Pages

Monday 26 May 2014

Dilemma oh Dilemmas

Assalamualaikum :D

Alhamdulillah setinggi kesyukuran ke hadhrat Illahi atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Macam2 nikmat yang kita dapat.

Kalau nak dijadikan lautan sebagai tinta untuk menulis segala nikmatNya, memang tak cukup.

Nak bernafas pun tak kena bayar! Bayangkan betapa nikmat itu pun kadang-II kita lupa nak bersyukur.

Yang penting, bersyukur kerana masih dapat bernafas dengan nikmat keimanan yang sungguh manis! Hmm.. Macam madu ~

Kepada sahabat-II Ajmal yang dapat tawaran hebat-hebat, tak kira dari SK Seri Indra, SMKA (P), KISAS dan tak lupa sahabat-II PLKN Guar Chenderai... Mabruk 'alaikum!

Semoga dapat melakar kejayaan yang hebat-II di persada dunia.

Macam-II scholarship dah dapat. Ada yang dapat PETRONAS, KYS, JPA, JPA-MARA, MARA, Yayasan Negeri dan macam-II lagi.



Ajmal boleh kata korang ni memang hebat lah! Tapi jangan lupa ye, semua nikmat tu kita tak akan dapat tanpa sokongan dari orang-II yang penting dalam hidup kita iaitu mak ayah tercinta dan guru-II yang tak henti-II ajar kita.

Sehebat mana pun kejayaan korang, korang tak akan nampak hebat kalau lupa bahawa ramai orang telah menyokong kita dari belakang.

Terutama sekali, mak ayah dan guru-II yang dah banyak berkorban jiwa, masa, tenaga semuanyalah. Tanpa mereka, siapalah kita kan?!

Dan di sini, Ajmal juga ingin berkongsi bahawa Ajmal pun dapat tawaran.. JPA-Mara...

Alhamdulillah 'ala kulli haal!

Sorry kecik~ Korang blh zoomkan.
Ajmal tak tahu patut gembira atau bersedih dengan tawaran ini. Sebab perlu lepaskan cita-II Ajmal selama ini iaitu, NAK MASUK UIA! *Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer*

Alaa.. Senang je nak masuk UIA. Bawa kereta. Pergi PJ, cari Kampus CFS IIUM.. Then, masuk ikut pintu pagar. (Ok, ini lawak murah)... I mean menjadi student UIA laa.

Mungkin ada juga kawan-II yang keliru juga.. Dalam dilemma.. Decide nak pergi universiti, atau terima tawaran, right? Sebab ada yang dapat tak seiring dengan cita-II dan harapan keluarga.

Nasihat Ajmal, pertama minta petunjuk dari Pencipta kita dahulu kerana Dialah yang mengurniakan semua ni.

Tapi, buat istikharah jangan sekali je. Pastu, tunggu dapat petunjuk dalam mimpi. Tak! Tak!

Istikharah is, buat solat sunat dua rakaat dengan bersungguh-II untuk mintak petunjuk. Kalau tak dapat petunjuk dalam mimpi pun, tak apa.

Bila kita dah decide, dan kita rasa tenang dengan keputusan tu, maksudnya persoalan kita sudah terjawab.

Yang kedua, kalau tak tahu juga nak decide, ikut aje ape parents korang cakap.

Sebabnya, kalau kita cuba mendapatkan redha parents, in sya Allah kita akan dipermudahkan segala urusan.

Tak kiralah belajar or anything else..

In sya Allah, doa mereka seiring dengan usaha kalian!

Masalah yang melanda Ajmal sekarang ialah, "Mampukah aku survive kat negara orang?"

Mungkin ada jugak sahabat-II Ajmal yang fikir benda yang sama.

Well, Ajmal tak tahu nak describe macam mana life kat universiti, sebab Ajmal pun baru setakat graduate SPM.

Siapalah Ajmal untuk describe sesuatu yang Ajmal belum pernah rasa.

Tapi, itulah juga yang Ajmal rasa waktu first time mengembara dari Perlis ke Selangor untuk menuntut ilmu.

Bayangkan, dah lah tak pernah duduk asrama.

Bila dah jadi student KISAS, banyak juga benda yang susah bagi Ajmal nak terima.

Lecehnya kena bangun awal, berebut tandas, lambat sikit kena ambil nama, kena buat khidmat bakti, turun musollah dengar tazkirah.

Then, masuk kelas pulak, mengantuk, tak faham.. Kena ikut style cikgu ni ajar macam mana, cikgu tu ajar macam mana.

Subjek-II killer jarang lah nak dapat A, kelas pagi ada, petang pun ada. Kadang-II malam pun ada. *Selalunya kelas Syariah*

Semua tu.. Nampak macam susah nak survive mula-II..

Tapi Ajmal percaya, letakkanlah segala pergantungan pada Allah, in sya Allah semua tu tak ada masalah.

Tu baru kat KISAS. Kat universiti, tak tahulah pulak macam mana kan.

Apa-II pun, doa-II kan lah moga mendapat yang terbaik nanti ok!

P/S:
Apa-II pun yang kita belajar, niatkanlah untuk tegakkan agama Allah dahulu, agar kejayaan kita tu boleh menjadi saham akhirat kita, untuk lepaskan kita daripada azab akhirat kelak.
 XOXO
Kangar,
Perlis.

No comments:

Post a Comment