Pages

Sunday, 6 November 2011

Kesilapan Lirik Lagu Zaman Sekarang

Assalamualaikum :)
Remaja sekarang suka sangat dengar lagu. Termasuklah juga Ajmal. Secara jujurnya, Ajmal pun layan lagu-lagu Korea. Hehe. Dulu, Ajmal pun peminat K-Pop. Dulu juga Ajmal minat banyak kumpulan. Tapi Ajmal dah sedar yang cinta kita ni kita tak boleh serahkan kepada artis Korea tapi kita mesti serahkan kepada Allah, Rasul dan mak ayah kita.

Memang Ajmal masih layan lagu Korea. Kumpulan-kumpulan Korea pun just ambil tahu je la. Tak perlu minat. Disebabkan remaja sekarang ni dah kena virus K-Pop, artis Melayu pun mula nak tunjuk bakat juga. Tapi, entah kenapa Ajmal rasa macam tak sesuai bagi orang Melayu untuk menyanyi macam artis-artis Korea. Jadi Ajmal tak berapa minat nak dengar lagu-lagu mereka.

Satu demi satu kumpulan ditubuhkan di Malaysia. Memang ramai yang tak setuju. Tapi ada juga sesetengah yang popular dan lagu-lagu mereka diterima oleh masyarakat. Tapi, masyarakat kita lupa pula tengok maksud lagu-lagu tersebut. Tadi Ajmal cuba dengar lagu Berdua Bersatu daripada kumpulan Forteen yang dikatakan '2AM Wannabe'. Ajmal nak tunjukkan kesilapan-kesilapan lirik dalam lagu tersebut.

Seringkali kumendengar patah tumbuh hilang berganti
Tetapi kutidak mahu cinta selain darimu
Buat apa nak cari cinta wanita itu? Tak mahu kah cari cinta dan keredhaan Allah? Yakin sangat ka dah dapat cinta Allah?
Jika denganmu salah ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai kusanggup kerna kumahu
Kita berdua bersatu
Adakah jika wanita itu kafir, dan kamu mahu juga ikut jalannya? Biarlah tercalar kerana berperang memperjuangkan agama Allah daripada memperjuangkan percintaan dengan wanita itu.
Jika denganmu kabur, kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut, biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut kusanggup kerna kumahu
Kita berdua bersatu
Jika wanita itu mengajak ke arah kekufuran, adakah perlu ditinggalkan kebenaran yang sudah jelas terpampang?

Kesimpulannya, itulah hakikat remaja zaman sekarang. Terlalu leka dengan hiburan.Perhatikan dulu liriknya baru dengar. Kalau nak layan lagu jugak, layan nasyid sudah laa. Dengar laa lagu2 Maher Zain, UNIC, Devotees, In-Team, Hijjaz, Hafiz Hamidun dan lain-lain. *promoting*


5 comments: