Assalamualaikum :)
Pagi-pagi hari dah post. Ajmal tengah buat presentation tadi. Untuk subjek Pendidikan Syariah Islamiah, tajuknya Konsep Dosa dan Pahala. Cari-cari kat internet beberapa dalil, dan akhirnya terjumpa artikel yang menarik untuk dibaca. So, Ajmal pun decide untuk share kat sini.
Dalam hadith itu, ada tiga prinsip yang ditunjukkan oleh beliau apabila mendorong orang yang supaya bertaubat.
1) Beri respon dengan membacakan ayat dari al-Quran, bukan ayat yang direka-reka sendiri. Ayat Quran itu pula ayat yang menunjukkan mudahnya cara membersihkan dosa.
Dalam peristiwa itu Umar al-Khattab telah bercakap kepada remaja itu menggunakan kata-katanya sendiri. Akibatnya remaja itu telah pergi dari situ.
2) Terangkan secara umum sahaja bagaimana proses membersihkan diri daripada dosa, tidak perlu diterangkan secara terperinci.
Sebagai contoh, Nabi Muhammad tidak menerangkan kepada remaja itu apa yang dimaksudkan dalam 'sembahyang pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam' ataupun contoh-contoh 'perbuatan baik' yang dapat menghapuskan dosa. Beliau membiarkan remaja itu memikirkannya sendiri.
3) Cara bertaubat yang diterangkan itu adalah cara yang disebutkan dalam al-Quran, bukan yang kita cipta.
Dalam peristiwa di atas Nabi Muhammad tidak mengarahkan pemuda itu supaya pergi meminta ampun kepada ibu bapa perempuan yang dicumbuinya itu dan mengakui bahawa dia telah mencumbui anak perempuan mereka. Beliau juga tidak menyuruh pemuda itu supaya menikahi perempuan itu kerana dia sudah merosakkan kesuciannya dengan mencumbuinya.
Sumber : Analisis Hadith Psikologi

**********
Pada suatu hari, ada seorang remaja datang berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan tuan, maka hukumlah saya sebagaimana yang tuan mahukan.” Saidina Umar memarahi remaja itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata Saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian pemuda itu pergi dari situ. Nabi Muhammad segera menyuruh orang memanggilnya supaya datang semula. Kemudian beliau membacakan kepada remaja itu ayat ini: “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang sahaja, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?” Nabi Muhammad menjawab, “Untuk semua orang.” - Hadith ini direkodkan oleh Abu Daud.
Dalam hadith itu, ada tiga prinsip yang ditunjukkan oleh beliau apabila mendorong orang yang supaya bertaubat.
1) Beri respon dengan membacakan ayat dari al-Quran, bukan ayat yang direka-reka sendiri. Ayat Quran itu pula ayat yang menunjukkan mudahnya cara membersihkan dosa.
Dalam peristiwa itu Umar al-Khattab telah bercakap kepada remaja itu menggunakan kata-katanya sendiri. Akibatnya remaja itu telah pergi dari situ.
2) Terangkan secara umum sahaja bagaimana proses membersihkan diri daripada dosa, tidak perlu diterangkan secara terperinci.
Sebagai contoh, Nabi Muhammad tidak menerangkan kepada remaja itu apa yang dimaksudkan dalam 'sembahyang pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam' ataupun contoh-contoh 'perbuatan baik' yang dapat menghapuskan dosa. Beliau membiarkan remaja itu memikirkannya sendiri.
3) Cara bertaubat yang diterangkan itu adalah cara yang disebutkan dalam al-Quran, bukan yang kita cipta.
Dalam peristiwa di atas Nabi Muhammad tidak mengarahkan pemuda itu supaya pergi meminta ampun kepada ibu bapa perempuan yang dicumbuinya itu dan mengakui bahawa dia telah mencumbui anak perempuan mereka. Beliau juga tidak menyuruh pemuda itu supaya menikahi perempuan itu kerana dia sudah merosakkan kesuciannya dengan mencumbuinya.
Sumber : Analisis Hadith Psikologi
**********
Rasul kita adalah Rasul yang terbaik yang diutuskan untuk umat manusia. Dan umat baginda adalah umat terbaik yang pernah dikeluarkan untuk manusia. Baginda sangat mengambil berat perasaan sesiapa sahaja yang datang berjumpa baginda terutama bagi golongan remaja yang perasaan tak stabil setiap masa macam kita.
Hadis ni sangat sesuai untuk digunakan pada zaman yang penuh dengan pancaroba seperti sekarang. Remaja sekarang ramai yang terlalu mengikut hawa nafsu hingga tak kisah lagi tentang akhlak dan hubungan dengan Allah. Tapi kita beruntung sebab kita ada Rasul yang selalu memberikan solusi kepada masalah-masalah umatnya dengan cara yang mudah. Ajmal sendiri pun masih dalam pembaikian akhlak sendiri. Kita ni tak akan pernah sempurna sebab hawa nafsu selalu memberontak sampai roh tak boleh lawan. Kita tak boleh menghapuskan dosa 100% tapi kita hanya boleh mengurangkan dosa.
Gunakan kesempatan sebelum kesempitan #Muhasabah cuti
No comments:
Post a Comment