Pages

Showing posts with label sirah. Show all posts
Showing posts with label sirah. Show all posts
Sunday, 4 December 2011

Hari Asyura (10 Muharram)

Assalamualaikum :)

Tahu tak esok berapa hari bulan? Esok 9 Muharram. Lusa 10 Muharram. Waktu 10 Muharram tu kan Hari Asyura. Disunatkan berpuasa. Tapi lebih afdhal jika digabungkan dengan 9 Muharram ataupun 11 Muharram.

Dari 'Abdullah bin 'Abbas bahawa, Rasulullah S.A.W. tiba di Madinah dan baginda mendapati bahawa orang-orang Yahudi sedang berpuasa Asyura (10 Muharram). Lalu baginda bertanya, "Puasa apakah itu?" Orang-orang Yahudi menjawab, "Hari ini adalah hari yang baik. Iaitu hari di mana Allah S.W.T.  menyelamatkan Bani Israel daripada musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada Allah S.W.T. dan kami pun turut berpuasa," Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua," Akhirnya nabi S.A.W. pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa. [HR Al-Bukhari]

Oleh itu, jom kita berpuasa sunat esok!

[sumber]
Friday, 4 November 2011

Hinanya Orang Yang Meninggalkan Solat

Pada zaman Nabi Musa A.S., ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Lalu, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa A.S. berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa A.S., barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. 

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa A.S. dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa A.S. menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa A.S. tadi.



Lihat, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat sehinggakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina daripada air kencing anjing hitam. Sembahyanglah dirimu sebelum dirimu disembahyangkan.
Thursday, 3 November 2011

8 Jenis Makanan Terbaik Dunia

Assalamualaikum :)


1) Buah delima


Fiman Allah, "Dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya..."
[Surah Al-An'am : 99]


2) Kismis
Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud, "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut".


3) Kurma
Firman Allah S.W.T., "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
[Surah Maryam : 25-26]


4) Habbatus Sauda'
Bunga habbatus sauda'
Sabda Rasulullah S.A.W., "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)".
[HR Muslim]


5) Za'faran
Saidina Ali K.W.J. pernah menyatakan, "Sesiapa mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir".
Antara khasiat za'faran ialah:

  1. Membantu menyempurnakan proses penghadaman.
  2. Menguat ingatan.
  3. Merawat anemia.
  4. Mengawal tekanan darah dan kolesterol.
  5. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung.
  6. Melancarkan mengaliran darah.
  7. Merawat penyakit saraf.
  8. Mengurangkan keletihan.
  9. Mengurangkan sembelit.
  10. Penenang diri.
  11. Perangsang tenaga batin.



6) Madu
Firman Allah, "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia".
[Surah An-Nahl : 68-69]


7) Zaitun
Firman Allah, "Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan".
[Surah Al-Mukminin : 20]


8) Buah Tiin
Riwayat dari Abu Zar R.A. bahawa Nabi S.A.W dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi S.A.W. mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda S.A.W. bersabda, "Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan."
Friday, 28 October 2011

Ikramah Penentang Jadi Pembela

Assalamualaikum :)


"Dahulu aku berperang untuk al-Latta dan al-Uzza. Sekarang, aku serahkan jiwaku dengan ikhlas kepada Allah." - Ikramah bin Abu Jahal.
Ikramah yang pada zaman kebatilannya begitu memusuhi Rasulullah S.A.W merupakan anak kepada Abu Jahal. Para pengikutnya sentiasa memberi perumpamaan 'ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi' bagi menggambarkan peribadi Ikramah yang lebih kurang sama dengan ayahnya. Ikramah sebelum Islamnya sangat membenci Rasulullah S.A.W.


Ikramah pernah membantu bapanya Abu Jahal melemparkan najis kepada Rasulullah S.A.W yang ketika itu sedang sembahyang di depan Kaabah. Pada hari yang lain dia membantu bapanya mencekik leher Rasulullah S.A.W. Malah dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pembesar Quraisy, Ikramah mencadangkan supaya Rasulullah S.A.W dibunuh. Setelah menjadi salah seorang pahlawan Quraisy, Ikramah menentang pahlawan Islam dalam peperangan Uhud dan Badar namun gagal membunuh Rasulullah S.A.W dalam kedua-dua peperangan tersebut. Dia akhirnya lari ke Yaman sebelum ke Habsyah.


Di Yaman kehadirannya tidak diterima oleh Raja Yaman. Semasa dalam pelayaran ke Habsyah pula, kapal yang tumpanginya dilanda ribut dan hampir karam. Semua penumpang dalam kapal itu berdoa termasuk Ikramah. Pada mulanya, dia berdoa kepada al-Latta dan al-Uzza namun doanya tidak berhasil meredakan ribut. Akhirnya dia cuba berdoa kepada ALLAh, kalau selamat dari bencana itu dia akan kembali ke Mekah untuk menemui Nabi Muhamad.


Dengan izin ALLAH, ribut yang menggila akhirnya reda. Apabila kembali ke Mekah, isterinya yang bernama Atikah tidak berjaya ditemui. Anak Ikramah, Omar mengatakan ibunya telah pergi mencari Ikramah bersama seorang hamba abdi bernama Laila. Ikramah yang mendengar kata-kata anaknya itu berasa risau akan keselamatan isterinya. Dia keluar semula dari Mekah untuk mencari Atikah. Setelah menemuinya, beliau dikejutkan dengan berita Atikah yang telah memeluk Islam dan sanggup merayu kepada Rasulullah S.A.W untuk memaafkan suaminya. Di sinilah terpancar keikhlasan seorang isteri kepada suami yang dicintainya.

Ikramah juga memeluk Islam setelah berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan menjadi salah seorang pahlawan Islam dalam beberapa peperangan. Pengislamannya kadang-kadang dipertikaikan oleh beberapa pengikutnya yang lebih awal memeluk Islam daripadanya. Mereka mengatakan Ikramah ada udang di sebalik batu dan mengesyaki dia ingin membunuh Rasulullah S.A.W secara halus. Bagaimanapun, mereka silap apabila Ikramah menunjukkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Islam walaupun setelah kewafatan baginda.

Peperangan terakhir yang diikuti oleh Ikramah ialah Perang Yarmuk di mana dia mengetuai pasukan berani mati seramai 400 orang. Semangat pasukannya yang berkobar-kobar menegakkan kebenaran Islam menaikkan semangat jihad tentera Islam yang lainnya. Mereka turut menyerbu ke arah musuh lalu berjuang bermati-matian sehingga beroleh kemenangan. Ikramah telah menemui syahid di Yarmuk. Detik-detik ketika Ikramah menemui ajal agak menyayat hati.

sumber sinopsis:
Ikramah Penentang Jadi Pembela|Sunah Suka Sakura dot com

Teringin sangat nak baca buku nih...
Monday, 22 August 2011

Mangkuk, Madu dan Rambut

Pada suatu hari, Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat iaitu Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman  mengunjungi rumah Ali bin Abi Talib. Isteri Ali, iaitu puteri Nabi bernama Fatimah menghidangkan madu yang dimasukkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik. Di dalam mangkuk itu, ternyata ada sehelai rambut. 


Melihat rambut itu, Nabi meminta para sahabatnya membuat satu perbandingan menggunakan tiga barang yang berada di hadapan mereka iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar memberikan perumpamaanya. "Iman lebih cantik daripada mangkuk yg cantik, orang yang beriman lebih manis daripada madu ini dan mempertahankan iman adalah lebih susah daripada meniti sehelai rambut." kata Abu Bakar. Perumpamaan Abu Bakar itu mengandungi makna yang mendalam perihal iman.

Tidak lama kemudian, Umar pula menyumbangkan fikirannya. "Kerajaan ini lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, seorang raja yg adil itu lebih manis daripada madu ini dan memerintah dengan adil adalah lebih sukar daripada meniti sehelai rambut," kata Umar. Berbeza daripada Abu Bakar, Umar menggunakan kepemimpinan yang adil dalam perumpamaan. 

Seterusnya, Uthman bin Affan pula memberikan pendapatnya. "Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yg menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu itu dan beramal dengan ilmu yg dimiliki itu lebih sukar daripada meniti sehelai rambut," kata Uthman.

Lantas apa pula kata Ali sebagai tuan rumah? Ternyata Ali menggunakan para tetamunya sebagai bandingan. Ali berkata,"Tetamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu ini dan menyenangkan hati tetamu sehingga dia pulang ke rumahnya adalah lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."

Fatimah juga turut memberikan pendapatnya."Seseorag wanita itu lebih cantik daripada mangkuk yg cantik ini, wanita yang menutup auratnya lebih manis daripada madu dan mencari wanita yg tidak pernah dilihat oleh orang lain kecuali mahramnya lebih sukar daripada meniti sehelai rambut," kata Fathimah.

Nabi Muhammad gembira  mendengar perumpamaaan-perumpamaan daripada para sahabatnya dan puterinya tentang tiga hal itu. Akhirnya Nabi pula memberikan pendapatnya."Seseorang yag memperoleh taufik dan beramal dengannya lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan amalan yang baik itu lebih manis daripada madu dan melaksanakannya dengan ikhlas lebih sukar daripada meniti sehelai rambut." sabda baginda.

Tiba-tiba muncul Malaikat Jibrail dan dia berkata,"Menegakkan tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cntik. Menyerahkan diri, harta dan waktu bagi mengembangkan agama itu lebih manis daripada madu dan mempertahanakan agama sehingga ke akhir hayat lebih sukar daripada meniti sehelai rambut".





Friday, 29 July 2011

Kisah Hamba Allah yang Pertama

Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS

Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS

Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS

Orang yang pertama diberikan pakaian pada Hari Qiamat :
Nabi Ibrahim AS

Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada Hari Qiamat :
Nabi Adam AS

Orang yang pertama mengerjakan sa'ie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

Orang yang pertama dibangkitkan pada Hari Qiamat :
Nabi Muhammad SAW

Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

Orang yang pertama menyusukan Nabi S.A.W:
Thuwaibah RA

Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah R.A.

Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat R.A.

Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash R.A.

Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas R.A.

Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah R.A.

Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah S.A.W. :
Ali bin Abi Thalib R.A.

Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi S.A.W.:
Tamim Ad-dary R.A.

Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : 
Az-Zubair bin Al-Awwam R.A.

Orang yang pertama menulis sirah Nabi S.A.W.:
Ibban bin Othman bin Affan R.A.

Orang yang pertama beriman dengan Nabi S.A.W. :
Khadijah binti Khuwailid R.A.

Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syaf'ei R.H.

Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Thalib R.A.

Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan R.A.

Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid R.H.

Orang yang pertama mengadakan Baitul Mal : 
Umar Al-Khattab R.A.

Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah S.A.W.:
Ali bin Abi Thalib R.A.

Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :  
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur R.H.

Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair R.A.

Orang yang pertama masuk Syurga :
Saturday, 2 July 2011

Mencungkil Mata Sendiri

Di dalam kitab Jawahirul Bukhari ada meriwayatkan bahawa Hassan Basri sewaktu mudanya gemar memakai pakaian yang cantik dan kemas lalu berjalan di sekitar kota Basrah.

Pada suatu hari, sedang dia berjalan itu terpandanglah pada seorang wanita yang amat cantik lalu dia terus mengekorinya.
Bila wanita itu menyedari ada orang yang mengekorinya, dia pun berkata, "Wahai orang muda! mengapakah kamu mengekoriku, tidak malukah kamu kepada Allah?".

Jawab Hassan, "Sebenarnya aku terpikat pada matamu yang cantik itu." Jawab puteri tersebut, "Baiklah kerana kamu cintakan mataku ini, tunggulah kamu sebentar lagi akanku berikan apa yang kamu mahukan itu." Puteri itu pun berlalu.

Sebentar kemudian, datanglah seorang pembantunya menghampiri Hassan Basri dan memberikannya satu bungkusan. Setelah dibuka bungkusan itu, amatlah terperanjatnya Hassan Basri melihatkan sepasang mata di dalamnya. Berkata amah itu, "Tuan puteriku tidak memerlukan mata yang menyebabkan kamu terpikat padanya." Bergementarlah tubuh badan Hassan Basri apabila menyedari kesalahannya.

Pada keesokkan harinya dia pun pergi ke rumah tuan puteri itu untuk meminta maaf di atas kesalahannya. Lalu dia diberitahukan yang tuan puteri tersebut telah meninggal dunia. Menangislah Hassan Basri 3 hari 3 malam. Pada malam yang ketiga, dia telah bermimpi bertemu dengan puteri tersebut. Berkata Hassan, "Maafkanlah kesalahanku itu, dan berikanlah aku satu nasihat."

Jawab tuan puteri, "Dengarkanlah nasihatku ini, bila kamu bersendirian hendaklah kamu mengingati Allah, berzikir, beristighfar, mohonlah keampunan pada ALLAH dan bertaubatlah kamu kepadanya."




Sumber:

Wednesday, 29 June 2011

Peristiwa Israk dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. hati Rasulullah S.A.W dicuci dengan air zamzam lalu dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W.

