Pages

Saturday, 6 August 2011

Kisah Pak Pandir

Tersebutlah kisah maka Pan Pandir baru sahaja kehilangan isterinya yang tercinta. Tetapi dia langsung tidak sedih dan menangis. Beberapa hari kemudian, lembunya pula mati. Pak Pandir menangis dan berasa sangat sedih. Orang-orang kampung hairan melihat akan kelakuan Pak Pandir yang aneh. Dia seharusnya menangis atas pemergian isterinya, tetapi dia menangis apabila lembunya mati. Suatu hari, salah seorang jiran Pak Pandir datang dan menemui Pak Pandir.

Jiran : Pak Pandir, kenapa sewaktu isteri kau meninggal kau tak menangis, tapi bila lembu kau mati kau menangis.

Pak Pandir : Masa isteri aku meninggal, ramai yang datang kat aku dan kata, "Janganlah bersedih, Pak Pandir". Dan bila lembu aku mati, tak dak sesiapa pun yang datang.


P/SJanganlah kita terlalu ikut kata-kata orang lain sedangkan kita masih boleh berfikir mana yang betul dan mana yang salah.

No comments:

Post a Comment