Pages

Wednesday, 6 June 2012

Jagalah, wahai Kaum Hawa

Assalamualaikum !

Nice Thursday, right! Tidak... Hatiku masih belum bersedia nak tinggalkan Perlis ! Huhu, redha je laahh...

Back to our topics, hmm... Wanita, tahukah kamu bahawa kamu umpama lollipop. Kamu sangat manis... Jika kamu tidak bertutup, maka ramai yang ingin merasa kemanisanmu... Sanggupkah kamu menggadai kemanisanmu hanya kerana nafsumu?

Wahai kaum seangkatanku, sayang tak pada Rasulullah? Kalau sayang, hargailah apa yang baginda telah perjuangkan untuk kita. Hadirnya baginda, martabat kita diangkat tinggi tau! Ingat tu... Tanpa baginda, mungkin sekarang kita  telah dijual, diperkotak-katikkan, dihina, dijadikan bahan mainan, malah dibunuh. Padahal kita begitu berharga? Kan? Nak tahu apa kelebihan wanita... Tekan sini ---> 

Rasulullah ada bersabda, pada wanita ada fitnah. Fitnah wanita memang banyak. Semuanya ada pada badan wanita. Dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sama ada dalaman mahupun luaran Sebab fitnah yang banyak tu lah wanita yang masuk neraka. Maka dan oleh itu, marilah kita jaga fitnah itu sebaik-baiknya (pesanan utk diri sendiri yg masih lemah iman juga). Marilah kita rujuk balik 'buku manual kehidupan kita yang bermukjizat' dalam surah An-Nur yang diturunkan khas untuk wanita. Kaum wanita akan rosak jika tidak menghayati dan mengamalkan surah An-Nur.

Dulu-dulu, wanita yang solehah ada tiga je istilah keluar rumah. Pertama, keluar dari perut ibunya dan lahir ke dunia. Kedua, keluar dari rumah ibu bapanya ke rumah suami. Ketiga, keluar dari rumah menuju ke kuburnya. Tapi, kalau wanita solehah zaman sekarang, ada empat. Iaitu, keluar dari rumah untuk menuntut ilmu. Tu wanita solehah... Yang tak solehah, keluar jumpa boyfriend, keluar lepak, keluar dating dan sebagainya.

Tuntasnya, wanita perlu kuatkan jati diri supaya tidak tertipu dengan nafsu. Semuanya datang dari hati. Oleh itu, jagalah hati kita. Nafsu wanita banyak tau... Akal wanita hanya satu nak kena kawal sembilan nafsu. Alaa, macam jaga anak juga. Seorang ibu boleh menjaga 10 anak, tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. Hebatkan wanita!

sumber gambar : Rusydee Artz | Lukisan Dakwah
Kuatkan jati dirimu!
Perangi nafsu!
~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~

P/S : Maybe ni post terakhir sebelum pulang ke KISAS tercinta  !

No comments:

Post a Comment