Pages

Saturday, 22 October 2011

Syirik, Ramai yang Tidak Sedar...


Assalamualaikum :)
Tahukah kawan-kawan bahawa pada tahun 1993, mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram. Ciri-ciri yang menyerupai berhala dan melawatnya juga adalah haram.

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayangnya, pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu. Setelah berbincang, mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu. Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja.

Tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil. Menurut kupasan Ustaz Harun Din, tugu-tugu ini boleh mendatang syirik. Beliau berkata, "Bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sebesar zarah pun dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu". Dan kata beliau lagi, "Walaupun kita tidak pergi ke tugu-tugu tetapi jika kita ‘redha’ atau tidak melakukan apa-apa, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik"

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu Perlis Indera Kayangan. Menurut kamus dewan, indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan-tuhan bersemayam. Maka makna sebenar ialah Perlis tempat tuhan hindu bersemayam. Menurut beliau, nama Perlis ini juga mendatangkan dosa syirik. Oleh itu, pihak kerajaan negeri telah menukarkan Perlis Indera Kayangan kepada Perlis Darul Sunnah.


Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara. Tahukah kawan-kawan bahawa Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana-mana undang-undang akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang-undang yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang-undang hudud, iaitu undang-undang yang dicipta oleh Allah.

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh:

  1. Mempertahankan perlembagaan serta undang-undang ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang-undang ciptaan Allah iaitu hudud dan lain-lain.
  2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
  3. Mereka yang berdiam diri .
  4. Mereka yang mengatakan bahawa hukum hudud itu adalah zalim.
Dengan ini selesailah tanggungjawab saya . Tolong sebarkan perkara ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada empat surah palsu ciptaan kafir laknatullah. Surah-surah itu adalah :

  1. Al-Iman
  2. Al-Wasaya
  3. Al-Tajasu
  4. Danal Muslimun
Dan juga jangan sesekali layari laman web www.thequran.com , kerana segala isinya adalah palsu. Sebarkan perkara ini kepada umat Islam seramai yang mungkin! Sebarkan jika anda sayangkan Islam.

2 comments:

  1. ajmal, mpa tw x bru smlm ja kmi bca pasal bnda ni. siap print lg. mpa bca fikiran kmi ka?

    ReplyDelete
  2. ya...kmi mmg baca...:p lawak jaa...
    tpi kita xleh ambik 100%...sbb xtau sumber dy btul ka x...cuma ambil sbgai peringatan je laa....

    ReplyDelete