Pages

Tuesday, 25 June 2013

Ada Hikmah di Sebaliknya

Subhana Allah ! Assalamualaikum :D

Haha, pelik kan. Post ni ditulis masa musim bukan cuti. Haha, almaklumlah sekolah-II kat Selangor diberi cuti. Sebenarnya sampai hari ni je. Tapi, KISAS dpt cuti sampai hari Ahad. Walaupun sekejap, Ajmal sangat bersyukur. Cuti kali ni digelar 'Cuti Jerebu' sempena jerebu yang melanda sekitar negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan adik-beradiknya. Actually, istilah tu tak wujud. It is created by me :)

KISAS diberi cuti sejak Khamis minggu lepas sebenarnya sempena Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) ke-33 peringkat SBP. Tapi Ajmal tak balik sebab baru ja sampai dari Perlis. Tak sempat pun rindu kat mak ayah. So, Ajmal dan beberapa orang kawan stay kat KISAS dan jadi AJK nadwah. Ajmal jugak kena jadi fasilitator. Agak malu di situ... Semua peserta form 4. So, tak ada masalah sangat. Nak cerita pasal nadwah ni panjang sebenarnya. In sya Allah, Ajmal post lain kali pasal nadwah.

Sempena nadwah ni sebenarnya hati rasa berbolak balik. Sama ada stay ataupun balik Perlis. Tapi Ajmal ambil keputusan untuk stay dan jadi AJK nadwah. Niatkan untuk membantu agama Allah dan untuk menyebarkan dakwah. Sekurang-kurangnya ada wasilah untuk menyalurkan kebaikan. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Dapat tunjukkan pada adik-II sekolah lain apa itu tarbiyah. Walaupun Ajmal pun masih belum cukup tarbiyah. Ajmal pun dapat dengar ceramah free... Kalau kita bantu agama Allah, in sya Allah kita akan diberi bantuan oleh Allah.

Tup tup, Allah takdirkan jerebu... Allah juga bagi peluang pada Ajmal untuk balik Perlis. Ajmal rasa bersyukur sebab ada banyak hikmah kalau kita lakukan segalanya kerana Allah. So, kawan-kawan, jangan rasa rugi untuk melakuan kebaikan kerana Allah walaupun kita tak mendapat balasan di dunia. In sya Allah ia menjadi saham di akhirat. Rebutlah jika ada peluang untuk membantu agama Allah. Biarlah manusia tak lihat tapi Allah tetap menilainya. Pesanan ini Ajmal juga tujukan pada diri yang menaip.


No comments:

Post a Comment