Pages

Tuesday 16 June 2015

Kahwin Awal, Fenomena yang Baik atau Tidak?

Apabila memasuk usia hampir dua dekad ni, dah ramai juga kawan-kawan saya yang mendirikan rumah tangga. Melihat gambar-gambar mereka di facebook, Instagram, Twitter dan social media yang lain. Dalam hati, hanya mampu menangis 'kegembiraan'. Sambil-sambil mendoakan agar mereka kekal bahagia :')

Saya pernah belajar di sekolah (menengah rendah) di mana semua pelajar adalah perempuan. Tipulah kalau tak bersembang dengan senah-senah dan mak jemah yang lain perihal kahwin ni. Walaupun kami sekolah agama, tak kurang juga dengan kawan-kawan saya yang couple. Berita kahwin awal yang saya dengar tentang kawan (batchmate) saya adalah ketika berumur 15 tahun.

Namun, tu hanya perbincangan tak matang. Semakin lama, saya sendiri semakin diberatkan dengan tanggungjawab belajar, sebab fikir masa depan. Menjadi 'senior' kepada adik-beradik, banyak kena fikir untuk masa depan keluarga. Walaupun ayah saya pensyarah, tapi kos sara hidup tak mampu juga ditampung oleh ayah sorang-sorang. Saya tak dapat lupakan jasa ibu saya apabila beliau ambil keputusan untuk bekerja dengan mengambil tender di sebuah kafe.

Di sekolah (menengah atas) pula, bab kahwin ni menjadi perbualan yang semakin hangat. Kalah goreng pisang. Para guru sering menceritakan alumni-alumni yang keluar dan berkahwin sesama alumni. Hehe.. Dan kadang-kadang menjadi bahan ejekan. Dan rupanya sudah beberapa orang batchmate dah pasang impian yang sama. Saya kagum dengan mereka. Membuat perancangan yang begitu awal ^^

Suatu hari, saya menghadiri walimah sepupu saya di Sungai Petani, Kedah. Ini walimah pertama yang saya hadiri di mana ia dimulakan dengan sedikit tazkirah. Tuan rumah tersebut memberi pesan kepada para hadirin bahawa, cabaran dunia perkahwinan sangat berat.

"Jika anak-anak tuan-puan belum bersedia, jangan benarkan mereka kahwin dahulu. Sebenarnya apabila masuk alam rumah tangga, tanggungjawabnya banyak sekali. Kami sudah hampir 30 tahun berkahwin. Sudah banyak asam garam perkahwinan yang kami dah makan. Pastikan mereka betul-betul bersedia dulu." antara kata-kata beliau yang saya mampu ingat. (Maksud yang lebih kurang begitu)

Saya bukan nak takutkan pada mereka-mereka yang sudah berumah tangga. Namun, saya berasa bertanggungjawab untuk memberi peringatan kepada kawan-kawan yang belum bersedia.

Saya sempat menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh LangitIlahi iaitu Seminar Sebelum Aku Bernikah di UIA, Gombak. Daripada seminar itu, saya mendapat pengajaran tentang perancangan kewangan, persediaan akhlak, ilmu dan sebagainya. Saya rasa beruntung bagi kaum wanita kerana tidak perlu mengeluarkan banyak duit, namun bagaimana pula dengan lelaki? Agak kasihan kepada mereka apabila harga mas kahwin juga meningkat mengikut tahap pendidikan yang dimiliki oleh calonnya.

Persediaan ini perlu diambil kira untuk kepentingan ummah akan datang. Jika ilmu belum cukup, maka apa yang nak diajar pada anak-II nanti? Jika perangai belum cukup matang, maka bagaimana hendak hidup dalam persefahaman? Saya teringat satu pesanan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman semasa di seminar itu, "Perkahwinan adalah untuk membina ummah". Jadi ummah yang bersedia akan lahir dari orang-orang yang bersedia. Jika berkahwin awal dirasakan memberi kebaikan untuk membina ummah, maka dipersilakan. Namun, jika ia hanya mampu membawa kerosakan, maka tangguhkanlah dahulu. Jangan dilupa bahawa hidup berumah tangga bukan untuk berseronok-seronok, tapi untuk membetulkan akhlak dan berdakwah pada pasangan dan ia dilakukan antara satu sama lain.



Namun, saya akui, umur bukanlah pengukur kematangan. Seseorang itu matang adalah dari segi bagaimana dia berfikir untuk dirinya sendiri dan untuk orang lain. Romeo dan Juliet dilihat sebagai matang walaupun mereka baru sahaja belasan tahun semasa mereka bercinta. Sultan Muhammad Al-Fateh juga dilihat sebagai orang yang matang apabila mampu menawan Kota Konstatinopel semasa berumur 21 tahun.

Pada pendapat saya, jangan biarkan 'zaman' yang 'sepatutnya' hilang begitu saja. Zaman di mana sepatutnya belajar, belajar. Zaman sepatutnya untuk berkahwin, kahwin. Namun, semasa zaman belajar, adalah lebih bagus belajar juga tentang perkahwinan. Atau kahwin sambil belajar, itu juga tidak salah. Terpulang pada keperluan masing-masing :)

No comments:

Post a Comment