Perjalanan Israk
Israk ialah perjalanan Rasulullah S.A.W dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Rasulullah S.A.W didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk. Sepanjang perjalanan, Rasulullah S.A.W ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Apabila tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah S.A.W diarahkan oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah

  1. Negeri Thaibah - Tempat di mana Rasulullah melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina - Tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.
  3. Baitul Laham - Tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan.



Dalam perjalanan itu juga, Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya ialah:
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Itulah kaum berjihad "Fisabillah" yang digandakan pahala kebaikan sebanyak 700 kali ganda sehingga gandaan yang lebih banyak.
Tempat yang berbau harum.Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tidak mahu mengaku Fir'aun sebagai Tuhan).
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali. Lalu dipecahkan semula. Demikian dilakukan berkali-kali. Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat.
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Itulah lelaki dan perempaun yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai pasangan.
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Itulah orang yang makan riba'.
Lelaki yang menghimpunkan seberkas kayu dan dia tidak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Itulah orang yang tidak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
Satu kaum yang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga. Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela/menghina) orang.
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang sempit tidak dapat memasuki lubang itu semula. Itulah orang yang bercakap besar, kemudian dia menyesal tetapi sudah terlambat.
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
Seorang perempuan tiga bongkok menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat Hari Kiamat.
Setibanya di Masjidil Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahnyang dua rakaat dengan segala anbia' dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu Jibrail membawa bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Jibrail berkata bahawa Rasulullah membuat pilihan yang betul. Jika Rasulullah memilih arak, m=nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Perjalanan Mikraj
Mikraj ialah perjalanan Rasulullah S.A.W. dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha. Rasulullah didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1) Langit Pertama
Rasulullah S.A.W. berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian Rasulullah melihat orang-orang yang makan riba' dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2) Langit Kedua
Rasulullah S.A.W. dan Jibrail bertemu dengan Nabi 'Isa A.S dan Nabi Yahya A.S.

3) Langit Ketiga
Rasulullah dan Jibrail bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4) Langit Keempat
Rasulullah dan Jibrail bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5) Langit Kelima
Rasulullah dan Jibrail bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6) Langit Keenam
Rasulullah dan Jibrail bertemu dengan nabi-nabi kemudian Nabi Musa A.S. Jibrail mengarahkan Rasulullah S.A.W. mendongakkan kepala lalu baginda dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70 000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7) Langit Ketujuh
Rasulullah S.A.W. bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim A.S. bersabda kepada Rasulullah S.A.W, "Engkau akan berjumpa Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu Hauqalah". Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya. tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu tasbih, tahmid, tahlil, takbir, dan hauqalah. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa ajaib yang lain, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul Makmur dan bersembahyang. *Baitul Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah di Mekah.

8) Langit Kelapan
Di sinilah disebut "Al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tidak berubah (sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah). Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Rasulullah S.A.W. masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan Malik penunggunya.

9) Tangga Kesembilan
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul Aqlam. Lalu Baginda  melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10) Hadhrat Rabbul Arbab
Rasulullah bertemu dengan Allah. Kemudian, berlakulah dialog antara Allah dan Rasulullah S.A.W:

Firman Allah S.W.T,
Ya Muhammad.
Sabda Rasulullah S.A.W,
Labbaika.
Firman Allah S.W.T,
Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Sabda Rasulullah S.A.W,
Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengat izinkMu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Firman Allah S.W.T,
Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikanmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada Hari Kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikan ayat-ayat di akhir surah Al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah, dan amar makruf nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwaul Hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Setelah selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. seterusnya Nabi Musa A.S. Nabi Musa A.S. menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T. agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu (setiap kali merayu dikurangkan lima waktu 9x5=45), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya yang menyamai 50 waktu.

Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul Maqdis. Rasulullah S.A.W. menunggang Buraq semasa perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini, Rasulullah S.A.W. bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemuadiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amatajaib itu


Tuesday, 17 May 2011

Kisah Tempat Tinggal Roh

Abu Bakar R.A telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar R.A, "Ruh itu menuju ke tujuh tempat":

  1. Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin. 
  2. Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus. 
  3. Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina. 
  4. Ruh para syuhada' berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka. 
  5. Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai Hari Kiamat
  6. Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 
  7. Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya sampai Hari Kiamat.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W. bahawa, "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah.":-
  1. Orang-orang yang mati syahid. 
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan. 
  3. Orang yang puasa hari Arafah.

sumber:

Saturday, 14 May 2011

Wanita Pertama yang Memasuki Syurga Sebelum Fatimah Az-Zahra'

Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. 

Pada suatu hari ketika Rasullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda,
Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu.
Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata,
Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang.
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda
Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah.
Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah.

