Pages

Monday, 31 December 2018

2018, Thank You.

Macam biasa, hujung tahun pasti kita akan gembira sebab nak masuk tahun baru. Di penghujung tahun begini juga, ramai yang refleks kembali apa yang 2018 telah berikan. Ada yang manis, ada yang pahit.

Bagi diri aku, 2018 adalah tahun yang tak banyak bawa perubahan sangat. Namun, ia lebih banyak mengajar aku untuk terus pertahankan apa yang aku telah mulakan pada tahun 2017. 2017 adalah tahun aku mula bangkit setelah aku jatuh. Walaupun masalah datang juga bertimpa-timpa, namun, banyak sangat perkara baru yang aku belajar.

"Tahun 2019 adalah tahun yang aku harap cepat tiba.". Ini adalah kata-kata diriku 3 tahun lepas. Tapi diri aku yang kini katakan, "2019, cepatlah berlalu. Penantian dirasakan terlalu lama." Aku harap segala yang aku rancang untuk aku tamatkan semua penantian bakal berlalu dengan mudah dan tiada kekangan lagi.

Kesedihan lama yang ingin aku padam, aku rasakan masih tersisa. Ya, kadang-kadang, tak dapat juga dibendung perasaan sedih yang datang, perasaan yang sama selama 2 tahun masih belum hilang. Namun, apa yang menguatkan aku adalah, ibu bapa di sisi. The person that accept me unconditionally. Aku pinjam semangat dari mereka, especially my mother. May Allah always bless them dunya and akhirah.

Azamku tahun baru ni tak banyak. Aku hanya ingin amalan yang bertambah dan kekalkan usaha yang sedia ada. Doakan!
Sunday, 4 March 2018

Ups and Down

Assalamualaikum and hi.

Setelah sekian lama menyepi di blog, saya harap saya dapat mengumpul kekuatan untuk kembali menulis. Menulis adalah minat saya suatu ketika dahulu sebelum saya mengalami perasaan down yang sangat lama. Perasaan sedih yang saya fight sendiri pada permulaannya.

And alhamdulillah, Allah hadirkan ramai orang di sisi saya untuk menceriakan kembali hidup saya. Ramai yang beri kata2 semangat dan motivasi di saat saya sering menangis keseorangan. Dia menarik sesuatu bukan kerana kita tak layak menerima sesuatu perkara itu, tetapi kerana kita layak menerima yang lebih baik. Kerana Allah telah berfirman bahawa, tak semestinya perkara yang kita suka itu adalah baik untuk kita dan tak semestinya perkara yang kita tak suka itu adalah tidak baik untuk kita.

Kadang2, Allah hadirkan perasaan down dan sedih adalah sebagai peringatan buat diri kita. Mungkin di saat kita bahagia, kita terlalu melupakanNya. Mungkin kita terlalu ingin mengejar dunia hingga kita lupa bahawa Allah dunia ni Allah yang punya. Mungkin kita terlalu mengejar untuk mengambil hati orang yang kita cintai tetapi kita lupa bahawa hati dia Allah yang pegang. Mungkin Dia menarik sesuatu daripada kita kerana jika Dia tidak menarik sesuatu nikmat, kita makin lalai daripada mengingatiNya.

Sebab tu kita mudah rasa down atau sedih apabila kita tak dapat sesuatu yang kita inginkan, kerana kita tiada tawakal dan percaya bahawa Allah yang menentukan. Boleh jadi Allah tarik sesuatu perkara itu daripada kita adalah untuk mengelakkan kita daripada sesuatu natijah yang lebih buruk. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya tetapi hambaNya lah yang sering menzalimi diri sendiri.

Sekiranya sesuatu yang kita miliki telah ditarik, percayalah bahawa kita akan mendapat ganti yang lebih baik. Sekiranya kita bersabar, maka kita akan dapat ganjaran yang lebih besar di akhirat.