Assalamualaikum :)
Maybe ini post yang terakhir. Huh, rasa lain macam sebab kali ni Ajmal balik naik flight. Berlagak macam nak pergi oversea, tapi over the river je. Klang River. Ni sebenarnya kali pertama Ajmal naik flight sejak tahun 1999. Jakun tak? Okay, stop here. Ajmal cuma nak tulis tentang novel yang Ajmal beli sejak Ujian Julai tapi baru habis baca semalam. That's me. Ajmal baca novel tak mungkin habis seminggu. Sedangkan Harry Potter yang dibaca dulu nak habis dua bulan.
Maybe ini post yang terakhir. Huh, rasa lain macam sebab kali ni Ajmal balik naik flight. Berlagak macam nak pergi oversea, tapi over the river je. Klang River. Ni sebenarnya kali pertama Ajmal naik flight sejak tahun 1999. Jakun tak? Okay, stop here. Ajmal cuma nak tulis tentang novel yang Ajmal beli sejak Ujian Julai tapi baru habis baca semalam. That's me. Ajmal baca novel tak mungkin habis seminggu. Sedangkan Harry Potter yang dibaca dulu nak habis dua bulan.
![]() |
Sumber gambar |
Novel yang penuh dengan nasihat ini ditulis oleh pasangan sweet, Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Ajmal suka cara novel ini ditulis. Bagi Ajmal, corak novel ni ditulis ala-ala buku 'Apa Erti Saya Menganut Agama Islam' oleh Fathi Yakan. Ia membincangkan bagaimana kita (sebagai wanita atau lelaki) hendak bermujahadah sebelum berkahwin untuk mendapatkan cinta yang high class. Tapi, penulis menukilkan dengan menggunakan watak iaitu Dr. Muslih dan Qani'ah Syumaila.
Novel ni bukan macam novel cinta islamic yang biasa ditulis. Ia menggabungkan dua kisah berbeza dalam bertemu jodoh. Masing-masing bermujahadah. Dalam masa yang sama, ia juga menyentuh realiti yang berlaku dalam masyarakat sekarang. Di samping realiti itu, diselitkan juga nasihat, motivasi dan jalan yang diredhai untuk mengatasi masalah tersebut. Walaupun Ajmal rasa lambat lagi untuk bertemu jodoh, tapi Ajmal rasa novel ni sesuai untuk dibaca oleh sahabat-II yang sebaya Ajmal. Sebab apa yang disentuh oleh penulis sebenarnya sedang berleluasa dalam sahabat-II seusia Ajmal iaitu couple.
TENTANG COUPLE
**********
Mungkin ada yang rasa couple itu satu keperluan. Sahabat, itu hanya penipuan Barat. Bagi Ajmal lebih baik bercinta dengan Allah dan RasulNya dahulu. Itu yang lebih penting. Bercouple hanya menambahkan dosa, menggelapkan hati dan mengurangkan keberkatan hidup. Kalau dah rasa nikmat cinta sebelum kahwin, ianya takkan terasa selepas kahwin. Masa-II muda ini lebih manis jika diluangkan untuk bercinta denganNya, RasulNya dan ilmuNya. Masa muda akan lebih manis jika ditambah dengan mujahadah melawan nafsu. Kita perlu yakin bahawa Allah memelihara kita untuk insan terpelihara.
Mungkin ada yang bercouple untuk hilangkan stress. Hakikatnya, couple bukan ubat stress. Segala kekuatan itu datangnya dari Allah, bukan manusia. Ubat yang paling berkesan ialah dengan mengasingkan diri daripada manusia dan meluangkan masa bersama Allah. Itulah ketenangan yang hakiki. Hidup dengan hubungan couple hanya membuatkan diri bergelumang dengan dosa. Allah menjamin dalam kalamNya bahawa hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Kita juga boleh mencari kekuatan di dalam ayat2Nya yang berhikmah. In sya Allah, Allah akan tunjukkan jalan yang lurus.
Ajmal mengambil iktibar daripada penulis yang mengatakan bahawa, orang yang 'berpuasa' juga perlu menahan sebelum 'berbuka'. Apabila mempunyai hubungan couple ibarat kita berbuka puasa. Yang menikmati ialah nafsu tapi roh tidak. Couple hanya menyebabkan roh tidak dapat makan. Ianya melalaikan daripada mengingati Allah.
Ajmal tak sehebat penulis buku di atas yang sangat mencintai dakwah. Tapi hanya ini perkongsian yang Ajmal boleh nukilkan untuk sahabat-II. Setiap umat Islam itu mempunyai tanggungjawab dakwah. Ajmal nak sangat sahabat-II Ajmal, kita bersama-sama bermujahadah mulai sekarang, bersama-sama tingkatkan ilmu pengetahuan.
No comments:
Post a Comment