Pages

Thursday, 24 November 2011

Sembahyang dalam Air

Assalamualaikum :)

Pernah dengar tak tentang orang solat dalam air? Hehe, memang bunyinya agak pelik tapi sebagai umat Islam, solat itu wajib didirikan.

Gambar di bawah menunjukkan seorang pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi. Setiap hari dia perlu bekerja selama 4-5 jam sehari. Oleh itu, apabila masuk sahaja waktu solat, dia akan terus mendirikan solat dengan berpakaian selam di dasar laut.  Kalau nak ke permukaan untuk tukar baju dan sebagainya mungkin tak sempat. Jadi, teruskan sahaja solat di dalam air.




Ajmal pun tak pernah dengar tentang solat di bawah air ni. Tapi, kita memang dah tahu kalau tinggalkan solat, nerakalah balasannya. Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika solat tidak didirikan, maka runtuhlah agama. Kerana solat membezakan Islam dan bukan Islam. Oleh itu kawan-kawan, sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan!

No comments:

Post a Comment