Melihat rambut itu, Nabi meminta para sahabatnya membuat satu perbandingan menggunakan tiga barang yang berada di hadapan mereka iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.
Abu Bakar memberikan perumpamaanya. "Iman lebih cantik daripada mangkuk yg cantik, orang yang beriman lebih manis daripada madu ini dan mempertahankan iman adalah lebih susah daripada meniti sehelai rambut." kata Abu Bakar. Perumpamaan Abu Bakar itu mengandungi makna yang mendalam perihal iman.
Tidak lama kemudian, Umar pula menyumbangkan fikirannya. "Kerajaan ini lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, seorang raja yg adil itu lebih manis daripada madu ini dan memerintah dengan adil adalah lebih sukar daripada meniti sehelai rambut," kata Umar. Berbeza daripada Abu Bakar, Umar menggunakan kepemimpinan yang adil dalam perumpamaan.
Seterusnya, Uthman bin Affan pula memberikan pendapatnya. "Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yg menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu itu dan beramal dengan ilmu yg dimiliki itu lebih sukar daripada meniti sehelai rambut," kata Uthman.
Lantas apa pula kata Ali sebagai tuan rumah? Ternyata Ali menggunakan para tetamunya sebagai bandingan. Ali berkata,"Tetamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu ini dan menyenangkan hati tetamu sehingga dia pulang ke rumahnya adalah lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."
Fatimah juga turut memberikan pendapatnya."Seseorag wanita itu lebih cantik daripada mangkuk yg cantik ini, wanita yang menutup auratnya lebih manis daripada madu dan mencari wanita yg tidak pernah dilihat oleh orang lain kecuali mahramnya lebih sukar daripada meniti sehelai rambut," kata Fathimah.
Nabi Muhammad gembira mendengar perumpamaaan-perumpamaan daripada para sahabatnya dan puterinya tentang tiga hal itu. Akhirnya Nabi pula memberikan pendapatnya."Seseorang yag memperoleh taufik dan beramal dengannya lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan amalan yang baik itu lebih manis daripada madu dan melaksanakannya dengan ikhlas lebih sukar daripada meniti sehelai rambut." sabda baginda.
Tiba-tiba muncul Malaikat Jibrail dan dia berkata,"Menegakkan tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cntik. Menyerahkan diri, harta dan waktu bagi mengembangkan agama itu lebih manis daripada madu dan mempertahanakan agama sehingga ke akhir hayat lebih sukar daripada meniti sehelai rambut".

No comments:
Post a Comment