Pages

Tuesday 13 December 2016

Cha Ya Nun Ta Alif

Kerana cinta,
aku belajar melepaskan segunung keinginan.
Kerana cinta,
aku semakin mengerti makna redha dengan takdir.
Kerana cinta,
aku semakin meminta kekuatan iman.

Dengan cinta,
aku semakin kuat dalam bersabar.
Dengan cinta,
aku belajar menerima dengan senyuman.
Dengan cinta,
aku yakin dengan kuasa sebuah doa.


Tanpa cinta,
aku pasti hilang dalam kegelapan.
Tanpa cinta,
dunialah yang mengisi segenap ruang di hati.
Tanpa cinta,
tiadalah sumbu untuk cahaya iman terus menyinar.

Demi cinta,
telah aku berjanji untuk kembali menegakkan kalimah suci.
Demi cinta,
aku belajar untuk berkorban.
Demi cinta,
aku mengerti untuk hidup berpenat

No comments:

Post a Comment