Pages

Thursday, 13 October 2011

Rimasnya Tengok!

Assalamualaikum :)

Entah kenapa zaman sekarang para muslimah dah tak paham konsep sebenar tutup aurat. Sesetengah wanita sampai tak mahu tutup aurat. Mereka itulah musuh Allah kerana melanggar hukum Allah. Sebenarnya setiap perintah Allah itu ada hikmah sebaliknya.

Contohnya solat. Allah perintahkan hambanya untuk mendirikan solat. Di samping kita beribadah, sebenarnya badan kita semakin sihat. Sebab pergerakan solat itu seperti bersenam. Semasa bersujud, oksigen dalam darah boleh turun ke kepala dengan cepat.

Oleh itu, tutup aurat pun ada kebaikannya. Sebenarnya Ajmal nak menekan tentang penggunaan shawl dan pashmina yang makin popular dlm kalangan remaja. Apabila Allah perintahkan tutup aurat, ramai yang ingat kena pakai tudung. Bila difahmakan, rupanya pakailah apa-apa saja asalkan tutup aurat. Tapi tu pun masih ada yang salah faham.

Memang lah pakai benda tu tak haram, tapi kalau tak ikut syari'at jadi haram. Syarat nak pakai yang first, mesti tak nampak bentuk warna kulit. Second, mesti tutup hingga menutupi dada. Third, tak boleh nipis dan sebagainya.

Tambah lagi, ramai artis-artis internet kat Malaysia ajar tutorial hijab etc. Yes, dia orang ajar tutup aurat, tapi masih tak betul. Kebanyakan video-video tutorial, masa nak pakai tu macam wajib ada bonggol kat belakang. Lilit keliling tengkuk tuh. Jelas kelihatan bentuk kepala. Aduih, sakit mata tengok. Kalau la Ajmal pakai, lama dah rasa nak cabut. Tak rasa panas kah?

Itulah rakyat Malaysia zaman sekarang. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal (itulah jejak syaitan). Hmm... Ajmal bukan ada banyak sangat ilmu. Tapi untuk hidup dalam keredhaan Allah, kita harus mematuhi hukumnya...

Pernah baca cerita tentang wanita solehah ini? Bacalah. Itulah kelebihan menutup aurat.
P/S:
Jadilah wanita yang solehah kerana seorang wanita solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh. Tapi wanita yang suka membuat dosa lebih buruk daripada 1000 lelaki yang membuat dosa. :)

No comments:

Post a Comment