Pages

Thursday, 2 January 2014

Couple Tetap Haram.

Assalamualaikum :)

Hi, lama tak post kat blog ni. Jap, nak sapu2 sawang2 dulu. Ok, done! Selamat menyambut tahun baru masihi 2014. Ok, Ajmal dah 18 tahun, jadi masa untuk bersedia menjejakkan kaki ke dunia universiti. Because, Ajmal tak minta mana2 matrik dan tak nak jadi stayer di KISAS.

As a girl, Ajmal tahu korang semua mesti rasa sunyi tanpa kawan-II kat sini, tambah-II kawan lelaki. Memang kita ni diciptakan berpasang-pasangan, kan? Kadang-II kawan lelaki kita tu kita nak sangat rapat ngan dia. Tanpa kita sedari, kita suka kat dia. Tak apa. Suka tu memang fitrah. Cuma, kena ingat, fitrah kalau tak diuruskan dengan wahyu akan bertukar jadi fitnah.

Sebenarnya dalam Islam, Allah dah arahkan supaya kita menjaga pergaulan sesama lelaki dan perempuan. Kawan-II, Allah bukan saja-II bagi arahan ni tau. Mesti ada hikmahnya. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. So, as a slave of The Almighty, kita kena menjaga dalam setiap pergaulan! Jaga apa? Jaga suara, kata, jaga tingkah laku, cara bercakap, and so on.

"Love you, sayang"

"I rindu nak dengar suara you"

"Kuharap esok masih ada lagi untuk kuukirkan cinta kita" (Maaf kalau terasa geli)


Ajmal tahu, couple tu memang best. Sapa kata tak best. Setiap hari mesti call si dia. Sehari kalau tak tengok gambar dia memang tak sah. Kalau nak tunjuk rasa rindu, buat missed call. Tu cara nak cakap "I miss you", kan? Kadang-II rasa nak mati kalau dia tak contact semalam.

Kawan-II, sebelum kita mencintai lelaki yang BELUM tentu menjadi suami kita, jom kita cintai lelaki yang dulu, kini dan selamanya menyayangi kita terutamanya muslimah. Lelaki tu namanya Muhammad s.a.w. Cantikkan nama ni? Akhlaknya pun cantik tau. Muhammad s.a.w., kalau kawan-II nak tahu, sampai akhirat pun baginda sentiasa menyayangi kita. Umatnya!

Ingat lagi tak, kisah apabila baginda dicabut nyawa oleh malaikat, baginda masih risaukan kita, umatnya! Ummati, ummati, ummati, meniti di bibir baginda. Bukan "usrati" atau "sahabi". Baginda risau sangat kalau kita tak dapat bersama-sama baginda di syurga.

So, Ajmal nak tanya, boleh ke korang punya pasangan buat macam ni? Bila dia mati, ada dia ingat korang masa tu? Kalau dia sayang sangat-II kat korang, dah lama dia ajak kahwin. Sebab, tak kan nak masuk neraka sama-II. Mesti nak masuk syurga sama-II kan... Barulah sweet.

Dalam Al-Quran, Allah ada berfirman, jangan DEKATI zina. Persoalannya, couple tu zina ke?

"Kami tak pegang-pegang pun. Cuma mesej and call je"

"Kami couple Islamik. Tiap-II pagi call untuk tahajjud. Kami selalu pesan-pesan dengan ayat Al-Quran. Bila keluar sama-sama, kami duduk jarak-II"

Dalam Islam, tak ada istilah couple islamik ok. Ya, memang semasa bercouple tu, semua benda jaga la. Tak mesej dan call untuk benda-II yang lagha, selalu bagi dalil la, dan macam-II lagi. Adoii! kawan-II, syaitan tu ada kat mana-II saja. Dia boleh cuuck-II dalam hati tu sedikit rasa nak buat maksiat. Dan kita, sepatutnya jangan bagi peluang langsung kepada syaitan untuk menggoda kita. Dia tak akan berputus asa sehingga kita ni rosak tau. Itulah janji dia hingga akhirat.

Ok, korang memang tak berzina. Sebenarnya, zina pun ada banyak cara tau. Bukan setakat cium-II dan peluk-II. Couple tu salah satu laluan zina. Ingat tak, Allah kata jangan dekati! So, jalan-II yang membawa ke lembah zina, wajib dijauhi.

Couple mouple ni selalunya terhasil atas rasa cinta, kan? Ya, cinta tu memang fitrah manusia. Semua orang ada rasa cinta masing-masing. Sanggup korban jiwa raga kot, semuanya sebab cinta. Jadi apa kata, kita cinta dulu kepada Pencipta cinta... Kalau kita cinta Pencipta dulu, semua makhluk akan sayangi kita. Tapi kalau kita cintakan makhluk, belum tentu kita mendapat cinta Allah. Nak syurga tak? Tanya iman anda.


Sebenarnya Ajmal tak pandai menaip panjang-II sangat, sebab makin banyak beri nasihat, orang yang bercakap makin banyak tanggungjawab. Ajmal harap kawan-II semua, tapuk dada tanya iman. Sebab rasa cinta yang Allah kurniakan ini, adalah untuk menyintai kembali sang Pencipta dan bukan untuk menyintai pasangan yang belum halal. Tapi, ramai yang tak sedar hingga membawa mereka ke lembah yang membinasakan. Apa yang penting, syukur!

XOXO

P/S:
Ajmal ucapkan tahniah kepada sepupu Ajmal, Ulwan Mokhtar, yang berjaya menjadi Kolumnis Junior Langitilahi setelah melepasi saringan untuk menjadi Kolumnis Langitilahi. Ok, jom menjadi hamba!

1 comment:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete