dan mungkin tarbiyah dalam diri saya juga masih belum cukup kuat.
KISAS menjadi satu memori tarbiyah yang bakal saya ingat seumur hidup. Sungguh unik bumi waqafan itu. Banyak memberi erti buat penghuni yang ada di dalamnya mahupun yang keluar darinya. Semoga Allah memelihara tarbiyah Bumi Waqafan, KISAS.
![]() |
| Logo di belakang jaket saya ^^ |
Kini helang mendapat sayapnya, namun ia masih rindu pada zaman pipitnya.
Miss Slave,
090615
Wednesday, 6 June 2012
Jagalah, wahai Kaum Hawa
Assalamualaikum !
Nice Thursday, right! Tidak... Hatiku masih belum bersedia nak tinggalkan Perlis ! Huhu, redha je laahh...
Back to our topics, hmm... Wanita, tahukah kamu bahawa kamu umpama lollipop. Kamu sangat manis... Jika kamu tidak bertutup, maka ramai yang ingin merasa kemanisanmu... Sanggupkah kamu menggadai kemanisanmu hanya kerana nafsumu?
Wahai kaum seangkatanku, sayang tak pada Rasulullah? Kalau sayang, hargailah apa yang baginda telah perjuangkan untuk kita. Hadirnya baginda, martabat kita diangkat tinggi tau! Ingat tu... Tanpa baginda, mungkin sekarang kita telah dijual, diperkotak-katikkan, dihina, dijadikan bahan mainan, malah dibunuh. Padahal kita begitu berharga? Kan? Nak tahu apa kelebihan wanita... Tekan sini ---> ✿
Rasulullah ada bersabda, pada wanita ada fitnah. Fitnah wanita memang banyak. Semuanya ada pada badan wanita. Dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sama ada dalaman mahupun luaran Sebab fitnah yang banyak tu lah wanita yang masuk neraka. Maka dan oleh itu, marilah kita jaga fitnah itu sebaik-baiknya (pesanan utk diri sendiri yg masih lemah iman juga). Marilah kita rujuk balik 'buku manual kehidupan kita yang bermukjizat' dalam surah An-Nur yang diturunkan khas untuk wanita. Kaum wanita akan rosak jika tidak menghayati dan mengamalkan surah An-Nur.
Dulu-dulu, wanita yang solehah ada tiga je istilah keluar rumah. Pertama, keluar dari perut ibunya dan lahir ke dunia. Kedua, keluar dari rumah ibu bapanya ke rumah suami. Ketiga, keluar dari rumah menuju ke kuburnya. Tapi, kalau wanita solehah zaman sekarang, ada empat. Iaitu, keluar dari rumah untuk menuntut ilmu. Tu wanita solehah... Yang tak solehah, keluar jumpa boyfriend, keluar lepak, keluar dating dan sebagainya.
Tuntasnya, wanita perlu kuatkan jati diri supaya tidak tertipu dengan nafsu. Semuanya datang dari hati. Oleh itu, jagalah hati kita. Nafsu wanita banyak tau... Akal wanita hanya satu nak kena kawal sembilan nafsu. Alaa, macam jaga anak juga. Seorang ibu boleh menjaga 10 anak, tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. Hebatkan wanita!

| sumber gambar : Rusydee Artz | Lukisan Dakwah |
| Kuatkan jati dirimu! Perangi nafsu! |
~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~
P/S : Maybe ni post terakhir sebelum pulang ke KISAS tercinta ❤ !
Friday, 4 November 2011
Hinanya Orang Yang Meninggalkan Solat
Pada zaman Nabi Musa A.S., ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”
Lalu, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa A.S. berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa A.S., barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa A.S. dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa A.S. menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa A.S. tadi.
Lihat, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat sehinggakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina daripada air kencing anjing hitam. Sembahyanglah dirimu sebelum dirimu disembahyangkan.

Friday, 16 September 2011
Azazil a.k.a Iblis
Azazil bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat beribadat.
Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah S.W.T selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.
| Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin[Al-Kahf] |
Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.
Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Luh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :
“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”
Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Luh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Luh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :
“Ya Allah, Janganlah Engkau murka terhadap mereka (para malaikat)”
Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :
“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”
Lalu Allah Menciptakan Adam A.S., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam A.S. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.
Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-
Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.
| Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup [Al-Israa'] |
Thursday, 11 August 2011
Pemuda Islam
Pemuda Islam zaman dulu mati syahid dalam peperangan menegakkan Islam.
Pemuda Islam zaman sekarang mati katak dalam perlumbaan haram.
Pemuda Islam zaman dulu hafal Al-Quran.
Pemuda Islam zaman sekarang hafal not muzik.
Pemuda Islam zaman dulu bunuh ramai orang kafir dalam peperangan
Pemuda Islam zaman sekarang bunuh ramai anak haram
Pemuda Islam zaman dulu berjalan beribu batu mencari ilmu agama
Pemuda Islam zaman sekarang merantau ke ibu kota mencari glamour
Pemuda Islam zaman dulu habis duit berinfak kerana Allah
Pemuda Islam zaman sekarang habis duit berhibur kerana Syaitan
Pemuda Islam zaman dulu kuat tauhidnya
Pemuda Islam zaman sekarang kuat belitnya
Pemuda Islam zaman dulu kuat imannya
Pemuda Islam zaman sekarang kuat mainnya
Pemuda Islam zaman dulu bangun malam bertahajjud
Pemuda Islam zaman sekarang bangun malam berhibur
Pemuda Islam zaman dulu berlumba-lumba cari cinta Allah
Pemuda Islam zaman sekarang berlumba-lumba cari cinta dunia
Tapi apa persamaan mereka yang ketara ialah
Mereka pemuda Islam

