Pages

Thursday 27 March 2014

Hidup Mulia, Mati Syahid.

Assalamualaikum dan hi !

Ucapan takziah buat keluarga dan rakan-rakan penumpang pesawat MH370. Sekarang ni dah macam-II isu yang kita dengar tentang MH370. Baik ada, buruk pun ada. Ada yang tak puas hati dengan ASTRO AWANI la sebab menyampaikan berita yang terlalu eksklusif, macam dialah tempat pertama untuk mencari info tentang MH370. Ajmal bukan nak komen apa-II pasal siaran di ASTRO AWANI. Ajmal pun bukan up-to-date sangat dengan tragedi MH370. Ajmal lebih suka memerhati dan analisis, tak perlu taksub dengan berita-II baru yang kadang-II bukan nye betul sangat.

Tak kisah la apa-II pun yang berlaku, kita perlu cari hikmah di sebalik kejadian ni. Tiap-II ujian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin ini ujian Allah buat negara kita untuk merasai keperitan ujian di Timur Tengah. Anggaplah kita ni sama taraf sekarang.

Cuba fikir betul-II, kapal terbang yang kita rasa besar sangat kalau kita berdiri sebelah dia, tu pun boleh hilang. Sebab kekuasaan Allah tu lagi hebat dan besar. Subhanallah! Kapal terbang tu besar manalah sangat nak banding dengan kekuasaan Allah. So, kat sini sebenarnya Allah nak bagi peringatan kat kita, walau hebat mana pun kita kat dunia ni, kita ni kecil ja di hadapan Allah. Walau hebat dan canggih mana pun kenderaan, tak akan dapat mengatasi kekuasaan Allah.

Lagi pun, isu Mesir perlu kita lebih prihatin berbanding dengan isu MH370. Saudara-II seislam seramai 528 yang menjadi pengikut Ikhwanul Muslimin termasuk pemimpinnya, Prof Dr Mohamad Badi' dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Nama peguam bela kes perbicaraan ini pun tersenarai tertuduh dan dijatuhkan hukuman mati yang sama. Beratnya ujian ini kepada hambaNya, tapi yang Ajmal kagum, mereka tak takut langsung! Tengok lah wajah mereka. Sebenarnya mereka yakin bahawa mereka akan dimatikan di dunia untuk dihidupkan di sisi Allah.




Yang penting ialah tembakan doa dari saudara-II seIslam dari seluruh dunia. Sebab doalah senjata kita sebagai mukmin. Kebenaran tetap akan menang kalau kita sentiasa bersabar. As a student yang masih hidup di negara yang aman, jihad menuntut ilmu ialah jihad kita untuk menyokong Islam. Selagi Islam belum menang, selagi itulah perjuangan kita belum selesai.

#PrayforEgypt
#PrayforMH370

P/S:
Masih berbolak-balik untuk decide my further study. Pray the best for me.

3 comments:

  1. tulah selalu alpa dgn dunia kita sampai lupa sedara kita kat luar sana TT^TT
    always pray for them..
    btw utk case MH370 I wish semua org selamat.. aamiin.. hati still mengatakan semuanya selamat.. aamiin...

    ReplyDelete
  2. hmmm further study,,, dah ada minat,, tapi x tahu lgi rezeki ke arah mana :)

    ReplyDelete