Assalamualaikum, dan hi!
Maybe dah lama tak post kat blog ni. Yaa.. Agak menyepi setelah 2 bulan 18 hari bergelar wirawati negara. Nak diceritakan pengalaman jadi wirawati, sampai esok pun tak habis. Overall apa yang Ajmal boleh cakap, best la. Banyak kenangan yang telah dicipta. Pahit, manis, masam, masin. Semua ada. Payau? Mungkin ada kot.
Bagi Ajmal, agak rugi sesiapa yang tak dapat PLKN. Bukan Ajmal nak lekehkan korang yang tak dapat, tapi PLKN ni bagi macam-II kat korang. Walaupun kadang-II ada benda yang kita tak suka, itulah cabaran yang perlu kita hadapi. Kalau korang tak belajar sekarang, macam mana nak hadapinya nanti. Contohnya macam naik flying fox atau berenang atau menembak dan macam-II lagi. Dan juga nak berhadapan dengan non-muslim. Kat sinilah kita belajar macam mana nak hadapi real life nanti kat luar terutama untuk budak sekolah agama.
Sebagai seorang muslim, tanggungjawab dakwah juga tak boleh dilupakan. Kat PLKN, macam-II race ada. Ajmal pun first time berkawan dengan sep-II Cina, India dan Siam. Macam-II ragam ada. Ajmal pun ada jugak ajak diorang pergi surau dengar ceramah. Walaupun diorang bukan nak fokus dengar ceramah sangat, at least tunjukkan keindahan Islam. Diorang pun ada jugak yang berminat dengan Islam. Macam one of my Chinese friend selalu cakap dia suka Islam sebab dia rasa suci. Dia teringin sangat nak pergi Kota Makkah. Walaupun tak dapat tarik sorang masuk Islam, at least usaha dakwah tu ada. Dan Ajmal pun kadang-II ada jugak tanya pasal agama diorang. Banyak benda yang Ajmal baru tahu. Kalau tak ambil kesempatan untuk tahu serba sikit agama Buddha dan Hindu kat PLKN, nanti tak laa terkejut sangat bila nak berhadapan dengan masyarakat. Terutama bagi budak sekolah agama.
Then, 18 Mac 2014, Ajmal tamat latihan di Kem PLKN Guar Chenderai, Padang Besar. Hari tu hari bye bye semua orang.
Ok, stop jap pasal PLKN. Dua hari lepas keluar PLKN, 20 Mac 2014, semua orang pakat sediakan tisu. Hari ambil result SPM 2013. Ajmal memang teruji dengan result Ajmal sendiri. Ajmal dapat 10A 1B. Alhamdulillah. Tapi, bila kita tak dapat apa yang kita citakan, rasa agak kecewa mula-II. Ajmal target 100% dapat 11A. Eventhough dah usaha, doa, dan tawakal nak straight A, tapi tak dapat jugak. Masa tu baru Ajmal rasa Allah tengah berbicara dengan Ajmal. Allah nak ajar supaya kita dapat redha dengan segala nikmat yang Dia dah bagi. Mungkin Allah rindu nak dengar lebih banyak doa dari hambanya. Dari result Ajmal sendiri, Ajmal belajar untuk MENERIMA DENGAN HATI YANG IKHLAS.
So, kepada kawan-II yang rasa tak puas hati dengan result masing-II, jangan rasa down tahap gaban. SPM ni bukan segala-II-nya. Rezeki Allah tu sangat luas... Maybe kadang-II kita hanya rasa Allah tu ada waktu SPM jaa... So, Allah nak ajar, yang Allah bukan ada untuk SPM ja. Kadang-II yang cemerlang dalam SPM tu tak cemerlang pun nanti kat universiti. Dan yang tak cemerlang masa SPM yang lebih menonjol kat universiti. Tapi, yang pasti, kita kena pastikan kita dapat kejayaan yang sebenar iaitu keredhaan dan syurga Allah. Moga kita dapat menjadi graduan syurga yang lebih abadi. Kejayaan masuk syurga adalah kejayaan yang sebenar. Kejayaan di dunia hanyalah sementara. Sebab dunia ini yang sementara.
Apa-II pun tahniah kepada 4 orang student KISAS yang dapat straight A+, Muhammad Fitri, Justin Aizad, Nurul Musfirah Mei dan Nur Aqilah dan juga 100 orang straight A. Semoga Islam dapat dijulang dengan lebih tinggi dengan kejayaan kalian.
Alhamdulillah 'ala kulli haal.
XOXO

No comments:
Post a Comment