- Kawasan Mekah mempunyai graviti yang paling stabil.
- Tekanan gravitinya tinggi, di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
- Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan dari segala serangan penyakit.
- Graviti yang tinggi menyebabkan elektrik ion negatif yang berkumpul di situ adalah tinggi. Oleh itu, doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang masa serentak.
- Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh semangat untuk melakukan ibadah, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
- Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
- Teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
- Kaabah mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai bawah tanah yang banyak. Oleh sebab itu, jika bersembahnyang di Masjidil Haram sentiasa sejuk walaupun di tempat yang tiada bumbung.
- Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat segi tetapi satu tempat yang ajaib kerana berada di pemusatan graviti, tenaga, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
- Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif sehingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
- Pergerakan mengelilingi arah lawan jam memberikan tenaga hayat semula jadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut arah lawan jam. Allah telah menentukan hukumnya begitu.
- Peredaran darah atau apa saja yang ada di dalam badan manusia menikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambah tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
- Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
- Larangan memakai topi, songkok, atau penutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itulah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur dan cahaya yang baru.
- Selepas selesai semua itu barulah bercukur dan tahlul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia disebaliknya adalah untuk antena atau receptor dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik sahaja akan diterima oleh tubuh.
Islam adalah agama yang sangat benar .
Allah tahu apa yang terbaik untuk makhluknya .
Banyak lagi rahsia-rahsia yang tersembunyi di sebalik Islam .
Tapi banyak juga orang yang tak nak ambil tahu dan tak nak tahu langsung .
Betapa sombongnya manusia .
Kita mestilah ambil tahu lagi apa yang selalu diamalkan oleh Rasulullah .
Rasulullah tidak akan melakukan perkara yang tidak memberikan faedah kepada umat-umat Islam .
Oleh sebab itu, kita mesti menyayangi Rasulullah lebih daripada kita sayang kepada ibu bapa .

No comments:
Post a Comment