sumber:
Saturday, 6 August 2011
Kenapa Enggan Tutup Aurat
Assalamualaikum :)
Kenapa wanita zaman sekarang susah sangat nak tutup aurat. Aurat itu sebenarnya suatu keaiban. Hmm.. Payah sangat nak cari wanita yang betul-betul ikhlas nak tutup aurat. Ajmal pun kadang-kadang tak sempurna sangat tutup aurat. Ajmal tak sampai tahap pakai purdah. Tapi Ajmal suka sangat bila dapat tengok perempuan pakai purdah. Apa yang bestnya kalau tak tutup aurat? Sukakah kalau tunjuk aurat kepada lelaki ajnabi untuk menarik perhatian mereka? Bukankah itu menyusahkan kita jugak? Hrm,, jom baca kisah perbualan di bawah. Semoga orang yang masih belum mahu menutup aurat mendapat pengajaran.
| Seindah perhiasan ialah wanita solehah :) |
KISAH 1 - Dipetik daripada Kaki Facebook
KISAH 2
Din : Siti, kau ni puasa ke tak?
Siti : Mestilah aku puasa.
Din : Kenapa kau puasa?
Siti : Kan Allah suruh. Kalau tak puasa kan berdosa.
Din : Tapi Allah pun suruh tutup aurat. Allah tak suruh pun pakai tudung, tapi Allah suruh tutup aurat.
Kisah Juha yang Cerdik
Kisah ini merupakan kisah dongeng yang berasal dari negara Arab.
Pada suatu hari, Juha kehilangan himarnya (keldai). Puas dia mencari tetapi tidak juga ditemui. Dia memikirkan cara untuk mencari himarnya dengan cepat dan senang. Suatu hari, dia membuat pengumuman kepada orang-orang kampungnya di sebuah pasar.
Naiklah semangat orang-orang kampung untuk mencari himar Juha. Mereka segera mencari himar itu. Akhirnya, himar itu ditemui oleh seorang lelaki.
Lelaki itu pun akur dengan Juha lalu beredar. Pada keesokan hari, dia datang lagi menemui Juha untuk menuntut haknya untuk membeli himar itu dengan harga yang murah.
Lelaki itu berasa marah, lalu meninggalkan Juha.

Juha : Wahai orang-orang kampung, jika antara kamu berjaya menemui himarku, aku akan menjual himarku kepadnya dengan harga yang murah!
Naiklah semangat orang-orang kampung untuk mencari himar Juha. Mereka segera mencari himar itu. Akhirnya, himar itu ditemui oleh seorang lelaki.
Lelaki : Juha, aku sudah menemui himar kamu. Sekarang aku hendak membelinya daripada kamu.
Juha : Bersabarlah. Aku tidak mahu menjualnya sekarang. Aku akan menjualnya esok.
Lelaki itu pun akur dengan Juha lalu beredar. Pada keesokan hari, dia datang lagi menemui Juha untuk menuntut haknya untuk membeli himar itu dengan harga yang murah.
Lelaki : Sekarang aku akan membeli himar itu daripada kamu.
Juha : Baiklah, aku akan menjualnya kepada kamu sekarang. Tapi, ada syaratnya. Kamu harus membeli kasut usangku dahulu dengan harga 2000 dinar sebelum membeli himar itu. Kamu setuju?
Lelaki itu berasa marah, lalu meninggalkan Juha.
Kisah Pak Pandir
Tersebutlah kisah maka Pan Pandir baru sahaja kehilangan isterinya yang tercinta. Tetapi dia langsung tidak sedih dan menangis. Beberapa hari kemudian, lembunya pula mati. Pak Pandir menangis dan berasa sangat sedih. Orang-orang kampung hairan melihat akan kelakuan Pak Pandir yang aneh. Dia seharusnya menangis atas pemergian isterinya, tetapi dia menangis apabila lembunya mati. Suatu hari, salah seorang jiran Pak Pandir datang dan menemui Pak Pandir.
Jiran : Pak Pandir, kenapa sewaktu isteri kau meninggal kau tak menangis, tapi bila lembu kau mati kau menangis.
Pak Pandir : Masa isteri aku meninggal, ramai yang datang kat aku dan kata, "Janganlah bersedih, Pak Pandir". Dan bila lembu aku mati, tak dak sesiapa pun yang datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)