Pages

Monday, 14 February 2011

MAULIDUR RASUL

Sejarah Kelahiran Rasulullah S.A.W.
Rasulullah SAW dilahirkan di kota Mekah pada hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah, bersamaan dengan 20 April 570 Masihi. Baginda berketurunan Quraisy. Bapa baginda, Abdullah wafat ketika baginda berusia dua bulan dalam kandungan ibunya. Sewaktu kelahiran baginda, muncul bintang yang gemerlapan di ufuk timur menyinari seluruh Semenanjung Tanah Arab.

Semasa kecil, baginda diserahkan kepada Halimatus Saadiah untuk disusui dan tinggal bersamanya di desa. Baginda membantu ibu susuannya menggembala kambing ketika berusia empat tahun. Suatu hari, semasa baginda sedang bermain dengan anak-anak Halimatus Saadiah, baginda diambil oleh Malaikat Jibrail. Lalu, Malaikat Jibrail membelah dada baginda dan membersihakan hati baginda dengan air zam-zam.

Baginda diserahkan semula kepada ibunya setelah berusia lima tahun. Ketika berumur enam tahun, Aminah bersama Ummu Aiman telah membawa baginda ke Madinah menziarahi makam bapanya. Dalam perjalanan ke sana, ibunya wafat. Akhirnya, ibunya dikebumikan di Abwa'. Seterusnya, baginda dijaga oleh datuk baginda.

Abdul Mutalib memelihara Rasulullah dengan penuh kasih sayang hingga baginda berumur 8 tahun.
Baginda mendidik dengan akhlak-akhlak mahmudah.

Setelah kewafatan datuknya, baginda diserahkan pula kepada bapa saudaranya, Abu Talib. Abu Talib merupakan seorang pemimpin Quraisy yang disegani tetapi hidup susah dan mempunyai 10 orang anak. Rasulullah SAW menolong bapa saudaranya menggembala kambing. Ketika berusia 12 tahun, Abu Talib membawa baginda berniaga ke negeri Syam. Kehidupan Abu Talib lebih baik setelah kelahiran baginda.

Semasa remaja, baginda berkongsi perniagaan bersama pemuda Quraisy iaitu As-Saib bin Abi As-Saib. Ketika berusia 25 tahun, baginda menjalankan perniagaan Khadijah binti Khuwailidke Syam yang dibantu oleh seorang pekerja lelaki yang bernama Maisarah.
Perniagaan yang diuruskan oleh baginda mendapat keuntungan yang berlipat ganda.

Peristiwa Pelantikan Nabi SAW Sebagai Rasul
Ketika Nabi Muhammad SAW berusia 40 tahun, baginda berulang alik ke Gua Hira' mengasingkan diri daripada kaumnya yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat. Ketika berada di sana, baginda beribadat kepada Tuhan yang Esa. Baginda berfikir tentang kejadian alam, isi kandungannya, dan keadaan masyarakatnya yang penuh dengan kezaliman, kejahatan dan keruntuhan akhlak. Baginda berulang alik ke Gua Hira' selama enam bulan. Pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 Masihi, datanglah Malaikat Jibrail kepada Rasulullah SAW untuk menyampaikan wahyu pertama kepada baginda iaitu ayat 1-5 surah al-'Alaq. Sejak turunnya ayat tersebut maka mulalah tugas baginda sebagai nabi dan rasul. Beberapa hari kemudian, turun pula ayat 1-7 surah al-Muddassir yang memerintahkan baginda supaya menyampaikan ajaran Allah SWT kepada seluruh umat manusia.

Sifat-sifat Rasulullah
Sifat-sifat wajib:
Siddiq
Amanah
Tabligh
Fathonah 
Sifat-sifat mustahil:
Dusta
Khianat
Menyembunyikan
Bodoh 
Sifat-sifat harus:
Sifat-sifat yang memang ada pada manusia seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment