Pages

Tuesday, 20 December 2011

Sembahyang dan Jenis Manusia

Assalamualaikum :)

Wahaha, pagi hari lagi dah update blog. Apa salahnya kita muhasabah pagi-pagi ni. Jom kita muhasabah level mana solat kita.

Sudah lama kita bersolat, tapi hati kita tetap tidak terlepas daripada melakukan kemungkaran tak kira kecil atau besar. Orang yang bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran seperti tidak menutup aurat dan mengumpat sebenarnya solatnya tidak berkesan. Kerana fungsi solat ialah untuk mencegah seseorang hamba daripada melakukan kemungkaran jika dihayati dengan betul. InsyaAllah...

Jenis Pertama
Jenis solat yang pertama ialah solat yang langsung tidak ditunaikan, tidak tahu menunaikan solat malah menafikan solat walaupun mengaku Islam. Golongan seperti ini jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

Jenis Kedua
Solat jenis kedua ialah solat yang dilakukan secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

Jenis Ketiga
Solat jenis ini ialah solat yang dilakukan cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat.

Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

Jenis Keempat
Solat jenis ini baik sedikit daripada jenis solat sebelumnya, tetapi solat yang masih dimain tarik tali. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Golongan ini akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.
**********

Firman Allah S.W.T.,
Maka berjayalah orang-orang yang beriman [Al-Mu'minun, 23:1]

Iaitu orang-orang yang solatnya khusyu' [ [Al-Mu'minun, 23:2]
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengubah cara kita bersolat ke arah yang lebih baik supaya kita akan tergolong dalam golongan yang berjaya. Golongan yang berjaya di sini bukanlah bermakna berjaya dalam hidupnya tetapi berjaya mendapat keredhaan Allah S.W.T. seterusnya memasuki syurgaNya.

[sumber]

No comments:

Post a Comment