Pages

Sunday 4 March 2018

Ups and Down

Assalamualaikum and hi.

Setelah sekian lama menyepi di blog, saya harap saya dapat mengumpul kekuatan untuk kembali menulis. Menulis adalah minat saya suatu ketika dahulu sebelum saya mengalami perasaan down yang sangat lama. Perasaan sedih yang saya fight sendiri pada permulaannya.

And alhamdulillah, Allah hadirkan ramai orang di sisi saya untuk menceriakan kembali hidup saya. Ramai yang beri kata2 semangat dan motivasi di saat saya sering menangis keseorangan. Dia menarik sesuatu bukan kerana kita tak layak menerima sesuatu perkara itu, tetapi kerana kita layak menerima yang lebih baik. Kerana Allah telah berfirman bahawa, tak semestinya perkara yang kita suka itu adalah baik untuk kita dan tak semestinya perkara yang kita tak suka itu adalah tidak baik untuk kita.

Kadang2, Allah hadirkan perasaan down dan sedih adalah sebagai peringatan buat diri kita. Mungkin di saat kita bahagia, kita terlalu melupakanNya. Mungkin kita terlalu ingin mengejar dunia hingga kita lupa bahawa Allah dunia ni Allah yang punya. Mungkin kita terlalu mengejar untuk mengambil hati orang yang kita cintai tetapi kita lupa bahawa hati dia Allah yang pegang. Mungkin Dia menarik sesuatu daripada kita kerana jika Dia tidak menarik sesuatu nikmat, kita makin lalai daripada mengingatiNya.

Sebab tu kita mudah rasa down atau sedih apabila kita tak dapat sesuatu yang kita inginkan, kerana kita tiada tawakal dan percaya bahawa Allah yang menentukan. Boleh jadi Allah tarik sesuatu perkara itu daripada kita adalah untuk mengelakkan kita daripada sesuatu natijah yang lebih buruk. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya tetapi hambaNya lah yang sering menzalimi diri sendiri.

Sekiranya sesuatu yang kita miliki telah ditarik, percayalah bahawa kita akan mendapat ganti yang lebih baik. Sekiranya kita bersabar, maka kita akan dapat ganjaran yang lebih besar di akhirat.

No comments:

Post a Comment