Assalamualaikum :)
Apa yang kita tahu tentang iman? Iman... Iman ialah membenarkan dalam hati, membuktikan dengan amalan dan mengaku dengan kata. Maybe ayat ni confuse sikit. Tapi, semua orang ada iman. Semua orang pasti ada kepercayaan. Bagi seorang ateis pun, dia orang juga ada kepercayaan walaupun sedikit iaitu kepercayaan kepada manusia. Kerana manusia ini dicipta memang untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
Jom kita baca cerita di bawah. Semoga kita dapat mengambil pengajaran.
**********Sepanjang perjalanan imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… Syarikat bas ni dah kaya… Setakat 20 sen ni… Nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.
Apabila tiba di hadapan masjid, imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata imam kepada pemandu bas.
“Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”
Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah iman dengan 20 sen!!!
**********
Pebuatan kita sering dinilai oleh orang-orang kafir. Bagi kafir harbi, mereka menunggu saat-saat kita leka supaya kita jatuh. Tapi, bagi yang sedang mencari kebenaran, mereka perhatikan kita untuk mendapatkan kepastian. Setiap apa yang kita lakukan, fikirlah apa yang kita boleh buat untuk berdakwah. Kerana dakwah bukan saja boleh dilaksanakan dengan perkataan, tapi dengan perbuatan. Sesungguhnya pada diri Rasulullah S.A.W. itu terdapat contoh teladan yang baik.
P/S : Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.
No comments:
Post a Comment