Pages

Showing posts with label islah. Show all posts
Showing posts with label islah. Show all posts
Monday, 2 May 2016

PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT

Percayalah bahawa jika kita bertawakal selalu kepadaNya, Dia akan menganugerahkan apa yang kita pinta. Jika lambat dikabulkan bermakna Dia mahu menguji kesabaran. Jika cepat dikabulkan bermakna Dia mahu menguji kesyukuran.
Minggu ni hidup betul2 serabut dengan universiti pilihan, exam, mpsi dan sebagainya. Terfikir juga usrah yang dah lama tak buat, jadi saya decide untuk buat usrah minggu ini.

Dengan tak disangka-sangka, segalanya berlaku sangat smooth. Apabila saya membuat keputusan untuk membuat usrah di Masjid Negeri Shah Alam, benda pertama yang perlu difikirkan ialah, pengangkutan. Nak pergi dengan public transport memang susah. Saya sebenarnya terfikir untuk menguji ahli2 usrah, ada tak antara mereka yang sanggup bayar pengangkutan teksi untuk hadiri usrah di masjid.

Namun, tak disangka-sangka, kami dapat pengangkutan percuma iaitu bas uitm. Bas uitm yang dibawa oleh Pak Cik Sanusi membawa kami ke Masjid Negeri. Jimat duit kami.

Sampai saja di masjid negeri, terfikir pula lepas usrah nak makan kat mana. Perut kami masing2 kelaparan. Apabila kami lalu di salah satu anjung di masjid, ada petugas masjid memanggil kami dan menawarkan 12 bungkus nasi lemak. Jumlah kami adalah 9 orang. Alhamdulillah, jimat lagi duit untuk makanan.

Selesai usrah, kami makan tengah hari dan bersolat. Selesai bersolat, dapat lagi air percuma yang diberikan oleh petugas masjid kepada kami.

Kesimpulannya di sini adalah, apabila kita sudah bertekad untuk berkorban, jika Allah berkemahuan, Allah akan membalas terus kebaikan itu walaupun kita belum melaksanakannya. Percayalah bahawa jika kita bertawakal selalu kepadaNya, Dia akan menganugerahkan apa yang kita pinta. Jika lambat dikabulkan bermakna Dia mahu menguji kesabaran. Jika cepat dikabulkan bermakna Dia mahu menguji kesyukuran.

Penulis bersama sahabat seperjuangan, Engku Huda


‪#‎usrahwida‬'
‪#‎psc‬.intec
#‎masjidnegeri
‪#‎usrahgabungan‬
Sunday, 6 December 2015

Jadilah Seperti Katak Itu

Setelah penat menaip assignment di meja belajar, Dhiya merenggang-renggangkan jari-jarinya. Kaca matanya dibuka lalu dia bersandar pada kerusi setelah penat menaip semua tugasan.


Sambil merehatkan diri, dia terpandang pada gambar dia dan rakan-rakannya sewaktu di sekolah dahulu. Gambar itu dibingkaikan dan diletakkan di sudut mejanya.

Seketika, dia terimbas waktu-waktu dia bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya di sebuah sekolah agama yang terletak di ceruk Kampung Jawa, Klang. Antara saat-saat yang paling diingatinya adalah sewaktu guru-gurunya memberikan pesanan kepadanya dan rakan-rakan. Dia masih ingat sewaktu di sekolah dulu, cikgu menceritakan pada Dhiya perihal seekor katak dalam sebuah perlumbaan untuk memanjat bukit.

IMBAS KEMBALI

Sudah menjadi rutin setiap pagi, para pelajar diwajibkan untuk berkumpul di Dewan Terbuka yang digelar sebagai Centre of Excellence untuk membaca al-Ma'thurat secara berjemaah. Setelah itu, mereka akan mendengar sepatah dua kata daripada guru-guru atau wakil pelajar sebagai pembakar semangat pada waktu pagi.

Seorang guru memulakan ceritanya setelah dijemput oleh pelajar untuk memberikan ucapan.

