Pages

Saturday 8 November 2014

Remaja dan Fitrah Berpasangan

Assalamualaikum :)

Bismillah.

Seronok tengok kawan-kawan ana sekarang. Ramai yang bahagia sebab masing-masing ada pasangan istimewa atau dalam erti kata lain mereka ni ber'couple' lah. Jap jap. Istilah bercouple ni meluas maksudnya. Orang berkahwin pun dikira bercouple. Orang yang bertunang pun dikira bercouple. Jadi couple yang dimaksudkan di sini bermaksud apa?

Maksud Couple .

Okay, istilah couple di sini telahpun diketahui umum membawa maksud hubungan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan pernikahan yang sah. Ulang suara, tanpa ikatan pernikahan yang sah.  Malangnya ramai yang masih belum mengerti tentang maksud 'tanpa ikatan perkahwinan yang sah' ni. Ramai yang masih anggap bahawa hubungan couple ni normal di sisi masyarakat. Hinggakan ada yang anggap berpasangan sebelum kahwin itu satu keperluan.

cc : Tumblr

Siapa yang sering dikaitkan dengan bercouple ?

Couple ni sinonim dengan remaja. Sebab bercouple tu salah satu cara remaja menunjukkan perubahan yang ada pada diri mereka setelah mencapai akil baligh. Ini adalah fitrah. Itu tandanya mereka normal dan mempunyai fitrah berpasangan. Fitrah ni perlu dirai. Tapi perlu dirai dengan wahyu bukan nafsu. Mana-II remaja memang tak dapat lari daripada suka pada si dia. Ya, itu memang fitrah. Allah SWT berfirman,

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

Remaja yang terjebak dengan couple ni kebanyakannya mengaku bahawa mereka bercouple atas dasar cinta. Cinta yang teramat pada kekasih hati. Berjanji sehidup semati. Tapi bagi ana mereka yang bercouple ni tak mencintai antara satu sama lain. Sebab jalan yang mereka ambil tidak diredhai Allah. Si lelaki dengan sengaja membawa si gadis ke nereka. Mereka sebenarnya menguruskan fitrah dengan nafsu. Mereka mengabaikan perintah Allah yang melarang supaya menjauhi zina. Mereka letakkan cinta pada Allah ke tepi. Jika dilihat kembali maksud couple yang ana sebut di atas sama saja dengan maksud berzina.

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


Sahabat,

Allah telah mengurniakan cinta kepada kita tujuan utamanya bukan untuk mencintai manusia. Cinta pertama perlu diserahkan pada Allah. Allah ialah Pemilik cinta. Jika sahabat semua sayang pada pasangan masing-II, jalan yang terbaik untuk bersama-sama si dia hanyalah berkahwin. Allah telah memberi jalan yang Dia redhai melalui perkahwinan. Pernah tak tengok sedara mara atau kawan-II yang dah kahwin? Perasan tak hubungan mereka lebih sweet dan bermakna. Sebab hubungan dah halal. Jadi apa-II pun nak buat, silakan. Allah tak murka, sahabat. Malah percintaan yang ikhlas dalam perkahwinan boleh raih redha Allah dan boleh bersama-sama hingga syurga.

Pernah suatu ketika dahulu, di Andalusia, kini dipanggil Sepanyol, seorang paderi bertanya pada seorang lelaki Muslim yang sedang menangis. Tanya paderi itu perihal lelaki tu menangis. Jawab lelaki tersebut, kerana kekasihnya telah meninggalkannya. Paderi tersebut berfikir bahawa inilah masa yang sesuai untuk jatuhkan Islam di Andalusia. Lelaki-II Muslim makin hilang aqidah. Dan akhirnya, berjayalah pihak Kristian merampas kerajaan Islam di Andalusia.

Titipan buatmu, sahabat!

Betapa tangan-II kuffar suka melihat umat Islam semakin goyah aqidah sebab couple. Cuba sahabat kembali muhasabah balik, apa sebenarnya tujuan hidup kita. Adakah kita diciptakan untuk menyerahkan cinta pada pasangan. Tak, sahabat! Kejar cinta Allah dulu, baru kejar cinta manusia.

Macam mana nak kejar cinta Allah?
Sahabat, ana percaya sahabat ada menyimpan surat cinta dariNya, al-Quran al-Karim. Cuba baca balik setiap bait kata yang Dia sampaikan. Saya yakin 100% sahabat akan merasai cinta dari Allah. Cinta Allah itu abadi hingga ke syurga.

-miss slave-

No comments:

Post a Comment