Pages

Sunday 24 May 2015

Tak Kenal INTEC, Maka Ta'aruf!

Assalamualaikum.

[Post kali ini khas untuk pembaca-pembaca yang lahir pada tahun 1997. Saya akan menukar kepada kata nama "Akak". Akak adalah pelajar tajaan JPA yang sedang mengikuti Program A-Level course Pure Science]

Sebagai permulaan dan pengenalan untuk bakal-bakal pelajar INTEC (INTEC Education College), akak rasa bertanggungjawab untuk menceritakan sedikit sebanyak mengenai kolej yang bertuah ini. Serius, sesiapa yang dapat belajar di INTEC sangat bertuah, jika adik-adik rajin mencari apa hikmahnya. Acewah.

Pertama kali menjejakkan kaki ke tempat baru, pasti adik-adik merasakan bahawa adik-adik memerlukan orang untuk membimbing. Jadi, jangan risau kerana pada hari pertama lagi ada senior yang akan membimbing adik-adik yang dikenali sebagai PM atau Pemimpin Mahasiswa. Nikmatilah dan pelajarilah sepanjang minggu orientasi kami yang dikenali sebagai MDS (Minggu Destini Siswa). Akak pun, in shaa Allah jadi PM, kalau diizinkan :)

KOLEJ AKASIA (SEKSYEN 18, SHAH ALAM)


Kolej Akasia berdepan saja dengan Kolej Cemara. Firstly, adik-adik akan didaftarkan di Kolej Cemara. Kolej Akasia semuanya penduduknya adalah perempuan, ada 9 blok. Apa yang menariknya di Kolej Akasia (bagi akak), adalah Dewan Akasia. Dewan Akasia menempatkan Surau Akasia, Lab Komputer, Bilik Study dan Court. Tapi most of the time kami sebut Surau Akasia je. So, adik-adik yang kuat study boleh manfaat sepenuhnya Surau Akasia ni sebab dilengkapkan dengan air-cond untuk Lab Com, Bilik Study dan surau. Akak pun selalu lepak (study) kat surau sampai malam. Dalam Lab Com ada kemudahan internet, dan ada juga kemudahan wifi kalau nak connect dengan laptop atau phone. Password nanti boleh tanya akak-akak senior kayh.


Kalau puasa sunat ramai-ramai, kat surau lah kami berbuka puasa secara berjemaah. Surau Akasia juga ada jawatankuasa yang aktif yang selalu buat program seperti solat hajat, bacaan al-Kahfi, tazkirah dan aktiviti yang lain. Jawatankuasa surau adalah bawah pengurusan Biro Kerohanian JPKCA (nanti akan diberitahu apa tu JPKCA). Silalah like page Surau Akasia INTEC :)

Kolej Akasia juga dilengkapkan dengan perkhidmatan dobi, tapi bukan ada orang tolong basuhkan la. Ni self-service punya dobi. Sekali basuh RM3. Guna duit syiling. Tapi kalau tak ada syiling jangan risau. Ada mesin menukar duit. Nasib la kalau duit tak ada. Ada time duit tu habis. Dan ada mesin pengering (dryer). Dryer kena bayar lagi RM4. Tambahan, dekat dobi ada TV. Tapi TV ni tak ada Astro. Nak tengok TV yang ada Astro, ada dekat bilik TV blok 7. Dan tak semua blok ada bilik TV.

Dekat rumah, adik-adik boleh je nak masak. Akak selalu juga masak. Siap ajak geng surau makan dekat rumah. Memang best time ni. Nak masak guna apa? Multicooker. Yes, multicooker tak boleh bawak ye adik. Tapi akak ni lejen. Mula-mula dulu, akak masak guna ricecooker. Menjadi juga tapi limited. Tapi, sebenarnya ada bilik pantry yang dilengkapi dengan kuali, dapur gas dan peti ais kalau adik-adik nak masak. Cuma akak tak pernah guna. Jadi, akak tak tahu nak cerita sangat. Most of seniors will use multicooker. Hihihi...

Penggunaan court badminton ada jadual untuk kegunaan boys. Setiap hari Selasa dan Khamis, adalah giliran mereka. Jadi, jangan pelik kalau nampak boys berlegar-legar di Dewan Akasia ye.


Satu rumah berapa orang?

Untuk Cemara dan Akasia, satu rumah memuatkan empat orang, ada dua bilik, satu bilik air. Untuk Cendana, satu rumah memuatkan lima orang, tapi ada dua bilik air. Tips kalau nak duduk satu rumah dengan 'geng' dari sekolah yang sama atau mana-mana kawan yang dikenali, adik-adik daftar bersama dengan kawan tu. Then, kalau dapat rumah yang lain dengan kawan, cuba minta. In shaa Allah, pihak kolej bagi. Semua blok adalah lima tingkat, tetapi tiada kelengkapan lif. Jadi, adik-adik, akan menjadi lebih sihat :)

KOLEJ CEMARA (SEKSYEN 18, SHAH ALAM)

Kolej Cemara adalah 'centre'. Sebab Kolej Cemara menempatkan pelajar lelaki dan perempuan dalam blok yang berasingan. Blok 1 dan 2 adalah blok girls dan yang selebihnya lagi 6 blok adalah blok boys. Peringatan penting adalah JAGA IKHTILAT ye adik-adik. Kolej Cemara dilengkapi dengan Dewan Berlian, Dewan Delima, Dewan Sutera, Satin dan Songkat (3S), Pejabat Cemara, Surau Cemara dan Gymnasium. Dan khusus untuk JPKCA, mereka ada bilik meeting JPK. Tapi selalu je persatuan lain pinjam untuk buat meeting, seperti Professional Student Society (PSC). Gymnasium di Cemara juga ada gilirannya untuk kegunaan girls.

