Pages

Friday 23 May 2014

Ujian.. Datangnya Tak Perlu Dijemput

"Aku rasa aku dah jatuh hati kat sesorang"

"Ya ka? Sapa?

"Hm.. Dia senior kita lah. *****"

"Ohh. Apasal kau minat dia? Aku ingatkan kau ni susah jatuh hati kat lelaki."

"Haha.. Memang la aku jenis macam tu. Tapi ***** tu baik sangat ngan aku. Dia pernah tolong aku. Time tu aku ada masalah. Tiba2 dia muncul dan tolong aku. Aku rasa dia tu macam sweet je. Dia tu pun hafal quran tau. So, memang ciri-ciri yang aku nak lah."

"Oh, maybe kau je yang perasan sangat. Dia sekadar tolong kau atas dasar kesian. Kau tahu tak sebenarnya yang hantar dia untuk bantu kau tu ialah Allah. So, sapa yang lagi sweet..? Dia ke Allah?"

"Oh.. Cam tu eh?"

"Astaghfirullah al-azim"




**********

Assalamualaikum! Setelah sekian lama blog ini menyepi, akhirnya ber'update' jugak. Hehe... Sekarang ni lagi bebas. I just got my own laptop~ So, in sya Allah.. Selalu hapdet..

Ok, cerita atas adalah cerita benar yang berlaku pada seorang hamba Allah. Kalau nak diceritakan bab cintan cintun ni.. Haish.. Remaja selalu tertipu. And sometimes Ajmal pun terkena jugak.

Perjalanan hidup seorang remaja akan bermula dari bangku sekolah menengah.. Tak kiralah SMK, SMKA, SMA, SAM, SMS, SMAP, Kolej, Kolej Melayu, Kolej Islam. Aik? Ok, abaikan..

Ok, Ajmal nak fokuskan pada dalil dari Surah Al-Ankabut, ayat 2, 29:2,

Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk mengatakan, "Kami beriman" dan mereka tidak akan diuji?
Dush! Sentap! Highlight di situ, DIUJI. Selalunya, kita fikir, diuji tu macam,

Baru je habis keluarkan duit dari ATM, tiba2 kena ragut, atau

Demam sampai dua minggu suhu tak turun2, atau

Tak dapat straight A dalam peperiksaan, dan sebagainya.

Tapi kadang2 kita tak sedar, kita diuji dengan nafsu kita sendiri.. Orang beriman, bukannya tak mahu hidup berpasangan.

Cuba cakap, siapa tak mahu lelaki soleh hensem berjanggut yang tak pernah tinggalkan qiamullail dan selalu ke masjid untuk tunaikan solat berjemaah dan selalu baca al-Quran dengan suara yang merdu dan selalu datang awal hari Jumaat untuk tunaikan solat sunat tahiyyatul masjid?

Siapa pula tak nak perempuan cute yang pakai tudung labuh bidang 60 pakai jubah atau baju muslimah dan selalu berpuasa sunat Isnin dan Khamis dan tak pernah tinggalkan bacaan al-Quran walaupun sehari dan tak pernah tinggal solat sunat dhuha, solat sunat hajat dan solat sunat istikharah?

In other words, yang perfect!

Tapi bila orang2 yang macam ni hadir dalam hidup kita, sedarlah bahawa iman kita sedang diuji. Ramai yang tak sedar bahawa dalam situasi tersebut Allah sedang menguji iman kita.

Allah nak tengok, adakah hambaNya ini iaitu kita mampu mengingatiNya setelah nafsunya mendapat hadiah?

Allah nak tengok, adakah kita akan kembali padaNya dan bertaubat setelah kita leka dengan dunia?

Allah nak uji, adakah kita akan berusaha untuk menjauhi segala maksiat setelah kita bergelumang dengan dosa?

Dunia ni dihiaskan indah untuk kita. Tapi, ingatlah, dunia ini tak kekal!

Cantiknya dunia ini, cantik lagi syurga Allah.
Manisnya perempuan2 di dunia, manis lagi bidadari di syurga.
Cantiknya rumah2 banglo di dunia, cantik lagi istana di syurga.
Nikmatnya arak di dunia ini, nikmat lagi sungai2 di syurga.

Diperhiaskan bagi manusia kesukaan kepada barang yang diingini, (yaitu) dari hal perempuan dan anak laki-­laki, dan berpikul-pikul emas dan perak, dan kuda kenderaan yang diasuh, dan binatang-binatang ternak dan sawah-ladang. Yang demikian itulah perhiasan hidup di dunia. Namun di sisi Allah ada (lagi) sebaik tempat kembali.
Akhir kalam, biarlah gambar berbicara~

XOXO

No comments:

Post a Comment