Pages

Saturday, 10 September 2011

10 Tanda Hati Kita Mati



Terdapat 10 tanda yang menunjukkan bahawa hati kita telah mati:

  1. Kita mengaku kita kenal Allah dan cintakanNya tapi kita tidak amalkan suruhanNya.
  2. Kita mengaku cinta Rasulullah tetapi mengabaikan sunnahnya.
  3. Kita membaca Al Qur’an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  4. Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya.
  5. Kita mengaku musuh syaitan, tetapi mengikutinya.
  6. Kita mengakui nikmat Syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  7. Kita mengaku adanya siksa Neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya.
  8. Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan bekalnya.
  9. Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri.
  10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah darinya.
Sumber:

2 comments:

  1. la... tersilap baca tajuk.. patut la lain macam...ingatkan 10 tanda kita mati... :D

    ReplyDelete