Selalunya kalau ada ceramah atau program, akan diadakan di dewan-dewan yang disebut di atas. Dewan tu tak lah besar mana pun. Di kawasan depan Surau Cemara adalah tempat study untuk penduduk Cemara.

Kalau ada family post barang atau adik-adik beli barang online, boleh tuntut barang tersebut di Pejabat Cemara.

Kolej Cemara ada banyak court untuk boys. Court futsal, basketball, volleyball and so on. Kalau adik-adik nak jogging atau main freesbie, boleh pergi ke taman kat sebelah Cemara. Kat situ boleh bergaul dengan penduduk-penduduk di taman perumahan sekitar Seksyen 18.

Nak makan kat mana?

Untuk penghuni Cemara dan Akasia, adik-adik sangat beruntung sebab sekitar kolej adik-adik banyak kedai-kedai yang boleh memenuhi keperluan adik-adik. Tapi yang pasti, lebih banyak kedai makan mamak berbanding kedai makan Melayu dan kedai Indon. Ada bank (CIMB, Bank Islam, BSN, Maybank), klinik, Giant, Mydin, Secret Resepi, Pak Li, Big Apple, Hot ‘n’ Roll dan banyak lagi. Bas stop pun ada kalau adik-adik nak pergi ke Bandar.

Macam mana nak ke bandar?

Akak ‘attach’kan plan Plan Kembara Cemara/Akasia/Cendana! untuk adik-adik di sini.

Kemudahan Fotostat, Print, Binding and so on..

Berdekatan dengan Kolej Cemara dan Akasia, terdapat kedai fotostat murah. Kedai tersebut terletak di atas Al-Rafi Bistro. Actually tu cybercafé sebenarnya. Tapi kedai ni menjadi port student INTEC untuk fotostat, binding, laminate, beli past years dan banyak lagi. Harganya pun lebih murah berbanding kedai fotostat yang lain.

Kalau nak makan sedap-sedap...

'Syurga makanan' boleh didapati di Seksyen 2 (ABC kat sini terbaik!), Seksyen 7 pun tak kurang sedap jugak makanannya. Adik-adik boleh juga pergi jalan-jalan ke Pusat Bandar (PKNS, SACC, Plaza Alam Sentral and so on)

KOLEJ CENDANA (SEKSYEN 6, SHAH ALAM)

Kolej Cendana adalah untuk pelajar lelaki sahaja. Biasanya yang menjadi penghuni Cendana adalah junior A-Level, ADFP dan beberapa orang senior. Kolej Cendana hanya ada dua blok. Apa yang best tentang Cendana adalah suasana yang aman damai, sebab jauh dari bandar dan tak se’hectic’ di Seksyen 18. Jadi, suasana di Cendana lebih kondusif untuk belajar. Di Cendana, biliknya lebih besar dan bermozek. (Ibarat kondo dengan rumah flat)

Macam mana nak ke bandar?

Di sebelah kediaman Cendana, ada bus stop. Adik-adik boleh naik bas RapidKL T602 untuk ke Seksyen 2. Dari sini boleh bergerak seperti biasa ke KTM dan lain-lain atau terus ke Kompleks PKNS. Boleh klik plan kembara di atas untuk lebih detail.

Nak makan kat mana?

Di Cendana, kedai-kedai makan semuanya walking-distance. Antara kedai makan yang ada ialah Ali Bistro, Restoran Aida, Syukur Tomyam dan lain-lain.

Professional Students Society (PSC)

PSC adalah satu-satunya persatuan di INTEC yang mengadakan usrah sebagai aktiviti wajib setiap sem. Usrah di INTEC dinamakan Halaqah Ilmi. Dalam usrah, in shaa Allah adik-adik akan mendapat ilmu daripada naqib dan naqibah yang terdiri daripada senior yang terlatih. Adik-adik digalakkan untuk menyertai Halaqah Ilmi. Apabila menyertai Halaqah Ilmi, adik-adik automatik akan menjadi ahli PSC. PSC juga banyak menganjurkan program-program Islamik yang lain di dewan atau di surau. Selalunya buat program kerjasama dengan Biro Kerohanian JPKCA.

Aktiviti Kerohanian yang Lain...
Para pensyarah daripada Centre of Islamic Thoughts and Understanding (CITU) juga selalu menganjurkan aktiviti seperti Introspeksi Iman dan nadwah.

PERSATUAN-PERSATUAN LAIN DI INTEC
1) JPKCA – Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cemara Akasia
2) JPKC – Jawatankuasa Perwakilan Cendana
3) HACC – Hiking and Camping Club
4) Fa-C Team

dan banyak lagi...

ACADEMIC-BASED SOCIETIES
1) ATUSA - American Top University Students Association
2) A-LUK – A-Level UK
3) Ausia
4) SAMSA – South Australia Matriculation Students Association
5) KTJ – Kumpulan Teknikal Jepun

dan banyak lagi…

Untuk sebarang pertanyaan, adik-adik boleh join group facebook INTEC 2015/17 untuk bertanya soalan ada senior-senior ye :)

Moga Allah redha.

1 comment:

  1. Harga homestay antara yang termurah di Shah Alam & Klang hanya RM180 untuk 2H1M termasuk FREE internet UNIFI 24jam sehari

    Rumah teres setingkat dan lot tepi berdekatan taman permainan kanak2 dan boleh parking kereta lebih dari 2 buah kenderaan.

    ReplyDelete