Pages

Wednesday, 6 April 2011

Baking Kek Bahulu / Kek Span

Assalamualaikum :)
Dua hari yg lalu Ajmal ada wt amali lg masa ERT .
Ajmal bake kek bahulu plk .
Asalnya Ajmal ingt kek bahulu ni mcm kuih bahulu .
Kek bahulu ni bawah tajuk kaedah enjut .
Sapa xtahu enjut ? Asalnya Ajmal xtahu jgk .
Rupanya enjut tu Ajmal slalu duk buat bila nk goreng telur dadar .
Ok, kek bahulu atau nama inggerisnya sponge cake ni x guna marjerin dan baking soda .
Ia hanya mengharapkan udara yg masuk supaya kembang .
So, kek bahulu ni sesuai laa utk org2 sakit .
Nisbah telur kepada tepung kepada gula ialah 1 : 30 : 30 .
Ok, skarang kita pegi kpd resepinya plk ~


KEK BAHULU


Bahan-bahan:

  1. 60 g tepung gandum
  2. 2 biji telur
  3. 60 g gula halus
  4. 1 camt esen vanila
  5. 1 camt air suam
  6. 1 camb jem raspberi (dipanaskan)
  7. 1 camb gula aising (hiasan)

 Cara membuat:

  1. Alas dua acua sandwic dan griskan pada bahagian atas kertas minyak.
  2. Ketuhar dipanaskan pasa suhu 170°C.
  3. Enjut telur dan gula sehingga kembang, gebu, dan pekat.
  4. Masukkan campuran esen vanila dan air suam. Enjut lagi.
  5. Ayak tepung ½ sukatan ke atas adunan, kaup balik dan ayak ½ sukatan lagi, kaup balikkan.
  6. Tuang ke dalam dua acuan sandwic.
  7. Bakar di dalam ketuhar selama 20-25 minit. Keluar dan sejukkan di atas redai kek.
  8. Sapu jem panas di bahagian bawah kedua-dua bahulu dan lapiskannya menjadi sebiji kek.
  9. Alaskan permukaan kek dengan sekeping kertas doili dan ayak gula aising di atasnya, tanggalkan kertas doili, dan hiaskan dengan ceri.
  10. Hidangkan.

Semoga hasilnya menjadi seperti gambar di atas.
Cikgu Ajmal cakap kek bahulu ni manja sikit.
Bila salah wat sikiit jaa, terus xjadi.
Satu lg, semasa nk enjut kalau lenguh sangat blh guna mixer.
Semasa enjut juga mestilah di tempat yg kering dan banyak cahaya matahari.
Ok, selamat mencuba !


No comments:

Post a Comment