Siti Fatimah berkata,
Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak.
Perempuan itu menjawab,
Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari.
Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata,
Ini siapa?
Anakanda Rasulullah menjawab,
Ini anak saya, Hasan.
Perempuan itu lantas berkata,
Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya.
Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata,
Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah.
bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata,
Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua.
Isterinya menyahut
Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak.
Terima kasih.
sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya,
Mengapa jadi begini?
 Perempuan itu menyahut,
Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya.
Buat apa dengan bekas air itu?
tanya Siti Fatimah.
Jawab perempuan itu,
Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi,
Buat apa pula tongkat itu?
Perempuan itu menjawab,
Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini.
Siti Fatimah bertanya lagi,
Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?
Maka perempuan itu berkata,
Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya.
Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata,
Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya.
Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata,
Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu.
Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum,
Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu.
Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

Dari kisah yang aku ceritakan di atas, korang dapat lihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini dan taatlah serta berbuat baiklah kepada suami korang, nescaya korang akan diredhai oleh suami. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan korang sekarang di sisi Allah kerana keredhaan Allah adalah keredhaan suami korang.

Ingin Ajmal titipkan juga di sini suatu ayat yang pernah aku dengar yang bermaksud:
Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.
sumber:Facebook MTD KOTA LAMA 
Thursday, 31 March 2011

Sejarah April Fool's Day

Assalamualaikum ~
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan.
The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H.
Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.


Sejarah April Fool's Day
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan.

Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol.
Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini.
Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut.
Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.






credits:
http://www.eramuslim.com
Monday, 28 February 2011

KISAH RASULULLAH DENGAN PENGEMIS YAHUDI YANG BUTA

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.
Monday, 21 February 2011

KISAH SAYYIDATINA AISYAH R.A DIFITNAH DAN PENGAJARANNYA

Sekembalinya dari peperangan Banu Musthalaq, Aisyah turut dalam rombongan tentera. Di pertengahan jalan, pada suatu perhentian Aisyah pergi keluar, kerana suatu hajat, kemudian dia kembali ke sekdupnya.
Tiba-tiba dilihatnya kalungnya hilang tercicir. Lalu dia kembali mencari kalungnya itu. Sewaktu dia sedang mencari kalung itu, qafilah tentera berangkat tanpa menyedari bahawa Aisyah ketinggalan di belakang. Kemudian Shafwan yang berangkat di belakang tentera, melihat Aisyah tinggal sendirian. Maka tanpa berkata apa-apa kecuali, Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un, dia mempersilakan Aisyah naik kenderaannya. Lalu beliau pimpin unta itu, sehingga sampai bertemu dengan qafilah tentera.
Melihat hal sedemikian, kaum munafiq terutama ketuanya, Abdullah bin Ubaiy menyiarkan pembohongan dan fitnah terhadap Aisyah dan Shafwan itu. Namun Aisyah tetap tabah menghadapi fitnah ini sehinggalah turun ayat Al-Quran surah An-Nur ayat 19 yang mengatakan bahawa:
"Orang-orang yang menyiarkan kebohongan dan fitnah terhadap Aisyah itu, sebahagian dari kamu juga. Hal itu janganlah kamu kira kejahatan bagimu, bahkan kebaikan. Kerana dalam hal itu terselit pengajaran iaitu: Kita tidak boleh menuduh orang berbuat jahat dengan semata-mata melihat seorang pemudi berjalan berdua dengan seorang pemuda, lalu dituduh berbuat jahat."

"Orang yang menuduh Muslimin/Muslimat berbuat jahat, harus menunjukkan 4 orang saksi. Kalau tidak, maka dia adalah bohong di sisi Allah."
"Orang Mukmin dan Mukminat yang mendengar tuduhan itu, hendaklah bersangka baik terhadap saudaranya dan mengatakan: Itu adalah bohong semata-mata."
"Berita yang kamu terima dengan lidahmu dan kamu katakan dengan mulutmu, sedang kamu tidak mengetahui kebenarannya, lalu kamu kira demikian itu tidak berdosa. Padahal di sisi Allah ia dosa besar."
"Kalau kamu mendengar berita itu, hendaknya kamu katakan: Hal ini tidak patut kita perkatakan, Subhaanallah. Ini adalah kebohongan besar."
"Sebenarnya orang yang menuduh itu dan orang-orang yang menyiarkannya telah berdosa; besar kecilnya menurut usahanya. Orang yang banyak usahanya mendapat siksaan yang besar."