"Pada suatu hari, ada sekumpulan katak yang ingin membuat perlumbaan untuk memanjat bukit. Beberapa ekor katak  telah menyertainya termasuklah seekor katak yang cacat sebelah kaki."

"Tak mungkin dia menang. Kakinya tu cacat"

"Bersedialah untuk kalah"

"Sebelum kau kalah, lebih baik kau tarik diri," kata sahabat katak yang cacat itu padanya.

"Katak yang cacat itu tidak mempedulikan kata-kata itu. Lalu perlumbaan pun bermula."

"Semasa katak itu melompat, ia masih menerima cercaan. Tiada seekor pun antara katak tersebut yang menyokongnya sama sekali."

"Walau bagaimanapun, katak yang cacat itu tidak terusik sama sekali dengan cercaan itu. Ia melompat dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, katak itu memenangi pertandingan tersebut."

Cikgu tersebut melihat Dhiya dan kawan-kawan sambil tersenyum kerana riak muka mereka sangat penasaran.

"Cam mana katak tu boleh menang, cikgu?" tanya salah seorang dari rakan-rakan Dhiya/

"Sebenarnya, katak tu bukan saja cacat kakinya sebelah, tapi juga cacat pendengaran" terang gurunya

"Kufkufkuf!" mereka semua tertawa.

"Bunyi memang lawak. Tapi pengajarannya, kamu semua kena jadi seperti katak yang cacat itu. Apabila ada orang yang tidak percaya dengan kebolehan kamu, jangan percaya pada kata-kata mereka tapi percaya pada diri kamu sendiri. Jika tak berjaya dengan cara biasa, gunakan cara yang luar biasa.

"Seperti pesan Luqman al-Hakim kepada anaknya bahawa apa-apa yang kita lakukan sentiasa ada manusia yang tidak menyetujuinya. Jangan ambil cercaan orang sebagai turning point"

Dhiya dan sahabat-sahabatnya menghadam kata-kata itu. Sangat mendalam

"Walau bagaimanapun, kamu semua jangan terlampau mengabaikan komen manusia, kerana penuhi komen itu kadang-kadang membina diri kita sendiri. Jadikan expectation manusia itu sebagai benchmark untuk diri sendiri. Mungkin cercaan orang itu adalah kerana kamu betul-betul salah!"

"Tapi cikgu, penuhi expectation manusia itu memenatkan. Lebih baik penuhi expectation Allah," balas Dhiya.

"Betul, kita tak boleh penuhi semua expectation manusia. Penuhi expectation Allah itu lebih penting. Tetapi tanpa tindakan memenuhi expectation manusia juga, tidak mungkin Sultan Muhammad al-Fateh mampu menakluk Konstatinopel"

"Gulp," Dhiya dan sahabat-sahabatnya terdiam dan tersentap.



Friday, 30 October 2015

Fastaqim!

Setelah hidup bergelumang dengan dosa dan jahiliah, semua orang pasti mahu kembali kepada fitrah. Fitrah untuk kembali ke jalan Tuhan yang lurus, dan menjadi hambaNya yang taat. Hanya rahmatNya sahaja yang mampu menyelamatkan kita di akhirat.

Post ini khas untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan tarbiah dan baru hendak mendalami Islam dengan lebih dekat. Setelah hidayah mengetuk pintu hati anda, anda pasti merasakan satu ketenangan yang tak mampu anda miliki sebelum ini. Ketahuilah, Allah telah memilih anda untuk memiliki ketenangan itu, dan anda juga telah memilih untuk menerima ketenangan itu. Hal ini tidak mustahil berlaku kerana Tuhan bersifat Maha Penyayang. Moga Tuhan memberkati kita semua.

Untuk anda yang baru hendak berubah,

Pertama sekali, saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana telah memilih untuk membuka hati menerima kebaikan. Bukan calang-calang orang dipilih oleh Allah untuk masuk syurga. Panjatkan seribu kesyukuran kepada Tuhan kerana anda telah bebas dari belenggu jahiliah dan nafsu.

Sudah menjadi fitrah apabila kita (saya juga masih dalam mengislahkan diri) baru hendak berubah, pelbagai cacian yang kita akan terima.

"Perangai teruk macam apa, ada hati nak berubah"

"Halamak, ada ustaz baru la dalam rumah ni!!"

"Weh, ni tudung ka telekung? Hahaha!"

"Ni mesti terpengaruh dengan cerita2 Islamik mengarut tu. Tak payah nak jadi baik la weh. Mau ka orang alim terima hang?"

Jika anda berhadapan dengan orang macam ni, jangan biarkan mereka lunturkan semangat anda untuk berubah. Doakan saja supaya mereka juga menerima hidayah. Kerana syaitan tak pernah putus asa menghasut manusia. Biarlah anda pula menjadi sebab mereka untuk mendapat hidayah.

Yang penting, kita mampu menjaga tarbiah untuk diri kita sendiri.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips agar kita sentiasa istiqamah untuk berubah:

1. Sentiasa mentadabbur dan menghayati ayat-ayat Al-Quran.

Jika kita hendak merasakan Allah bercakap dengan kita, maka bacalah al-Quran. Mungkin, kita boleh refleks berapa kali sehari al-Quran dibuka. Hayatilah bait-bait kalam teragung di dalam al-Quran kerana memang fitrah, hati kita mudah tersentap dengan kata-kata. Jika sentapnya tu sampai ke lubuk hati, boleh gugur air mata di pipi :D

Jadikan al-Quran sebagai peneman hingga ke akhir hayat. Kerana hanya al-Quran sahaja panduan setiap zaman yang boleh menjadi rujukan untuk sentiasa berada di atas jalan yang lurus.

2. Sentiasa bersama-sama dengan orang-orang soleh

Hidup bersama-sama dengan orang yang soleh akan mendatangkan impak yang besar untuk diri sendiri kerana kita cenderung untuk mencontohi alim ulama. Cara yang paling mudah untuk mengikuti orang-orang yang soleh adalah dengan hidup berjemaah. Kerana dalam jemaah, orang-orang alim atau lebih dikenal sebagai naqib/naqibah akan sentiasa memantau peningkatan kita dari semasa ke semasa. Dengan berjemaah, kita akan sentiasa melibatkan diri dengan usrah, tamrin, rehlah, dan daurah untuk memantapkan diri dan fikrah.

3. Membaca kisah-kisah tokoh-tokoh Islam

Seperti yang dinyatakan di atas, kita cenderung untuk mengikuti jejak langkah orang yang kita kagum. Bilangan tokoh-tokoh Islam yang berjaya adalah tidak terkira jika hendak dihitung. Bacalah kisah-kisah para Rasul, para wali Allah, para ulama', para penguasa Islam, para pejuang, dan pemikir-pemikir Islam. Menghayati kisah hidup mereka akan membuka mata dan refleks pada diri bahawa kita belum menyumbangkan apa-apa untuk Islam dan ilmu kita hanyalah secebis dari lautan ilmu yang mereka ada.

4. Menjaga hati

Jika baik seketul daging (hati) itu, maka baiklah keseluruh badan. Ketahuilah bahawa ia adalah hati. Betapa pentingnya hati ini perlu dijaga kerana ia yang akan mengawal bagaimana akal berfikir. Berkuasanya hati adalah sepertimana berkuasanya seorang raja.

Justeru itu, pentingnya untuk memastikan hati dijaga dari perkara2 buruk kerana akhlak dan kata2 yang terzahir adalah manifestasi kepada apa yang ada di dalam hati dan apa yang difikirkan oleh akal.

"Kerana dari mata, turun ke hati"

"Jadi, nak jaga hati kenalah jaga mata"

Bukan mata saja. Banyak lagi perkara yang perlu dijaga.

Semoga kita semua mampu istiqamah di jalan tarbiah sehingga memperoleh kemenangan di hari akhirat kelak.
Monday, 21 September 2015

Jom Join SEMINAR ROSE 2.0!

Para jemputan yang akan berikan motivasi kepada anda!
ASSALAMUALAIKUM WBT.

Buat julung-julung kalinya, Professional Students Society, INTEC akan mengadakan program SEMINAR RENAISSANCE OF SYABAB EXCELLENCE 2.0 (ROSE 2.0)!

Kami ingin mengajak para remaja untuk bersama-sama mengislahkan diri dan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dari segi akhlak dan pemikiran untuk menjadi Excellent Syabab!

Penyertaan adalah terbuka untuk semua!

Berikut adalah detail mengenai Seminar ROSE 2.0:

Tarikh : 10 Okt 2015 (Sabtu)

Masa : 8.00 am - 11.00 pm

Tempat : Dewn 3S, Kolej Cemara, Seksyen 18, Shah Alam

Yuran Penyertaan :
-Warga INTEC : RM10/seorang
-Bukan warga INTEC : RM15/seorang

____________________________________________________

::TENTATIF::

PAGI

8.00-8.30 : Ucapan dan Perasmian Seminar ROSE 2.0 oleh En. Mohd Hassan bin Awang Boon, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar INTEC

8.30-10.30 : Slot 1 - "Sebenarnya Saya Siapa?" oleh Ustaz Fauwaz Fadzil

11.00-1.00 : Slot 2 - "Pemikiran Muslim Professional" oleh Ustaz Nushi

PETANG

1.00 - 1.30 : Makan Tengah Hari

1.30 - 2.00 : Solat Zohor Berjemaah

2.00 - 4.00 : Slot 3 - "Mencintaimu atau MencintaiMu?" oleh Dr. Adriana

4.00-5.30 : Slot 4 - Sesi Bersama Alumni Luar Negara oleh Dr. Arnifa dan Tn. Redzuan

5.30 - 6.00 : Solat Asar Berjemaah

6.00 - 7.30 : Aktiviti Bebas

MALAM

7.30 - 8.00 : Solat Maghrib Berjemaah

8.00 - 8.30 : Makan Malam

8.30 - 9.00 : Solat Isya' Berjemaah

9.00 - 11.00 : Forum - "Youths' Contributions Towards Ummah" oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman dan Akhi Farizuan (Mr. The All Shared)

11.00 : Majlis Bersurai

____________________________________________________

 ✅Penyertaan terbuka untuk umur 16-25 tahun.

✅Makan tengah hari dan malam akan disediakan.

✅Cara pembayaran boleh didapati di dalam borang pendaftaran online.

✅Untuk pendaftaran, sila layari: https://goo.gl/TfoLsp

✅Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila berhubung dengan Saudara Umar (011-35485295) atau Saudari Maisarah (013-4994382) atau email ke abdazizumar@gmail.com

✅Penyertaan adalah terhad!

✅Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2/10/2015.

____________________________________________________

~~~Kenapa anda perlu menyertai Program Seminar ROSE 2.0?~~~

✔Ini adalah program utama PSC selain program tetap kami, Halaqah Ilmi.

✔Kami ingin mengajak para peserta untuk memperbaiki diri supaya menjadi remaja yang berkualiti yang dapat memberi manfaat untuk agama Islam.

✔Kami telah menjemput personaliti-personaliti dakwah, penulis buku ilmiah dan juga professional PhD, untuk memberi motivasi kepada peserta.

✔Ini adalah peluang untuk bertanya soalan-soalan berkaitan dengan isu-isu dan masalah-masalah remaja pada masa kini.

✔Kami akan membuka pelbagai jualan yang menarik seperti jualan buku dan sebagainya!

Selamat mendaftar :D

‪#‎PSCINTEC‬ ‪#‎ROSE2‬.0 ‪#‎Islahnafsak‬ ‪#‎Wadughairak‬