Pages

Friday, 8 July 2011

Cabaran = Dugaan

Assalamualaikum, lama tak cerita khabar Ajmal. Actually Ajmal bukannya penulis blog yang hebat. Kadang-kadang tu tak dak idea nak buat entry. Tapi kali ini, Ajmal nak cerita sikit pasal cabaran = dugaan.

Wahaha, actually Ajmal tengah pening + takut + risau + macam2 benda yang tak kena. Tinggal beberapa hari lagi nih. Nak tau tak apa.? Tak dak la penting sangat. Tapi bagi Ajmal ianya antara hidup dan mati! Ahad depan Ajmal akan masuk Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Peringkat Kebangsaan..Hiwar pulak tu.*Hiwar = dialog dalam Bahasa Arab*

Untuk Hiwar peringkat negeri, just hafal ja. Tapi bila masuk untuk kebangsaan, Hiwar ni kena buat secara spontan! Dah la tajuk Hiwar kena spot sendiri. Adoyai. Ihtifal ni akan diadakan di SMK Agama Kedah. Nanti pergi sana pulak, lima hari tau! Fuh, "syok" ponteng sekolah. Isnin sampai Khamis tak masuk kelas. Ustazah-ustazah faham yang Ajmal ni PMR candidates, tapi Ajmal rasa Ajmal ada tanggungjawab untuk mengharumkan nama sekolah. Lagipun, Ajmal rasa penyertaan Ajmal ni akan meng"improve" Bahasa Arab Ajmal. Ustazah Ajmal pesan suruh bawa handphone, nanti boleh tanya homework. Tapi adakah Ajmal boleh buat sedangkan Ajmal tak bawa buku! 

Masa pertandingan nanti Hiwar ni ada dua pusingan. Pusingan pertama ialah Hiwar yang Ajmal hafal dan pusingan kedua la Hiwar yang spontan. Bila teringat ja pasal benda ni, fikiran Ajmal akan mula berserabut! Nanti bila dah dapat tajuk, hakim akan beri masa lima minit untuk cari isi dan persembahkannya lima minit. Ajmal berharap pada waktu itu, Allah sentiasa bersama Ajmal. Doakan Ajmal berjaya tau!


No comments:

Post a Comment