Pages

Tuesday 27 December 2016

Hati-Hati dengan Hati


Dulu,
Hati ini pernah terlintas akan sesuatu,
Pernah ia berkata TAK NAK pada takdir.
Lantaran tidak mahu menerima apa yang ditakdirkan.
Pernah ia berkata, KENAPA AKU?
Walaupun ia sedar bahawa Tuhan tidak akan menzaliminya.
Lalu ia berkata, AKU PENAT.
Dan ia menerima takdir tersebut dengan tawakkal sepenuhnya.
Sampai di satu saat, ia terucap,
IZINKAN AKU BEREHAT WALAUPUN SEKETIKA.
.
Dan kerana Tuhan selalu mendengar,
Hati itu kini sudah diberi ruang,
Walaupun hakikatnya ruang itu pahit dan perit.
Pahit itulah menjadi ubat pada roh hati itu.
Tuhan ingin mendidik hati itu,
Bahawa,
Ia perlu sentiasa bersedia menerima takdir,
Dan juga bahawa,
Tuhan tidak akan membebani hati itu apa yang ia tidak mampu,
.
Tahani Ahmad | 241216

No comments:

Post a Comment