Pages

Thursday, 27 October 2011

Ciri-ciri Orang Munafik



NIFAQ AKBAR (MUNAFIK BESAR)
  1. Menolak hadis, dan hanya mengambil AL-QURAN sahaja.
  2. Mempermainkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
  3. Membenci perbuatan Nabi Muhammad S.A.W.
  4. Membantu penindas Islam.
  5. Menyuruh orang melakukan kebaikan, tetapi dia sebaliknya atau dia juga melakukan apa yang dilarangnya kepada org lain.
NIFAQ ASQHAR(MUNAFIK KECIL) *menurut Syeikh Abdullah al-Qarni*

  1. Suka berbohong.
  2. Suka khianat.
  3. Suka berlebih-lebih dalam berkelahi.
  4. Suka mengingkari janji.
  5. Berat untuk menunaikan solat Subuh dan 'Isyak.
  6. Kurang berzikir (ingat Allah).
  7. Solat terlalu cepat (tiada thoma’ninah, solat macam ayam patuk padi)
  8. Malas untuk menunaikan solat.
  9. Suka mengutuk atau mencerca orang yang baik (suka pada orang yang tidak baik).
  10. Memperlekeh sunnah Nabi Muhammad S.A.W. (sekadar mengejek)
  11. Suka bersumpah ketika berbicara (contoh : “Sumpah! Aku tak tipu!”)
  12. Berat untuk bersedekah.
  13. Tidak peduli dengan masalah orang Islam yg lain. (contoh : umat Islam di Palestin, Iraq dan lain-lain)
  14. Suka menyebarkan cerita dusta (khabar angin), tanpa myiasat terlebih dahulu.
  15. Tidak berapa suka dengan takdir (menyalahkan takdir, ingkar dengan takdir)
  16. Suka mencaci kehormatan orang-orang soleh (para ulamak).
  17. Gagal / Tidak mampu menjaga solat berjemaah (paling kurang 2 orang)
  18. Membuat kerosakan, tetapi mengakui, dia melakukan kebaikan.
  19. Zahir tidak sebati dengan batinnya (tidak suka, tetapi buat macam suka)
  20. Hidupnya sentiasa takut (bergantung 100% pada Allah)
  21. Sering menguzurkan dri.
  22. Suka dengan benda mungkar
  23. Bakhil (tangkai jering)
  24. Lupa pada Allah.
  25. Tidak percaya pada janji Allah.
  26. Suka menghukum orang/menilai orang.
  27. Sangat sombong bila berbicara (tinggi dri).
  28. Tidak berapa faham kehidupan beragama.
  29. Pura-pura taat pada Allah, padahal dia suka melakukan maksiat.
  30. Suka tengok orang yang susah, tidak suka melihat orang senang.

No comments:

Post a Comment