Pages

Sunday 6 December 2015

Jadilah Seperti Katak Itu

Setelah penat menaip assignment di meja belajar, Dhiya merenggang-renggangkan jari-jarinya. Kaca matanya dibuka lalu dia bersandar pada kerusi setelah penat menaip semua tugasan.


Sambil merehatkan diri, dia terpandang pada gambar dia dan rakan-rakannya sewaktu di sekolah dahulu. Gambar itu dibingkaikan dan diletakkan di sudut mejanya.

Seketika, dia terimbas waktu-waktu dia bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya di sebuah sekolah agama yang terletak di ceruk Kampung Jawa, Klang. Antara saat-saat yang paling diingatinya adalah sewaktu guru-gurunya memberikan pesanan kepadanya dan rakan-rakan. Dia masih ingat sewaktu di sekolah dulu, cikgu menceritakan pada Dhiya perihal seekor katak dalam sebuah perlumbaan untuk memanjat bukit.

IMBAS KEMBALI

Sudah menjadi rutin setiap pagi, para pelajar diwajibkan untuk berkumpul di Dewan Terbuka yang digelar sebagai Centre of Excellence untuk membaca al-Ma'thurat secara berjemaah. Setelah itu, mereka akan mendengar sepatah dua kata daripada guru-guru atau wakil pelajar sebagai pembakar semangat pada waktu pagi.

Seorang guru memulakan ceritanya setelah dijemput oleh pelajar untuk memberikan ucapan.

"Pada suatu hari, ada sekumpulan katak yang ingin membuat perlumbaan untuk memanjat bukit. Beberapa ekor katak  telah menyertainya termasuklah seekor katak yang cacat sebelah kaki."

"Tak mungkin dia menang. Kakinya tu cacat"

"Bersedialah untuk kalah"

"Sebelum kau kalah, lebih baik kau tarik diri," kata sahabat katak yang cacat itu padanya.

"Katak yang cacat itu tidak mempedulikan kata-kata itu. Lalu perlumbaan pun bermula."

"Semasa katak itu melompat, ia masih menerima cercaan. Tiada seekor pun antara katak tersebut yang menyokongnya sama sekali."

"Walau bagaimanapun, katak yang cacat itu tidak terusik sama sekali dengan cercaan itu. Ia melompat dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, katak itu memenangi pertandingan tersebut."

Cikgu tersebut melihat Dhiya dan kawan-kawan sambil tersenyum kerana riak muka mereka sangat penasaran.

"Cam mana katak tu boleh menang, cikgu?" tanya salah seorang dari rakan-rakan Dhiya/

"Sebenarnya, katak tu bukan saja cacat kakinya sebelah, tapi juga cacat pendengaran" terang gurunya

"Kufkufkuf!" mereka semua tertawa.

"Bunyi memang lawak. Tapi pengajarannya, kamu semua kena jadi seperti katak yang cacat itu. Apabila ada orang yang tidak percaya dengan kebolehan kamu, jangan percaya pada kata-kata mereka tapi percaya pada diri kamu sendiri. Jika tak berjaya dengan cara biasa, gunakan cara yang luar biasa.

"Seperti pesan Luqman al-Hakim kepada anaknya bahawa apa-apa yang kita lakukan sentiasa ada manusia yang tidak menyetujuinya. Jangan ambil cercaan orang sebagai turning point"

Dhiya dan sahabat-sahabatnya menghadam kata-kata itu. Sangat mendalam

"Walau bagaimanapun, kamu semua jangan terlampau mengabaikan komen manusia, kerana penuhi komen itu kadang-kadang membina diri kita sendiri. Jadikan expectation manusia itu sebagai benchmark untuk diri sendiri. Mungkin cercaan orang itu adalah kerana kamu betul-betul salah!"

"Tapi cikgu, penuhi expectation manusia itu memenatkan. Lebih baik penuhi expectation Allah," balas Dhiya.

"Betul, kita tak boleh penuhi semua expectation manusia. Penuhi expectation Allah itu lebih penting. Tetapi tanpa tindakan memenuhi expectation manusia juga, tidak mungkin Sultan Muhammad al-Fateh mampu menakluk Konstatinopel"

"Gulp," Dhiya dan sahabat-sahabatnya terdiam dan tersentap.



2 comments: